Masyarakat Siam Kelantan: Sejarah, Sosiobudaya dan Bahasa

Disunting oleh NUR AZUKI YUSUFF

Penerbit UMK (Cetakan Pertama, 2017)
155 halaman termasuk Indeks

RM35.00

Only 1 left in stock

Masyarakat Siam Kelantan: Sejarah, Sosiobudaya dan Bahasa menceritakan sosiobudaya, kependudukan dan sejarah, dialek seharian (Che Hae) dan bahasa standard masyarakat Siam Kelantan. Sepanjang pengamatan awal, para ilmuan menyatakan transmigrasi masyarakat Siam ke Kelantan bermula seawal pertengahan abad ke13M. Namun, permasalahan bermula apabila kini kenyataan tentang asal usul masyarakat Siam Kelantan dipersoalkan sama ada dari sudut pensejarahan, sosiobudaya dan bahasa penggunaan harian. Beberapa fakta dikemukakan, namun rumusan tepat perlu dikemaskini. Kekaburan fakta berlaku disebabkan etnik Siam Kelantan kurang mendapat perhatian sejarah semasa era migrasi di awal abad ke-18 dan 19. Polemik yang timbul dari isu paling ketara ini ialah mempersoalkan masyarakat Siam bukan pada orang Thai, bahkan dari Mongolia. Pandangan ini mungkin bersifat terpencil, namun perlu dilihat secara realistik. Terutama sekali apabila melibatkan data yang boleh disahkan. Pandangan ini juga menyatakan transmigrasi masyarakat Siam di negara ini berkemungkinan lebih awal menjejak kaki di Tanah Melayu berbanding masyarakat Melayu sendiri.

Beberapa kajian sarjana turut menyokong pendapat bahawa transmigrasi masyarakat Siam ke Kelantan bermula seawal pertengahan abad ke-13M lagi apabila kerajaan Siam mengembangkan pengaruhnya sehingga ke Kelantan. Bukti pengaruhnya apabila Sultan Muhammad I (1800-an) menghantar bunga mas ke Siam tiga tahun sekali sebagai tanda perhubungan setia. Ia bermula apabila Sultan menghantar utusan mengadap Maharaja Siam kerana bimbang akan ancaman dari Terengganu yang berpakat dengan Pattani pada 1832. Pengaruh kerajaan Siam terhadap Kelantan ini berlanjutan sehingga pada akhir kurun ke-18 apabila kerajaan Siam yang menguasai Kelantan pada ketika itu bersetuju menyerahkan segala haknya ke atas Kelantan kepada kerajaan British dalam perjanjian Anglo-Siamese. Perjanjian tersebut turut menyebabkan Kelantan kehilangan sebuah jajahan.

Senarai Carta, Jadual, Rajah dan Gambar
Singkatan Kata
Senarai Penulis
Kata Pengantar
Kata Alu-aluan

1. Perbincangan Awal Polemik di Sebalik Sejarah Masyarakat Siam di Kelantan
Nur Azuki, Mohd Sabree Mohamed Noor & Weenie Suksai a/p Eh Lem

2. Beberapa Catatan Sejarah Berkaitan Tinjauan Hubungan Sosiobudaya Kedah-Siam (Ligor)
Siri Neng Buah, Nur Azuki

3. Sejarah dan Peranan Wat di Kelantan
Patimoh Samae’e dan Mahama Tohleheng

4. Masyarakat Siam Kelantan, Malaysia; Sejarah Migrasi, Dialek Komunikasi, Pengajian Bahasa Thai Standard dan Agama Buddha
Khamnuong Nuansanong

5. Discovering in Social and Culture of Siamese in Kelantan through Language Perspective
Chantas Thongchuay

6. Tinjauan Umum dalam Penyusunan Kamus Thai-Melayu Dewan
Mohd Shahriman Abu Bakar, Patimoh Samae’ae

7. Kehidupan Sosial Masyarakat Siam Kelantan
Merie a/p Anad

8. Kuih-Muih Tradisional masyarakat Siam Kelantan
Aweng Eh Rak, Maketab Mohamed, Rozidaini Mohd Ghazi

9. Nasi Herba (Khau Samun Phrai) Makanan Tradisi masyarakat Siam Kelantan
Aweng Eh Rak

10. Perkembangan Aktiviti Sosial dan Ekonomi Masyarakat Siam Kampung Dalam, Tumpat
Suziana Razali, Nur Azuki

11. Perayaan Masyarakat Siam Kelantan
Aweng Eh Rak

12. Circulating Monastics: Kelantanese Buddhist Traveling and the Expansive Worlds of Hinterland Communities
Irving Chan Johnson

Glosari
Indeks
Biodata Penyelenggara

Weight0.267 kg
Dimensions23.5 × 15.5 × 1 cm
Author(s)

, , , , , , , , , , , , , ,

Format

Language

,

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.