Out of stock

Kepimpinan Tun Abdul Razak Era 1969-1970

MOHAMAD ASROL AR. PIDI adalah calon Doktor Falsafah dalam bidang Sejarah Malaysia di Universiti Pendidikan Sultan Idris.

ISHAK SAAT adalah Profesor Madya di Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Penerbit UTHM (Cetakan Pertama, 2018)
159 halaman termasuk Bibliografi dan Indeks

RM28.00

Out of stock

Kepimpinan Tun Abdul Razak Era 1969-1970 bertujuan untuk melihat sejauh mana pelaksanaan dan keberkesanan kepemimpinan Tun Abdul Razak atau lebih dikenali dengan nama singkatannya iaitu Razak dalam menangani isu dalam negara terutama selepas berlakunya rusuhan kaum yang tercetus pada 13 Mei 1969. Penulis melakukan kajian ke atas sumber akademik dan ilmiah seperti dokumen berkaitan Tun Abdul Razak daripada Arkib Negara Malaysia, mengadakan lawatan dan penelitian di Galeri Tun Abdul Razak di Sri Perdana, menganalisis ucapan Tun Abdul Razak dan melakukan temu ramah dengan Tan Sri Abu Zahar bin Dato’ Nika Ujang, mantan Yang Dipertua Dewan Negara bagi mendapatkan maklumat yang lebih terperinci berkaitan kajian dan penulisan. Selain itu, penulis melakukan kajian ke atas buku dan bahan ilmiah lain di peringkat perpustakaan.

Selepas berlakunya peristiwa rusuhan kaum 13 Mei 1969, adalah menjadi tanggungjawab Razak untuk memulihkan hubungan antara kaum, memperbaiki struktur ekonomi orang Melayu agar sektor pekerjaan tidak mencerminkan status dan kedudukan kaum atau dengan kata lain pengenalan kaum berasaskan sektor pekerjaan. Razak berusaha memperbaiki jurang ekonomi antara kaum adalah bertujuan untuk menghapuskan pengenalan sektor pekerjaan mengikut kaum kesan daripada dasar pecah dan perintah yang diperkenalkan dan diamalkan oleh penjajah British di negara ini.

Dasar ekonomi dualisme yang dilaksanakan menjurus kepada pengkhususan kaum Melayu bekerja di sektor tradisional yang hanya tertumpu kepada kegiatan pertanian di kawasan luar bandar yang diusahakan secara sara diri dan tidak berdaya saing. Manakala kaum Cina dan India dibawa ke negara ini bagi memenuhi permintaan dan keperluan tenaga buruh British di sektor perlombongan dan perladangan yang merupakan sektor yang jauh lebih berdaya saing. Dengan itu, kaum Melayu tertumpu kepada sektor luar bandar dan mengamalkan kegiatan pertanian, kaum Cina di sektor perlombongan dan tertumpu di kawasan bandar serta kaum India di sektor perladangan.

Dasar pentadbiran British selain dasar ekonomi dualisme dan seterusnya dasar pecah dan perintah menyumbang kepada tercetusnya peristiwa 13 Mei 1969. Dalam usaha untuk memulihkan hubungan antara kaum dan membangunkan ekonomi kaum Melayu yang rata-rata masih mundur dan ketinggalan agar setaraf dengan bangsa lain, Razak menggunakan beberapa strategi dalam pentadbiran beliau antaranya adalah melalui strategi jangka pendek dan strategi jangka panjang. Strategi jangka pendek Razak adalah lebih tertumpu kepada langkah pencegahan dan meredakan api perkauman yang tercetus kesan daripada rusuhan yang berlaku serta pemulihan hubungan antara kaum dalam masa yang singkat agar konflik antara kaum dapat diredakan serta dipulihkan secepat mungkin.

Pentadbiran Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) di bawah kepemimpinan Razak berjaya membendung masalah ini dari terus membara. Antara lain beliau menubuhkan majlis dan jabatan yang bertujuan untuk memperbaiki hubungan antara kaum bagi mewujudkan keamanan dan memelihara hubungan yang baik antara kaum. Melalui penubuhan majlis dan jabatan di bawah pentadbiran MAGERAN sekali gus dapat mengeratkan semula hubungan antara kaum kesan daripada pengamalan dasar pecah dan perintah pihak British dan peristiwa rusuhan kaum tersebut yang telah menjarakkan hubungan antara kaum melalui pengisian program yang dilaksanakan serta dianjurkan oleh nihak kerajaan.

Hakikatnya, melalui buku ini kita akan dapat membuat penilaian dan kesimpulan terhadap usaha yang dilakukan oleh Razak dalam memulihkan hubungan antara kaum yang retak akibat daripada peristiwa rusuhan kaum yang berlaku pada 13 Mei 1969. Beliau juga dilihat berusaha untuk memajukan ekonomi dan mempertingkatkan taraf hidup kaum Melayu dan kaum Bumiputera yang lain di negara ini. Sesungguhnya, peristiwa rusuhan kaum yang berlaku pada 13 Mei 1969 memberikan pengajaran yang amat bermakna kepada seluruh rakyat di negara ini bahawa rasa permusuhan antara kaum tidak membawa sebarang kebaikan untuk diri sendiri bahkan juga kepada masyarakat dan negara, melainkan membawa kemusnahan dan kerosakan kepada nyawa dan harta benda.

Berbagai-bagai usaha dilakukan oleh Razak menerusi rangka rancangan jangka pendek dan rancangan jangka panjang dilihat membawa keberkesanan dan kejayaan kepada kemakmuran dan kemajuan dalam pelbagai sektor yang dikecapi oleh generasi pada hari ini terutamanya hubungan kaum yang bertambah baik menerusi semangat perpaduan dan perasaan muhibah. Usaha dan langkah bijak yang dilakukan oleh Razak adalah bagi memastikan peristiwa rusuhan kaum sebagaimana yang berlaku pada 13 Mei 1969 tidak berulang kembali.

Weight 0.272 kg
Dimensions 22.8 × 15.4 × 0.7 cm
Edition

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Kepimpinan Tun Abdul Razak Era 1969-1970”

Your email address will not be published. Required fields are marked *