Masyarakat Penan dan Impian Pembangunan: Satu Himpunan Naratif Keterpinggiran dan Jatidiri

Disusun dan disunting oleh ZAWAWI IBRAHIM dan NOORSHAH M.S.

SIRD (Cetakan Pertama, 2012)
187 halaman termasuk Appendiks

RM25.00

In stock

If you purchase this book you will earn 5 reward points!

Masyarakat Penan dan Impian Pembangunan: Satu Himpunan Naratif Keterpinggiran dan Jatidiri merupakan sebuah luahan sanubari dan pancaran perspektif masyarakat Penan tentang impian pembangunan mereka, dipetik daripada pelbagai lapisan hidup warga peribumi yang terpinggir dalam konteks negara-bangsa Malaysia. Bertentangan dengan naratif pembangunan arus perdana yang ‘ditafsirkan autoriti’ (authority-defined), buku ini menerapkan wacana yang lebih berasaskan ‘tafsiran harian’ (everyday-defined), yang diungkap oleh manusia Penan sendiri. Dalam naskah ini, mereka terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat Penan—ada Pak cik tua, ada Penghulu, ada Ketua Kampung dan ketua agama; dan ada juga guru sekolah, sukarelawan, mahasiswa dan pelukis. Ada yang bercerita, ada yang menulis secara biasa, dan ada yang menulis secara ilmiah, dan ada yang melukis.

Secara ringkasnya, himpunan karya ini merupakan naratif yang merepresentasikan masyarakat Penan dari dalam, yakni apa yang diistilahkan dalam ilmu antropologi sebagai perspektif emic. Dalam bidang antropologi, paradigma ini juga menjurus ke arah satu kaedah penelitian atau etnografi yang bercorak ‘pasca-modenis (post-modernist). Jika dibanding dengan kaedah etnografi tradisional yang hanya menyerlahkan suara dan pentafsiran si pengkaji, etnografi pasca-modenis memberi laluan untuk kehadiran ‘mereka yang dikaji’ (the Other). Ini bermaksud bahawa di dalam sesebuah teks pasca-modenis, the Other muncul sebagai subjek dan bukan objek penyelidikan, yang diperkasakan ruang untuk bersuara dan membuat tafsiran mereka sendiri. Malah, the Other merupakan rakan (partner) dalam penyelidikan dan teks yang ditulis oleh pengkaji, seolah-olah dalam teks pasca-modenis itu, the Other diajak oleh si pengkaji untuk sama-sama ‘menulis budaya’ (writing culture) mereka.

Andaian utama epistemologi yang dianjurkan dalam buku ini ialah manusia indigene itu adalah seorang insan yang berilmu tentang alam sekitar yang menjadi rumah bagi mereka. Dalam konteks dunia mereka, manusia pribumi akur dan prihatin tentang segala tindak tanduk ilmu dan nuansa nilai-nilai budaya yang mendasari kehidupan mereka dengan alam sekitar di sekelilingnya. Secara ringkasnya, indigene atau pribumi merupakan kelompok manusia yang mampu mendidik kita dengan ‘ilmu’nya.

Naratif pasca-modenis yang mendasari buku ini juga merupakan kaedah yang cuba mencungkil ilmu pribumi, melalui ungkapan dari penceritaan, ingatan dan juga penulisan mereka. Lebih persis lagi, secara tidak langsung, naskah ini adalah usaha untuk memartabat dan meraikan keunggulan ilmu pribumi, bukan ilmu kolonial, dan pasti sekali, bukan ilmu yang didukung oleh naratif agung pembangunan (developmentalism). Kalau diperincikan, mengikut Foucault, apa yang diluahkan di sini sebenarnya merupakan suatu wacana alternatif yang terpendam (subjugated discourse) dan subaltern, kerana ianya bertentangan dengan ‘ilmu’ (knowledge) teras kepada wacana pembangunan hegemonik yang didukung oleh ‘kuasa’ (power).

Naskah yang menjadi fokus kita di sini merupakan cetusan sebuah wadah berpaksikan naratif keterpinggiran dan jatidiri Penan yang dikutip dari aktor-aktor sosial yang kebanyakannya berasal dari Kampung Long Lamai di kawasan pedalaman Ulu Baram. Memetik dari Anna Tsing, seorang antropologis pasca-modenis yang tersohor, anggaplah naratif-naratif dalam naskah ini sebagai skrip yang dipungut dari suatu ‘out-of-the-way-places‘ yang mewakili sebuah wadah ‘cultural and political construction of marginality from the periphery of a nation-state‘.

Senarai Ilustrasi
Kata Pengantar
Penghargaan
Biografi Penyumbang

1. Memperkenalkan Naratif Keterpinggiran dan Jatidiri Penan: Satu Wacana Pasca-Modenis
Zawawi Ibrahim dan NoorShah M.S.

2. Nukilan Anderias Jimmy Mageri — Seorang Sukarelawan Penan
Anderias Jimmy Mageri

3. Cerita Pak Tua — Amam Nyato
Amam Nyato

4. Ucapan Penghulu James kepada Anak Buahnya di Kampung Long Lamai
Penghulu James

5. Penghulu James Mahu Bertemu Kerajaan
Penghulu James

6. Ucapan Ketua Kampung Long Lamai
Belare Jabu

7. Penanaman Padi Bukit dan Ekonomi di Long Lamai
– Pemerhatian dan Catatan Ezra Uda

8. Ucapan Vee Daa, Ketua Agama
Vee Daa

9. Asal Usul Cara Hidup Masyarakat Penan di Persekitaran Lembah Sungai Baram (Baa Kusan) dan Pengalaman Peribadi Seorang Guru Penan
Joseph Gar

10. Long Beruang
Sukarelawan Rahman

11. Melindungi Hak ke atas Tanah, Hak Adat Bumiputera (NCR) Masyarakat Penan di Sarawak
Ezra Uda

12. Blockade Sebagai Wadah Penyertaan Politik Kaum Penan di Sarawak
Ezra Uda

APPENDIKS
Lukisan Pilihan Karya Stephen Gayut Lim
Foto Album: Lakaran Wajah dan Lanskap Penan

Weight 0.309 kg
Dimensions 22.8 × 15.2 × 1.1 cm
Author(s)

, , , , , , , , ,

Edition

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.