Kristian di Sabah, 1881-1994

MAT ZIN MAT KIB adalah pensyarah di Universiti Teknologi MARA, Cawangan Sabah, Kampus Kota Kinabalu. Beliau juga ialah calon doktor falsafah di Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor.

Penerbit UKM (Cetakan Pertama, 2003)
244 halaman termasuk Rujukan dan Indeks

 


PENAFIAN: Judul ini menepati keadaan NOS, atau “naskhah baru stok lama”. Justeru, sesetengah naskhah berkemungkinan mempunyai kesan cacat seumpama halaman bernoda, sumbing, melengkung, lusuh, dan sebagainya. Pelanggan dinasihatkan agar meneliti gambar tambahan yang disediakan untuk mendapat gambaran lebih jelas mengenai keadaan naskhah sebelum membuat pembelian.

RM45.00

In stock

Kristian di Sabah, 1881-1994 memberi tumpuan terhadap bagaimana dakwah agama Kristian tersebar di Sabah melalui pendekatan, kaedah, strategi sepunya yang digunakan oleh para pendakwah dan institusi yang berkaitan dengan gereja. Selain itu, tumpuan juga diberi terhadap persoalan golongan yang menjadi tumpuan pendakwahan Kristian dan melihat kesan pendakwahan kepada golongan tersebut. Dari segi tempoh masa, buku ini bermula dari 1881-1994.

Hasil daripada segala usaha yang dibuat oleh gereja mazhab utama, sokongan serta bantuan daripada pelbagai pihak, dakwah Kristian telah membawa kesan kepada amalan, kepercayaan dan perubahan hidup penduduk peribumi Sabah. Kristian hanya bertapak di Sabah selepas kedatangan orang Barat pada abad ke-19. Pada masa itu penduduk peribumi Sabah berbudaya pagan dan mengamalkan sistem kepercayaan animisme. Misi Kristian berkesan dan berjaya menambat hati penduduk peribumi untuk keluar daripada budaya pagan dan memilih agama Kristian.

Pada awal abad ke-19, pentadbiran agama Kristian di Sabah berpusat di Sarawak, sebelum dipindahkan ke Labuan. Kegiatan mubaligh agama Kristian bermula dengan mazhab Anglikan apabila Rev. Father Francis Thomas McDouglas dilantik sebagai Bishop bagi Labuan dan Sarawak pada 22 Oktober 1855. Kemudiannya barulah pelbagai mazhab Kristian menyusul.

Kristian memulakan pertapakan di Kudat, Sandakan, Tawau dan juga Papar sebagai pusat pentadbiran yang terawal, kerana kawasan-kawasan itu merupakan pusat pentadbiran awal Kristian dan terletak di pesisir. Inilah sebabnya kawasan bandar yang menjadi tumpuan pentadbiran Kristian dan didominasi oleh gereja mazhab Anglikan dan Basel. Walau bagaimanapun, gereja mazhab lain juga turut masuk ke pedalaman. Atas sebab inilah perkembangan gereja-gereja mazhab utama agama Kristian tersebar ke seluruh pelosok negeri Sabah.

Pada 1980, Unit Penyelidikan Sosioekonomi Jabatan Perdana Menteri Cawangan Sabah melaporkan bahawa jumlah penganut Katolik ialah seramai 130,000 orang, Anglikan 15,000 orang, Basel 16,000 orang dan Protestan 16,000 orang. Pada 1981, penganut Katolik dari kalangan etnik Murut melebihi 5,000 orang. Perangkaan ini menunjukkan bahawa penduduk peribumi Sabah, khususnya kumpulan etnik yang tinggal di kawasan pedalaman, kebanyakannya telah menganut agama Kristian dan ini menunjukkan pengaruh agama Kristian amat kuat di Sabah, khususnya di kawasan pedalaman.

Perkembangan gereja mazhab utama ini dimantapkan oleh struktur organisasi dan pentadbiran gereja yang lebih sistematik. Pertumbuhan dan perkembangan gereja mazhab utama ini berpaksi kepada hubungan dan sokongan daripada kerajaan yang memerintah negeri Sabah, badan-badan luar negara dan juga badan sokongan gereja serta peranan media massa yang ditunjangi penganut Kristian.

Senarai Jadual, Rajah dan Peta
Senarai Plat
Senarai Singkatan
Penghargaan
Pengenalan

BAB 1 – Amalan Kepercayaan Animisme di Kalangan Penduduk Peribumi Sabah

BAB 2 – Sejarah Pertapakan Gereja Mazhab Utama Kristian Sabah

BAB 3 – Struktur Organisasi dan Pentadbiran Gereja Mazhab Utama Kristian Sabah

BAB 4 – Perkembangan Gereja Melalui Bantuan yang Diberi

BAB 5 – Pendekatan, Kaedah dan Strategi Dakwah Kristian

BAB 6 – Peranan Percetakan dalam Gerakan Dakwah Kristian

BAB 7 – Penutup: Kristian di Sabah Berkembang Sepanjang Zaman

Glosari
Rujukan
Indeks

Weight0.336 kg
Dimensions22.8 × 15.1 × 1.3 cm
Author(s)

Format

Language

Publisher

Year Published

5.0
Based on 1 review
5 star
100
100%
4 star
0%
3 star
0%
2 star
0%
1 star
0%
  1. Jevionce Justin (Verified Reader)

    (0) (0)

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.