Interaksi Sosial dalam Penyampaian Cerita Rakyat Melayu meneliti secara kritis peranan cerita rakyat sebagai wahana nasihat dan pengajaran menerusi penceritaan oleh sang penglipur lara dalam masyarakat Melayu. Cerita-cerita rakyat Melayu yang disampaikan oleh penglipur lara atau tukang cerita berupaya membantu pembentukan emosi, rohani dan intelek ke arah insan sempurna dalam kalangan individu pelbagai peringkat usia. Nilai berbentuk amanat yang disampaikan secara tersurat dan tersirat oleh penglipur lara atau tukang cerita menerusi cerita rakyat Melayu akan dapat menghibur dan membawa unsur pelajaran kepada khalayak.
Masyarakat tradisi umumnya menggunakan tradisi lisan sebagai unsur hiburan serta wahana penyebar dan penyampai maklumat. Tradisi lisan berfungsi untuk menyebar serta melestarikan budaya, memberi pengajaran dan bimbingan kepada individu sebagai landasan dalam kehidupan bermasyarakat. Penyampaian cerita rakyat amat penting dalam kalangan generasi era moden ini kerana ia memiliki keunikan dan kelebihan berbanding dengan hanya menonton cerita dan filem menerusi media elektronik. Menerusi penyampaian cerita rakyat Melayu, penglipur lara dapat bertutur di samping memaparkan ekspresi gerah dan mimik muka yang dapat memudahkan pemahaman khalayak. Penyampaian cerita rakyat Melayu oleh penglipur lara atau tukang cerita turut mempunyai fungsi yang luas dalam kehidupan manusia, cerita rakyat Melayu sebagai wahana untuk merealisasikan fungsi seperti pemberi maklumat, mendidik, memujuk dan menghibur. Menerusi proses komunikasi, penyampaian cerita rakyat Melayu oleh penglipur lara atau tukang cerita adalah suatu pentafsiran atau pemikiran mengenai kehidupan masyarakat yang dapat dihayati oleh khalayak. Sehubungan itu, fungsi tradisi lisan sebagai hiburan, pengajaran, propaganda serta perjuangan, Kawalan sosial dan perlanjutan budaya dapat dicapai menerusi proses komunikasi dua hala,
Cerita rakyat adalah sebahagian daripada sastera rakyat yang diturunkan daripada generasi ke generasi melalui tradisi lisan. Hasil kreatif golongan rakyat desa (masyarakat tani) yang sederhana hidupnya ini adalah bertujuan untuk berhibur di samping itu ia juga untuk memberi nasihat dan pendidikan secara tidak formal kepada ahli-ahli dalam masyarakatnya.
Ketika penyampaian cerita rakyat Melayu, penglipur lara sentiasa menjana idea-idea baru, mengaplikasikan kreativiti mereka semata-mata ingin menjadikan persembahannya lebih efisien untuk menampilkan idea atau gagasan yang maksima ke arah kejayaan penyampaian cerita rakyat Melayu. Antaranya, mereka turut mempersiapkan diri untuk bercerita di hadapan khalayak. Mereka terlebih dahulu menjalani proses berfikir mengenai cerita-cerita rakyat Melayu yang akan dituturkan agar persembahannya berupaya merealisasikan fungsi tradisi lisan dalam kalangan khalayak. Sehubungan itu. penggunaan fikiran dalam bentuk intra-peribadi tidak akan terhenti.
Ketika penglipur lara atau tukang cerita menyampaikan cerita rakyat Melayu, dorongan untuk berinteraksi secara berkesan juga diperlukan. Kadangkala ketika proses interaksi, suasana atau perjalanan interaksi adalah penghalang kepada hubungan dua hala yang berkesan. Sehubungan itu, situasi tersebut boleh melunturkan kompetensi khalayak untuk menyaksikan penyampaian cerita rakyat Melayu oleh penglipur lara atau tukang cerita.
Lazimnya, cerita rakyat Melayu yang disampaikan oleh penglipur lara atau tukang cerita kepada khalayak adalah bertujuan untuk menghiburkan. Di samping itu, cerita rakyat Melayu yang disampaikan kepada khalayak turut mementingkan etika. la adalah perkara yang berkait dengan benar atau salah dan jahat atau baik yang sering dikaitkan dengan nilai atau agama yang dipegang atau anuti. Ketika penyampaian cerita rakyat Melayu, penglipur lara atau tukang cerita berkongsi ilmu pengetahuan yang dimilikinya dan menggarapnya menerusi cerita rakyat Melayu dengan tujuan mempengaruhi, memujuk, memimpin, mendorong dan mengubah khalayak. Bagi memenuhi tujuan tersebut. penglipur lara atau tukang cerita menyesuaikan diri dengan sebarang suasana ketika berkomunikasi dengan khalayak. Penglipur lara atau tukang cerita perlu menentukan matlamat yang sesuai dengan kehendak dirinva dan mampu membantu menepati kehendak khalayak di samping menyebabkan perubahan tingkah laku khalayak menerusi mesej yang telah disampaikan.
Ketika penyampaian cerita rakyat Melayu, penglipur lara atau tukang cerita akan memikirkan cara yang paling efektif untuk meyakinkan khalayak dan menyesuaikannya dengan suasana interaksi. Halangan-halangan yang wujud ketika penyampaian cerita rakyat Melayu seperti faktor persekitaran, keperibadian dan bentuk hubungan seperti status, kuasa dan sebagainya seharusnya cuba dihindari oleh penglipur lara atau tukang cerita. Oleh yang demikian itu, sebagai seorang penglipur lara yang kompeten mereka seharusnya berusaha melepasi halangan yang wujud menerusi kecekapan bercerita serta sentiasa memelihara tahap pencapaian memuaskan untuk menghibur dan mendidik khalayak secara tidak langsung.
Kreativiti penglipur lara atau tukang cerita ketika menyampaikan cerita rakyat Melayu akan membantu merangsang apresiasi khalayak. Di samping itu, gaya persembahan penglipur lara atau tukang cerita akan mewujudkan kemesraan, menghibur dan mendidik khalayak ke arah proses hubungan dua hala yang berkesan.
Pada zaman sebelum berlakunya ledakan teknologi maklumat dan komunikasi, penglipur lara atau tukang cerita sering menerima undangan bercerita untuk menghiburkan khalayak. Oleh Yang demikian itu latar kehidupan yang lebih rasional dan logik sifatnya tidak seharusnya meminggirkan komunikasi tradisi kerana tukang cerita atau penglipur lara era moden berupaya bertindak sebagai penghibur dan secara tidak langsung sebagai pendidik kepada masyarakat dalam pelbagai peringkat usia. Cerita-cerita rakyat Melayu yang disalurkan kepada khalayak dapat berfungsi sebagai kawalan sosial. mengekalkan serta memelihara keutuhan budaya masyarakat dan aspek ekonomi, politik, dan sosial.
Anonymous (Verified Reader) –
Buku sampai dgn cepat.Harga ok.mampu utk dimiliki.