Idea-Idea Melayu Tentang Pembangunan: Daripada Pembesar Feudal Kepada Kapitalis

SHAHARUDDIN MAARUF adalah Felo Penyelidik Kanan di Jabatan Sosiobudaya di Universiti Malaya. Dia adalah pengarang Konsep Wira dalam Masyarakat Melayu.

SIRD (Cetakan Pertama, 2020)
251 halaman termasuk Bibliografi

RM35.00

In stock

Idea-Idea Melayu Tentang Pembangunan: Daripada Pembesar Feudal Kepada Kapitalis merupakan satu kajian perintis sejarah idea dalam konteks masyarakat Melayu—satu pengamatan pemikiran Melayu tentang pembangunan: meliputi zaman sebelum penjajahan sehingga era negara moden pasca merdeka.

Shaharuddin Maaruf sememang layak melaksanakan projek demikian. Pasih tentang karya-karya de Tocqueville, Burckhardt, Weber, Huizinga, Mannheim dan lain-lain, beliau juga seorang anak murid Syed Hussein Alatas. Seorang sarjana tempatan yang diberi pengiktirafan tertinggi di peringkat antarabangsa, Alatas telah mempengaruhi satu generasi ahli sains sosial yang unggul, termasuk Chandra Muzaffar dan Sharon Siddique, juga Shaharuddin.

Meskipun berjudul sederhana, Idea-Idea Melayu Tentang Pembangunan: Daripada Pembesar Feudal Kepada Kapitalis berwawasan tinggi dalam jangkauan, bermula dengan satu analisis tulisan-tulisan dari kesultanan (atau kerajaan) yang akhirnya jatuh kepada kekuasaan British dan Belanda pada abad ke-19, dan berakhir dengan pemikiran politik perdana menteri-filsuf, Mahathir Mohamad. Agak menghairankan betapa jarang kita ketemu dalam Pengajian Melayu analisis yang mengaitkan politi-politi Semenanjung dengan negara moden sebegini dan begitu juga jarang kita menemui saijan-sarjana yang menanggap serius pengungkapan dan isi idea-idea politik dalam masyarakat Melayu.

Shaharuddin Maaruf berfokus kepada ‘gaya-gaya pemikiran’ dan ‘penulis-penulis perwakilan’, dan menonjolkan hubungan antara feudalisme Melayu, kapitalisme. Islam dan nasionalisme sebagai sumber-sumber pemikiran pra-kolonial, beliau dapat menghargai tulisan-tulisan istana raja Sejarah Melayu dan yang lain-lain sementara ramai sarjana cuma terus menerus membahaskan ketepatannya dari segi sejarah, dan beliau menganalisis karya-karya ini dengan peka.

Penggarapan luas ke atas sejarah idea politik Melayu yang terkandung dalam Malay Ideas on Development: From Feudal Lord to Capitalist versi bahasa Melayu ini suatu penggarapan luas yang tercapai dengan kemahiran menganalisis serta kejernihan akan merangsang pembaca baru mencari pengkajian lebih perinci tentang seorang penulis yang dijadikan sasaran atau yang selainnya. Merangsang keinginan sedemikian merupakan satu ukuran keberkesanan buku ini.

Mempertentangkan seseorang pemikir dengan yang lain, meletakkan perbahasan moden dalam konteks pemikiran politik tradisional, mengolah kategori-kategori atau aliran-aliran pemikiran politik ‘nasionalisme kapitalistikl ‘nasionalisme tradisional’ dan sebagainya merupakan cara terbaik memupuk minat lebih mendalam terhadap sejarah pemikiran politik Melayu, dan bukan dengan usaha akademik semata. Shaharuddin Maaruf merupakan salah seorang daripada sekumpulan kecil sarjana perintis yang karyanya dapat memperkayakan mutu perbahasan politik Malaysia pada hari ini.

Weight0.428 kg
Dimensions22.9 × 15.2 × 1.4 cm
Format

Class

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.