Kerakyatan Planet: Nilai Murni, Kepercayaan, dan Perilaku Kita Boleh Membentuk Dunia Berdaya Tahan

Penulisan bersama HAZEL HENDERSON dan DAISAKU IKEDA

Terjemahan daripada judul asal Planetary Citizenship: Your Values, Beliefs and Actions Can Shape a Sustainable World oleh ASMAH HAJI OMAR

Penerbit UM (Cetakan Pertama, 2022)
256 halaman termasuk Indeks

RM62.00

Only 1 left in stock

Kerakyatan Planet: Nilai Murni, Kepercayaan, dan Perilaku Kita Boleh Membentuk Dunia Berdaya Tahan memuatkan dialog antara Daisaku Ikeda dan Hazel Henderson, dua orang tokoh aktivis global yang meneroka kebangkitan “globalis akar umbi”—rakyat di seluruh dunia yang bertanggungjawab membina masa depan yang lebih aman, berharmoni dan berdaya tahan. Mereka juga membincangkan latar belakang mereka sendiri dan apa yang mendorong mereka secara individu ke dalam aktivisme skala dunia. Pada masa yang sama, mereka memberikan galakan dan maklumat konkrit kepada berjuta-juta warga yang prihatin yang ingin menghasilkan perbezaan. Pelbagai isu yang kini mendapat pengiktirafan yang lebih besar di semua peringkat masyarakat yang diterokai, termasuk pembangunan yang berdaya tahan, keadilan ekonomi, menghormati orang pribumi dan tanah serta sumber tradisional mereka, pendemokrasian politik dan institusi antarabangsa, menjadikan syarikat-syarikat berakauntabiliti, dan memulihara biodiversiti, kualiti udara dan iklim Bumi ini.

Daripada memikirkan ramalan-ramalan yang azab dan suram, Henderson dan Ikeda sebaliknya menggunakan optimisme yang praktikal tetapi mendalam dalam potensi manusia dan keupayaan kita untuk membina masa depan yang lebih cerah. Dengan dalil bahawa perubahan positif hati seorang boleh membawa kepada perubahan keseluruhan di dunia, mereka membentangkan pandangan menarik yang menggoncang dan mencabar pembaca. Dengan memberikan tumpuan kepada nilai-nilai kerohanian yang diperlukan untuk membina dunia yang lebih baik, kedua-dua tokoh tersebut menghubungkan isu-isu global yang kompleks kepada rakyat biasa dan meyakinkan kita bahawa kita mempunyai kuasa untuk membuat perubahan positif dalam keluarga, komuniti, negara dan dunia kita pada keseluruhannya.

Daisaku Ikeda dan Hazel Henderson percaya bahawa kita sendiri sedang meningkat ke arah kesedaran yang lebih luas tentang tanggungjawab kita sebagai rakyat planet. Adakah kuasa kedewaan kita secara kolektif dalam teknologi memacu kita ke arah kemusnahan ataupun ke arah melakarkan semula masyarakat, budaya dan nilai murni kita supaya selaras dengan tempat baharu kita dalam alam semula jadi? Soalan-soalan inilah yang merupakan intisari dialog mereka dalam buku ini, yang memberi tumpuan kepada bagaimana caranya nilai murni, sasaran dan kepercayaan peribadi dapat memainkan peranan dalam keluarga dan komuniti ke arah masa hadapan yang mantap bagi semua.

Perdebatan-perdebatan baharu ini sudah pun memberi lakaran kepada abad kedua puluh satu ini. Jelas bahawa “arnab” dalam inovasi teknologi sudah mendahului “kekura” inovasi sosial. Kelewatan ini merupakan asas semua isu global masa kini, dari cara mengawal senjata pemusnah besar-besaran, pengklonan manusia, makanan suai-genetik, bahan-bahan pertanian dan asas (melalui nanoteknologi) hingga kepada kesihatan, epidemik baharu, pendidikan, peranan media massa global bertujuan baik dan buruk, kemerosotan sekitaran, pencemaran dan perubahan iklim.

Yang menjadi asas kepada semua isu ini ialah cara mengendalikan kuasa-kuasa teknologi ke arah perkembangan manusia yang sebenarnya, kemakmuran dan kemajuan sosial yang mantap. Sejak penubuhan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam tahun 1945 “untuk membebaskan bangsa manusia dari sengsara perang” dan Deklarasi Universal Hak Asasi Manusia, manusia tidak berhenti-henti memperkatakan secara senyap-senyap isu-isu yang mengasaskan masa depan kita sarwajagat.

Pengenalan
– Hazel Henderson

1. Tindakan Sivik Sepanjang Hayat
2. Universiti Bernama Kehidupan Manusia
3. Menyelamatkan Induk Kehidupan
4. Ekonomi Baharu
5. Berfikiran Global, Bertindak Setempat
6. Merevolusikan Peradaban
7. Teknologi untuk Manfaat Masa Hadapan
8. Piagam Bumi dan Etika Sekitaran
9. Abad Wanita
10. Masyarakat Menang-Menang

Nota Hujung
Indeks

Weight0.418 kg
Dimensions22.8 × 15.3 × 1.5 cm
Author(s)

, ,

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.