Glosari Latin Melayu

AHMAD RIZAL MOHD YUSOF adalah Felo Penyelidik di Institute of Occidental Studies (IKON), Universiti Kebangsaan Malaysia.

SHAMSUL AMRI BAHARUDDIN adalah Professor Ulung and Pengarah-Pengasah Institut Kajian Etnik (KITA), Universiti Kebangsaan Malaysia.

Penerbit UKM (Cetakan Pertama, 2019)
173 halaman termasuk Rujukan dan Indeks

RM35.00

In stock

Glosari Latin Melayu dihasilkan adalah untuk memberi serba sedikit kefahaman mengenai bahasa Latin yang penting dalam peradaban moden kita biarpun sebenarnya kita telah abaikan. Lagipun Malaysia mempunyai komuniti Kristian yang aktif, terutamanya di Sabah dan Sarawak. Ada juga manfaatnya kalau kita mengetahui serba sedikit mengenai agama anutan mereka melalui kefahaman yang kita bina mengenai bahasa Latin. Namun, seperti juga penganut agama Islam di Malaysia tidak semuanya menguasai bahasa Arab sama ada tulisan dan lisan, penganut Kristian juga tidak semua atau segelintir sahaja yang mengenali bahasa Latin. Dalam konteks ini kita perlu menyusur galur serba sekit mengenai sejarah bahasa Latin itu sendiri.

Beberapa bahasa Eropah yang besar seperti bahasa Greek, Itali, Sepanyol, Portugis, Romania, Perancis dan Inggeris mempunyai asas yang boleh disusur galur asalnya, secara objektif berdasarkan ilmu linguistik, daripada bahasa Latin, atau beberapa variasi bahasa Latin. Walau bagaimanapun, sangat sedikit bilangan penutur bahasa Inggeris yang mengetahui akan hal ini. Hanya mereka yang berminat tentang bidang pensejarahan linguistik yang benar-benar mendalami mengenai hubungan intim antara bahasa Inggeris dengan bahasa Latin.

Apatah lagi dikalangan penutur bahasa Melayu tidak memeranjatkan jika sekiranya mereka langsun g tidak mengenali bahasa Latin. Sebenarnya tiada di kalangan penutur bahasa Melayu atau pakar bahasa Melayu yang boleh membaca, menulis dan bertutur dalam bahasa Latin. Namun demikian, adalah diperakukan bahawa terdapat segolongan penutur bahasa Melayu yang kenal huruf Latin dan menggunakan perkataan nama tertentu sesuai dengan keperluan bidang dan kerjaya. Mereka adalah para saintis dan doktor perubatan. Hal ini disebabkan setiap bahan flora dan fauna atau anatomi manusia diberi nama saintifiknya dalam bahasa Latin.

Begitu juga, dalam bidang biologi dan perubatan. Setiap calon doktor perlu menghafal pelbagai nama Latin terutamanya dalam mata pelajaran anatomi iaitu bidang mengenai nama untuk seluruh organ dalam tubuh manusia.

Dari satu sudut, penutur bahasa Melayu tidak mengindahkan sama ada mereka tahu atau tidak bahasa Latin. Tetapi kepada doktor, farmasis dan pakar forensik mengetahui malah menghafal nama-nama Latin ini adalah satu kemestian, termasuklah kepada pembantu makmal, doktor haiwan, pakar bedah dan profesor perubatan yang mengajar di fakulti berkenaan di setiap universiti.

Boleh kita rumuskan bahawa Latin adalah lingua franca bidang sains dan teknologi, yang membolehkan semua saintis daripada pelbagai latar belakang bangsa, bahasa dan kebudayaan boleh merujuk kepada perkara yang sama dalam bidang pengajian dan penyelidikan mereka. Dengan cara ini, wujud kesatuan dikalangan mereka untuk membolehkan pertukaran maklumat saintifik dan membina jaringan saintifik di seluruh dunia.

Dalam lain perkataan, walaupun bahasa Latin itu sudah dianggap ‘mati’ kerana tidak menjadi bahasa pertuturan masyarakat di dunia, namun dalam bidang sains dan teknologi ianya terus hidup dan berkembang serta dipelajari sebagai bahasa saintifik global. Namun untuk mempelajari bahasa Latin di Malaysia adalah satu kesukaran yang besar dan didapati hanya diajar di Singapura, Filipina dan Indonesia kerana negara-negara ini mempunyai penganut agama Kristian yang besar. Lalu mereka mempunyai seminari, atau pusat latihan calon padri, yang mengajar bahasa Latin untuk membolehkan padri berkenaan membaca dan memahami kitab Injil masing-masing dalam bahasa asalnya.

Weight0.263 kg
Dimensions22.7 × 15 × 0.9 cm
Format

Class

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.