Out of stock

Masyarakat Melayu Menghadapi Perubahan, 1850-1941

Senarai penulis:
ARBA’IYAH MOHD NOOR
AHMAD KAMAL ARIFFIN MOHD RUS
SUFFIAN MANSOR
ABDUL RAHMAN TANG ABDULLAH

DBP (Edisi Pertama, 2020)
515 halaman termasuk Bibliografi dan Indeks

RM60.00

Out of stock

Masyarakat Melayu Menghadapi Perubahan, 1850-1941 secara umumnya memberikan tumpuan mengenai peranan masyarakat Melayu sejak pertengahan abad ke-19 sehingga Perang Dunia Kedua. Hal ini disebabkan tempoh tersebut merupakan tempoh peralihan dan kesedaran bagi masyarakat Melayu dalam membawa perubahan bukan sahaja dalam aspek politik tetapi juga dalam aspek ekonomi dan sosial. Tempoh ini merupakan tempoh yang penting dan tidak harus diabai, dipinggir atau dikesampingkan kerana terdapat proses yang ketara dalam perkembangan sejarah masyarakat Melayu ketika itu. Oleh itu, seharusnya masyarakat di negara ini mahupun di luar didedahkan tentang proses peralihan dan kesedaran ini serta melihat kepentingannya kepada negara hari ini. Walaupun terdapat beberapa penulisan mengenai topik-topik tertentu yang telah dihasilkan, tetapi kebanyakannya dari sudut pandang dan disiplin yang berbeza.

Buku ini memfokuskan tentang proses transisi yang telah dialami oleh masyarakat Melayu di Tanah Melayu dalam aspek politik, ekonomi dan sosial bermula dari pertengahan abad ke-19 sehingga tercetusnya Perang Dunia Kedua. Secara umumnya, kajian tentang masyarakat Melayu dalam tempoh ini masih kurang diberikan perhatian, sedangkan tempoh ini merupakan tempoh yang sangat penting. Hal ini disebabkan banyak perubahan berlaku dalam kalangan masyarakat Melayu ketika ini dan hal ini turut diakui oleh beberapa sarjana, seperti Khoo Kay Kim, Leonard Andaya, J.M. Gullick, Anthony Milner dan sebagainya. Khoo Kay Kim dalam kajian klasiknya, The Western Malay States 1850-1873, merumuskan bahawa kemunculan British sebagai kuasa asing terkuat di Selat Melaka, serta perkembangan Singapura dan Pulau Pinang sebagai pusat perdagangan yang baharu, tenaga ekonomik yang dinamik dengan bebas mula meresap secara lebih mendalam ke Semenanjung Tanah Melayu. Beliau menyimpulkan bahawa jika suku pertama abad ke-19, negeri-negeri Melayu pada umumnya memberikan satu gambaran yang mundur, serta keadaan politik yang tidak stabil, namun pada dekad-dekad seterusnya memperlihatkan satu era baharu bagi beberapa buah negeri Melayu.

Selain itu, Leonard Andaya dalam bukunya A History of Malaysia, turut berpandangan yang sama, malah menurut beliau, dengan perkembangan yang berlaku pada tiga suku pertama abad ke-19, Tanah Melayu dilihat mengalami perubahan yang besar, seolah-olah satu dunia baharu telah wujud. Tambah beliau, kemajuan teknologi Barat, peningkatan perhatian kerajaan-kerajaan Eropah terhadap hal ehwal perdagangan, serta kemajuan komunikasi yang telah mendekatkan antara Barat dengan Timur merupakan faktor yang memulakan perubahan tabii masyarakat Melayu. J.M. Gullick pula mempunyai pandangan yang berbeza tentang tempoh masyarakat Melayu mula berubah. Gullick tidak menafikan bahawa pengakhiran satu zaman dan bermulanya satu zaman yang baharu sememangnya sukar untuk ditentukan dengan tepat. Bagi beliau, menjelang tahun 1920, satu zaman baharu telah bermula apabila rata-rata orang Melayu telah mempunyai kesedaran tentang kepentingan memberikan pendidikan kepada anak-anak mereka dan kemajuan ini harus diperluas ke seluruh Tanah Melayu. Pada tempoh ini juga, orang Melayu menyedari bahawa penanaman getah lebih memberikan pulangan yang baik berbanding dengan penanaman padi. Pada masa yang sama, kenderaan moden seperti kereta dan perkhidmatan bas ke kampung-kampung merapatkan lagi jarak antara kawasan bandar dengan luar bandar.

Menurut Gullick lagi, perubahan yang jelas pada era 1920-an tm mempunyai latar belakang sejak permulaan abad ke-20 lagi. Beliau merumuskan tempoh antara tahun 1900-1920 merupakan titik tolak yang sangat penting dan kemungkinan ciri-ciri The Modem Malaya mula menampakkan sifat dan bentuknya. Sementara itu, Anthony Milner dalam bukunya The Invention of Politics in Colonial Malaya, mendapan tahun 1930-an, memperlihatkan betapa pemikiran orang Melayu mempunyai sifat kesedaran terhadap bangsanya. Dengan kata lam, proses transisi yang dialami oleh masyarakat Melayu sama ada dan segi politik, ekonomi mahupun sosial sudah mencapai tahap yang hampir matang, lantaran memudahkan timbulnya satu ciri bahara pada tahap yang seterusnya.

Secara umumnya, para sarjana mengakui terdapat perubahan yang berlaku terhadap masyarakat Melayu dalam pelbagai aspek pada tempoh ini. Ini membuktikan bahawa proses kesedaran mula berlaku dalam pemikiran masyarakat Melayu. Proses kesedaran yang dialami masyarakat Melayu tidak hanya mencetuskan perubaham dalam aspek politik semata-mata, tetapi turut memperlihatkam peralihan dalam kegiatan ekonomi dan sosial termasuk perubahas gaya hidup dan budaya masyarakat secara keseluruhannya Beberapa aspek, terutama tentang aspek ekonomi dan sosial masyarakat Melayu pada zaman pentadbiran British di Tanah Melayu masik kurang dikaji secara menyeluruh, walaupun telah disentuh secara langsung atau tidak langsung oleh para sarjana. Penulisan yang telah dilakukan lebih awal lebih cenderung membincangkan aspek ekonomi dan sosial pada zaman penjajahan yang dikuasai oleh bangsa Eropah. Jika adapun kajian tentang penglibatan masyarakat Melayu dalam aspek ekonomi dan sosial, penumpuan umum hanya diberikan pada kedudukan mereka sebagai masyarakat luar bandar yang mundur dan rata-ratanya merupakan golongan petani das nelayan.

Weight 0.715 kg
Dimensions 22.9 × 15.2 × 2.5 cm
Edition

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Masyarakat Melayu Menghadapi Perubahan, 1850-1941”

Your email address will not be published. Required fields are marked *