Kerangka Nilai Budaya dalam Cerita Lisan Orang Asli Temiar, Gua Musang, Kelantan

Penulisan bersama MOHD FIRDAUS CHE YAACOB dan MOHD FAHMI ISMAIL

Penerbit UMK (Cetakan Pertama, 2022)
178 halaman termasuk Bibliografi dan Indeks

RM52.00

In stock

Kerangka Nilai Budaya dalam Cerita Lisan Orang Asli Temiar, Gua Musang, Kelantan merupakan pengkajian dan analisis terhadap beberapa cerita-cerita lisan Orang Asli Temiar yang disampaikan oleh Ibrahim Marajiah, tukang cerita yang berpengalaman. Buku ini lebih berfokuskan kepada satu bentuk rujukan yang mudah bagi memberi gambaran kepada pembaca tentang inti patinya. Hal ini kerana buku ini memiliki pelbagai bahagian yang lengkap bagi memberi penerangan yang jelas serta mudah untuk dijadikan sebagai rujukan kepada pengkajian cerita lisan. Penulis merasakan para pembaca mampu menjadikan buku ini sebagai salah satu bahan rujukan kerana ia dilihat dapat memberi perincian khusus tentang khazanah serta kebudayaan masyarakat orang asli melalui cerita lisan. Hal ini memperlihatkan kesungguhan penulis untuk menyediakan sebuah buku panduan yang fleksibel bagi membantu pembaca mempelajari konsep cerita rakyat secara mendalam selain menjadikan buku ini sebagai bahan rujukan ilmiah.

Seterusnya, buku ini dihasilkan bagi mengembalikan identiti masyarakat dengan menelusuri cerita-cerita yang dituturkan oleh penglipur lara tempatan. Hal ini membolehkan cerita-cerita tersebut dihayati oleh anak bangsa pada hari ini. Hal ini kerana penulis berharap agar intipati dalam buku ini mampu dijadikan sebagai aspirasi dalam kehidupan dan pembelajaran golongan muda. Hal ini kerana penulis-penulis melihat buku ini mampu memberi pendidikan khususnya terhadap aspek pembentukan akhlak dan nilai-nilai murni yang luhur disemai ke dalam diri golongan muda. Sehubungan dengan itu, penulis bertekad ingin memelihara dan memulihara tradisi masyarakat orang asli menerusi cetakan ilmiah sebegini. Lantaran itu, penulis merasakan bahawa ia adalah satu alternatif yang terbaik dalam memartabatkan cerita-cerita lisan sebagai warisan masyarakat orang asli. Oleh itu, unsur tradisi masyarakat orang asli mampu dikekalkan dan diamalkan sebagai pembentukan jati diri masyarakatnya melalui penghasilan buku ini.

Selain itu, menerusi cetakan buku ini penulis turut merasakan masyarakat orang asli telah memiliki budaya berfikir serta mampu membentuk nilai budi yang sempurna melalui pengadaptasian cerita-cerita lisan ini. Hal ini telah memperlihatkan bentuk-bentuk budaya berfikir positif yang menjadikan masyarakat orang asli lebih bijak dalam membentuk sistem kemasyarakatan yang bersistematik menerusi penyampaian cerita lisan. Oleh hal yang demikian, melalui penulisan ini penulis mengharapkan masyarakat pada hari ini mampu memiliki satu pemikiran yang terbuka serta mencari alternatif dalam mengekalkan kebudayaan masyarakat orang asli selain memperkenalkannya ke persada dunia.

Melalui penghasilan nukilan ini juga membuktikan kepada warisan khazanah tempatan seperti cerita lisan mampu menjelaskan tentang kebudayaan yang dimiliki oleh masyarakat terdahulu khususnya masyarakat orang asli. Buku ini jelas menggambarkan keupayaan dan kemampuan masyarakat dalam menghidupkan budaya bagi mengekalkan identitinya sebagai masyarakat orang asli. Ia jelas apabila penulis cuba untuk mengetengahkan peradaban dan ketamadunan masyarakat orang asli melalui penghasilan nukilan ini. Ia dibuktikan melalui data cerita lisan masyarakat Orang Asli Temiar yang dikumpulkan oleh penulis dibentuk melalui kepercayaan dan persekitaran masyarakat terbabit. Sehubungan dengan itu, identiti masyarakat orang asli mampu diperkukuhkan lagi menerusi penemuan baharu dalam penghasilan buku ini.

Senarai Singkatan
Kata Prakata
Penghargaan

1. LATAR BELAKANG CERITA RAKYAT DAN KEPENDUDUKAN ORANG ASLI TEMIAR
Pengenalan
Penelitian Cerita Rakyat Orang Asli Temiar dan Cerita Rakyat Asli di Malaysia
Penutup

2. PROSES PENDOKUMENTASIAN DAN KERANGKA BUDAYA SEBAGAI TUNJANG NILAI-NILAI BUDAYA DALAM KONTEKS ORANG ASLI TEMIAR
Pengenalan
Kaedah Penyelidikan
Tatacara Penyelidikan
Langkah Awal Sebelum Temu Bual
Temu Bual
Alat Bantuan
Proses Pendokumentasian
Bahan Kajian
Kerangka Budaya Tunjang Kepada Pemantapan Nilai-nilai Budaya dalam Orang Asli Temiar
Penutup

3. NILAI-NILAI BUDAYA DALAM CERITA RAKYAT ORANG ASLI TEMIAR: SUATU PENDEKATAN KERANGKA BUDAYA
Pengenalan
Nilai Cintakan Keamanan
Nilai Kesejahteraan
Nilai Menunaikan Janji
Nilai Menghormati Warga Tua
Nilai Bercakap Benar
Nilai Muafakat
Nilai Bertolak Ansur
Nilai Bertanggungjawab Menjaga Keselamatan dan Keamanan Kampung
Nilai Prihatin
Nilai Kerajinan
Keharmonian Sejagat
Penutup

4. PENDOKUMENTASIAN CERITA RAKYAT ORANG ASLI TEMIAR
Buah Mangkung Dengan Seekor Anjing
Burung Kuang Dengan Seekor Harimau Bertindak Tanpa Akal
Kesepakatan Menyelamatkan Diri
Sang Kura-Kura Yang Bijaksana
Cucu Yang Bijaksana
Pengail Yang Pintar
Tangkal Hikmah
Manusia Jelmaan Anjing
Dendam Terbalas
Asal Usul Kuala Betis Da

5. CERITA RAKYAT ORANG ASLI TEMIAR: IMPLIKASI DAN CADANGAN MEMELIHARA KEBUDAYAAN DALAM KALANGAN MASYARAKAT
Pengenalan
Cadangan Untuk Memulihara Kebudayaan Menerusi Cerita Rakyat Orang Asli Temiar
Implikasi Memelihara Warisan Cerita Rakyat Orang Asli Temiar
Kesimpulan

Lampiran
Glosari
Bibliografi
Indeks
Biodata Penulis

Weight0.294 kg
Dimensions22.7 × 15.1 × 1 cm
Author(s)

,

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.