Out of stock

Halaman Adat Istiadat Raja D’Raja Kelantan

HASHIM MUSA adalah Profesor Emeritus dan Ahli Jawatankuasa Panel Penyelidik dan Penerbitan Adat Istiadat Melayu Kelantan, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK).

ROZITA CHE RODI adalah Pensyarah Kanan di Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia.

MAIK (Cetakan Pertama, 2014)
223 halaman termasuk Anotasi dan Bibliografi

RM160.00

Out of stock

Halaman Adat Istiadat Raja D’Raja Kelantan merupakan hasil transliterasi daripada sebuah buku dalam bentuk taipan jawi bertajuk Halaman Adat Istiadat Melayu Kelantan yang diusahakan oleh Encik Yaakob bin Haji Hasan, mantan Setiausaha Adat Istiadat Melayu Majlis Agama yang tersusun pada 23 Disember 1948. Penyusunan buku itu, seperti yang disebutkan dalam bab prakatanya, iaitu “Minta Teguran dan Nasihat”, bertujuan supaya “adat istiadat Melayu Kelantan yang dahulu-dahulu pada semua peringkatnya, mulai daripada peringkat raja-raja pemerintah hingga kepada golongan orang ramai atau rakyat, tinggal kekal selama-lamanya dan tidak menjadi hilang bersama-sama dengan hilangnya orang tua-tua kita yang mengetahui dalam bahagian itu.”

Atas maksud itu Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) pada masa itu dengan ampuni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan, “telah menubuhkan suatu Jawatankuasa bagi mengesahkan butir-butir adat istiadat Melayu Kelantan yang dipungut dan disusun oleh seorang Setiausahanya yang khas, serta membuat pengesyoran akan mana-mana bahagian adat yang telah disahkan itu bagi pertimbangan mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan, supaya boleh diatur dan dijadikan sebuah buku mengandungi adat istiadat Melayu Kelantan yang sebenar lagi sempurna.”

Segala butir adat istiadat yang telah dipungut dan disusun itu, sebelum dibentangkan kepada Jawatankuasa, terlebih dahulu disiarkan di halaman majalah Pengasuh dalam keluarannya sepanjang tahun 1949 demi mendapat pandangan dan teguran daripada mereka yang arif tentang adat istiadat itu, terutama daripada kalangan Yang Mulia Tengku-tengku, Dato’-Dato’ dan golongan pembesar negeri Kelantan.

Dalam buku Halaman Adat Istiadat Melayu Kelantan terdapat 16 Bab dengan satu Prakata yang diberi judul “Halaman Adat Istiadat Melayu Kelantan — Minta teguran dan nasihat”. Kandungan Bab 1 hingga Bab 16 tersenarai dalam Fahrasat atau senarai kandungannya.

Dalam buku ini ditambahkan Bab Pendahuluan untuk menghuraikan sebab-musabab yang mencetuskan penerbitan buku ini, sumber bahannya, tujuan dan matlamatnya, dan ringkasan kandungannya. Juga diberikan satu kata penutup sebagai kesimpulan penulisan buku ini.

Sebenarnya dalam Majalah Pengasuh keluaran sepanjang tahun 1949 ada lagi ruangan “Halaman Adat Istiadat Melayu Kelantan” yang tidak dimasukkan ke dalam penyusunan buku ini, walaupun tersiar dalam Pengasuh, misalnya tentang bintang-bintang darjah kemuliaan dan kehormatan dan pingat-pingat Kelantan, istiadat menyambut surat-surat daripada Raja-raja atau sebagainya, istiadat antara Raja dengan rakyat, istiadat ulang tahun puja umur pemerintah dan beberapa lagi. Semua adat istiadat itu akan cuba diusahakan nanti untuk dilakukan pentransliterasiannya supaya dapat diterbitkannya pada masa yang akan datang.

Penerbitan Halaman Adat Istiadat Raja D’Raja Kelantan mempunyai kepentingan umum khususnya bagi para pembesar dan rakyat negeri Kelantan demi melestarikan adat dan istiadat D’Raja Kelantan yang ada kaitan secara langsung dengan semua lapisan masyarakat, penduduk dan rakyat negeri Kelantan. Melalui penerbitan buku ini maka satu kefahaman yang mendalam tentang segala upacara dan majlis rasmi yang berkaitan dengan adat istiadat D’Raja Kelantan dapat disebarkan secara meluas ke seluruh negeri Kelantan khususnya dan ke seluruh dunia umumnya. Maklumat dan informasi demikian akan memupuk dalam kalangan rakyat jelata dan pembesar negeri rasa kesedaran, kemesraan dan kebanggaan terhadap sistem pemerintahan D’Raja Kelantan yang mempunyai hubungan yang amat erat dengan rakyat jelata.

Penerbitan ini juga menjadi satu dokumen tentang Adat Istiadat D’Raja Kelantan silam yang walaupun ada beberapa amalan yang telah ketinggalan zaman, namun ianya amat penting dijadikan peringatan sejarah untuk diketahui oleh generasi yang akan datang. Walau bagaimanapun, ad perkara-perkara yang telah pun ditiadakan lagi dalam majlis Adat Istiadat D’Raja, iaitu segala kepercayaan dan amalan yang berkaitan dengan animisme, khurafat dan agama Hindu-Buddha serta yang bertentangan dengan hukum syara’ dan ajaran agama Islam. Ini sebenarnya mendasari semangat dan tujuan penubuhan MAIK itu sendiri, iaitu memurnikan segala kepercayaan dan amalan masyarakat dan budaya Melayu terutama di negeri Kelantan supaya selari dan sejalan dengan ajaran Islam secara keseluruhannya.

Weight0.876 kg
Dimensions31.2 × 22 × 2.7 cm
Author(s)

, ,

Format

Class

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.