Out of stock

Hikayat Anggun Cik Tunggal

PAWANG ANA dikenali sebagai penutur bagi lima buah hikayat lipur lara yang cukup terkenal iaitu Hikayat Awang Sulung Merah Muda, Hikayat Malim Deman, Hikayat Raja Muda, Hikayat Malim Dewa, dan Hikayat Anggun Che Tunggal.

RAJA HAJI YAHYA adalah tokoh kesusasteraan Melayu pada abad ke-20.

DBP (Ulang Cetak, 2016)
158 halaman termasuk Glosari

RM15.00

Out of stock

Hikayat Anggun Cik Tunggal dapat dikatakan amat terkenal dalam kalangan masyarakat Melayu pada suatu ketika dahulu. Namun begitu, tidak pula dapat dipastikan sejak bila cerita ini telah tercipta dan berkembang dalam masyarakatnya. Cerita ini berkembang secara lisan dari satu generasi ke satu generasi mengikut peredaran masa dan perkembangan masyarakat yang mendukungnya.

Dipercayai cerita Anggun Cik Tunggal ini berasal dan Minangkabau, di pesisir pantai barat pulau Sumatera. Di Minangkabau cerita ini terkenal dengan nama Nan Tonggal Megat Jobang, disampaikan dalam bentuk kaba (puisi lisan). Cerita ini berkembang dari pulau Sumatera ke Semenanjung Malaysia. Di Semenanjung Malaysia cerita ini dikenali dalam bentuk prosa Hikayat Anggun Cik Tunggal. Hikayat ini walaupun disampaikan secara prosa tetapi diselangi pula dengan bentuk puisi, iaitu pantun dan bahasa berirama (runs), Isi kandungan kedua-dua cerita ini tidak jauh berbeza, Kerana terkenalnya cerita Anggun Cik Tunggal ini dalam kalangan masyarakat Melayu, digubah pula cerita ini dalam bentuk syair, Syair Anggun Cik Tunggal pernah diterbitkan oleh Balai Pustaka.

Isi kandungan syair ini berbeza sedikit dari yang berbentuk prosa dan Kaba Nan Tonggal Megat Jobang, tetapi tema pokoknya, masih sama, iaitu menuntut bela.

Jika di Minangkabau cerita ini berkembang secara lisan melalui Kaba, di Semenanjung Malaysia ia berkembang secara lisan juga, kemudiannya barulah cerita ini ditulis dan dibukukan. Hikayat Anggun Cik Tunggal telah digolongkan sebagai cerita penglipur lara. Dibandingkan dengan cerita-cerita penglipur lara yang lain seperti Hikayat Malim Deman, Hikayat Malim Dewa, Hikayat Awang Sulung Merah Muda, terdapat kelainan pada Hikayat Anggun Cik Tunggal.

Di dalam beberapa cerita penglipur lara, plot ceritanya berkisar pada seorang putera raja yang keluar mengembara mencari sesuatu barang ajaib atau mencari isteri, akhirnya kembali ke negerinya semula dengan kejayaan. Cerita berakhir dengan kegembiraan. Tetapi cerita Anggun Cik Tunggal mengisahkan seorang putera raja yang keluar mengembara kerana ingin membebaskan keluarganya dari teraniaya. Pada bahagian akhir cerita, Anggun Cik Tunggal berjaya dalam usahanya dan kembali ke negerinya dengan kegembiraan. Kegembiraan ini tidak lama dinikmati Anggun Cik Tunggal dan isterinya Puteri Gondan Gandariah telah bertukar menjadi binatang—seorang menjadi siamang putih dap seorang lagi menjadi ungka putih dan terus lari ke dalam hutan.

Di sinilah kelainan cerita Anggun Cik Tunggal dibandingkan dengan beberapa cerita penglipur lara yang lain. Jika di dalam beberapa cerita penglipur lara itu berakhir dengan kegembiraan wiranya, tetapi cerita Anggun Cik Tunggal pula berakhir dengan kesedihan.

Satu perkara yang amat menarik pada cerita-cerita penglipur lara ini ialah bahasanya. Cerita disampaikan dengan bahasa yang indah dan diselangi dengan bahasa puisi yang cukup menarik. Hikayat Anggun Cik Tunggal tidak terlepas dari keadaan ini. Di samping bahasa berirama atau disebut “runs”, terdapat pula pantun dan syair disisipkan. Puisi-puisi ini amat indah ciptaannya dengan bahasa yang tepat untuk menyatakan sesuatu.

Weight0.205 kg
Dimensions21.5 × 14 × 1 cm
Author(s)

,

Format

Language

Publisher

Series

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.