Islam di Negeri Sembilan: Jasa dan Sumbangan Ulama

Disunting oleh IZZIAH SURYANI MAT RESAD @ ARSHAD, ERMY AZZIATY ROZALI dan FARID MAT ZAIN

Penerbit UKM (Cetakan Pertama, 2022)
213 halaman termasuk Rujukan dan Indeks

RM30.00

Only 1 left in stock

Product ID: 32867 Subjects: , Sub-subjects: , ,

Islam di Negeri Sembilan: Jasa dan Sumbangan Ulama membincangkan secara menyeluruh daripada sejarah awal perkembangan dakwah Islam di Negeri Sembilan sehinggalah perkembangan Islam semasa. la mengandungi kupasan yang menarik mengenai peranan dan sumbangan para ulama awal di Negeri Sembilan seperti Syeikh Muhammad Said al-Linggi dan anak-anak beliau yang menyambung legasi dalam memantapkan ajaran Islam dalam kalangan penduduk Negeri Sembilan dan juga di Malaysia secara umumnya. Buku ini memberi pendedahan mengenai perkembangan Islam di Negeri Sembilan, terutamanya peranan yang dimainkan oleh para ulama dan jasa serta sumbangan mereka bukan sahaja sebagai da’i yang menyebarkan dakwah Islamiyyah secara tekal, sebagai guru yang mengembangkan kegiatan intelektual Islam dalam kalangan masyarakat Islam di Negeri Sembilan, malah sebagai pakar dalam aspek pentadbiran Islam di Negeri Sembilan sama ada dari segi pentadbiran masjid, zakat dan juga institusi-institusi lain yang berkaitan dengan perkembangan hal ehwal Islam di Negeri Sembilan. Pelbagai aspek ini membentuk korpus ilmu yang sangat penting dalam wacana Islam di Negeri Sembilan.

Sejarah awal perkembangan Islam di Negeri Sembilan berkait rapat dengan sejarah perkembangan Islam dalam Kerajaan Melayu Melaka. Kedatangan masyarakat Minangkabau ke Negeri Sembilan juga menjadikan penduduknya dianggap unik kerana mereka mengamalkan adat Perpatih, berbeza dengan penduduk di negeri lain yang mengamalkan adat Temenggung. Walaupun begitu, perkembangan Islam tetap berlaku dengan pesat di negeri tersebut, sama dengan negeri Melayu yang lain. Keistimewaan buku ini kerana kandungannya membincangkan secara menyeluruh daripada sejarah awal perkembangan dakwah Islam di Negeri Sembilan sehinggalah perkembangan Islam semasa. Bab dalam buku ini mengandungi perbincangan mengenai peranan dan sumbangan para ulama awal di Negeri Sembilan seperti Syeikh Muhammad Said al-Linggi dan anak-anak beliau yang menyambung legasi beliau dalam memantapkan ajaran Islam dalam kalangan penduduk Negeri Sembilan dan juga di Malaysia secara umumnya. Di samping itu, terdapat juga perbincangan mengenai sejarah perkembangan dan peranan tarekat yang digunakan oleh para ulama untuk memupuk ajaran Islam dalam masyarakat.

Buku ini juga mengandungi perbincangan mengenai perkembangan tamadun Islam di Negeri Sembilan seperti pembentukan institusi pentadbiran Islam untuk memastikan kelancaran pentadbiran Islam secara tersusun dan sistematik. Semua itu boleh diikuti dalam bab yang membincangkan mengenai Jabatan Mufti dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan. Di samping itu, beberapa bab dalam buku ini juga mengupas beberapa isu yang menimbulkan kesangsian masyarakat terhadap amalan Adat Perpatih dengan memberi gambaran sebenar yang menunjukkan bahawa amalan tersebut tidak menyimpang daripada hukum Islam. Buku ini juga membincangkan mengenai pencapaian umat Islam di Negeri Sembilan dengan penglibatan cemerlang mereka dalam ilmu falak sehingga membawa kepada penubuhan balai cerap di Teluk Kemang. Terdapat juga bab yang membincangkan tentang kepentingan pengurusan masjid yang cekap dan teratur mampu melahirkan generasi Islam yang hebat dengan penubuhan institusi Lembaga Masjid. Sementara itu, perbincangan mengenai kepentingan kebajikan sosial umat Islam diurus dengan bijaksana juga dikupas dengan baik dalam bab yang membincangkan tentang institusi wakaf di Negeri Sembilan. Perjuangan rakyat menentang penjajahan British juga tidak dilupakan. Justeru, buku ini sangat istimewa kerana mengandungi sejarah pencapaian umat Islam di Negeri Sembilan secara menyeluruh. Kandungannya mendedahkan sejarah dan Tamadun Islam di Negeri Sembilan dari zaman awal sehinggalah kini.

Senarai Jadual
Prakata
Pendahuluan

1. Perkembangan Islam di Negeri Sembilan
Izziah Suryani Mat Resad @ Arshad, Ermy Azziaty Rozali & Farid Mat Zain

2. Syeikh Muhammad Said al-Linggi: Ulama Negeri Sembilan Terulung
Muhammad Rawaluddin Ismail & Farid Mat Zain

3. Ketokohan dan Sumbangan Sheikh Abdul Rashid Syeikh Muhammad Said al-Linggi dalam Bidang Pendidikan dan Penyebaran Tarekat
Aizuddin Hakim Mohd Yusof & Faudzinaim Badaruddin

4. Peranan Haji Abdullah Sijang dalam Penubuhan Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan (JAINS)
Nurul Atiqah Jamalludin & Izziah Suryani Mat Resad @ Arshad

5. Peranan Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan dalam Menyelesaikan Masalah dan Hukum Islam Semasa
Suhaila Zailani @ Hj. Ahmad & Nurul Iman Mohd Anuar Kamal

6. Lembaga Masjid Negeri Sembilan: Pemerkasaan Masjid Melalui Transformasi Pengurusan Profesional
Anwar Muttaqin, Shuhadak Mahmud & Azzerol Effendi Abdul Kadir

7. Sejarah Wakaf di Negeri Sembilan
Mohamad Khairul Izwan Rifin & Izziah Suryani Mat Resad @ Arshad

8. Pewarisan Tanah Adat dalam Adat Perpatih Menurut Perspektif Islam
Faudzinaim Badaruddin

9. Sistem Pewarisan Harta dalam Masyarakat Minangkabau Menurut Adat Perpatih
Masita Mazanan & Izziah Suryani Mat Resad @ Arshad

10. Kompleks Baitulhilal Teluk Kemang sebagai Pusat Astrofiqh Bersepadu di Negeri Sembilan
Mohd Hafiz Safiai & Ibnor Azli Ibrahim

11. Kebehenaan Bilal Ismail pada Era Pemerintahan Dato? Undang Syed Ali alJufri di Jajahan Bergajah Tunggal
Muhammad Iqbal Haq Ibrahim & Ermy Azziaty Rozali

12. Sistem Federalisme dalam Adat Perpatih di Negeri Sembilan
Wan Hamdi Wan Sulaiman, Ermy Azziaty Rozali & Wan Kamal Mujani

Rujukan
Senarai Penyumbang
Indeks

Weight0.315 kg
Dimensions22.7 × 15.1 × 1.3 cm
Author(s)

, , , , , , , , , , , , , , , , ,

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.