Out of stock

Hubungan Ras dalam Teori Sosiologi

JOHN REX (1925–2011) adalah pakar sosiologi British berkelahiran Afrika.

Terjemahan oleh A. NAZRI ABDULLAH

DBP (Cetakan Pertama, 1985)
207 halaman termasuk Indeks

RM20.00

Out of stock

ISBN: 9780710092991 Product ID: 581 Subject: Sub-subjects: , , , , ,

Hubungan Ras dalam Teori Sosiologi adalah terjemahan kepada Race Relations in Sociological Theory tulisan John Rex yang diterbitkan oleh Routledge & K. Paul pada tahun 1983. Masalah hubungan ras mendapat perhatian penting dalam dunia hari ini, tetapi apa sebenarnya yang menjadi bahagian-bahagian “ masalah-masalah ras” itu tidaklah begitu jelas. Di sini Rex membentang definisi bidang hubungan ras begitu jelas, dan telah menunjukkan bagaimana bidang ini boleh dikaji dan dikembangkan secara sistematik. Rex berhujah bahawa terdapatnya tiga unsur penting tentang apa yang dipanggilnya sebagai ‘situasi hubungan ras’: satu bentuk penindasan yang melampau; pembatasan mobiliti antara kelompok; dan rasionalisasi ideology terhadap sistem oleh teori deterministik.

Pengarang menunjukkan bahawa rasisme itu berakar umbi daripada situasi colonial dan dalam pemindahan pekerja-pekerja colonial pada situasi metropolitan. Profesor Rex juga memberi garis-garis kasar bagi struktur formal situasi hubungan ras dan cara-cara teori-teori rasis itu berkembang dan diinstitusikan. Teori-teori tersebut dibincang oleh Profesor Rex dengan mengaitkan hujah-hujah teoritis daripada pengarang-pengarang seperti van der Berghe, Schermerhorn, M.B Smith, Banton, Mason dan Wagley.

Pengenalan Untuk Edisi Kedua

1. Masalah Teoritis
2. Institusi Sosial Kolonialisme: Penaklukan dan Buruh Bebas
3. Stratifikasi dan Struktur bagi Masyarakat Kolonial Komposit
4. Minoriti dalam Masyarakat Metropolis
5. Diskriminasi, Eksploitasi, Penindasan dan Rasialisme
6. Rasisme
7. Paradigma Kerja Untuk Penyelidikan Hubungan Ras

Daftar Kata/Istilah Bahasa Malaysia/Bahasa Inggeris
Indeks

Weight0.270 kg
Dimensions21.5 × 14 × 1.5 cm
Author(s)

,

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.