Kelantan – Patani: Ulama’ dan Intelektualisme Melayu Wilayah Timur

ABDUL RAZAK MAHMUD adalah pengkaji sejarah dan banyak menulis mengenai sejarah dan budaya Kelantan-Patani dalam berbagai majalah, kertas seminar dan malah buku. Antara buku-buku beliau yang telah terbit ialah Pengantar Sejarah Patani (1994), Ulama Besar dari Patani (2001), Ikhtisar Sejarah Kelantan (2002), Persuratan Melayu Wilayah Timur (2009), MAIK: Peranannya dalam Bidang Keagamaan, Persekolahan dan Penerbitan di Kelantan sehingga 1990 (2010), Biografi Singkat 40 Ulama’ Terpilih Negeri Kelantan (2017).

MAIK (Cetakan pertama, 2018)
382 halaman, termasuk Bibliografi

RM45.00

In stock

Kelantan – Patani: Ulama’ dan Intelektualisme Melayu Wilayah Timur mengandungi 15 buah kertas kerja atau makalah seminar yang dipilih dari sejumlah kertas kerja yang dibentang dalam seminar-seminar yang telah saya sertai antara tahun 2000 2017, dengan fokus atau tema utamanya adalah mengenai sejarah dan budaya wilayah timur sejak Senggora atau Songkhla hingga Terengganu.

Terkandung dalam buku ini ialah hal-hal mengenai sejarah dan budaya negeri-negeri Melayu Wilayah Timur (dahulunya), merangkumi sejarah politik, kebangkitan ulama’ (dalam kawasan berkaitan), institusi pengajian tradisional Islam (pondok), karya tulis dalam bentuk kitab-kitab, kegiatan intelektual berupa percetakan dan penerbitan buku atau majalah dan malah merambah kepada soal-soal bahasa, sastera dan budaya dalam kawasan yang dinyatakan.

Oleh kerana rangkuman Kelantan – Patani: Ulama’ dan Intelektualisme Melayu Wilayah Timur berawal sejak Senggora hingga Terengganu, maka buku ini dinamakan penulis “Dari Kuala Bekah ke Kuala Ibai”, dengan catatan bahawa Kuala Bekah adalah nama sebuah kuala bagi sebatang sungai bernama Sungai Patani dan terletak dalam Wilayah Patani sekarang, manakala Kuala Ibai pula adalah nama bagi sebuah kuala di pesisir pantai negeri Terengganu, dan terletak dalam daerah Kuala Terengganu.

Hampir seluruh kandungan buku ini adalah “bermain” di antara dua buah kuala inilah, baik ia mengenai sejarah dan budaya, tradisi pengajian atau keilmuan, persuratan, maupun kegiatan-kegiatan intelektual dan kebudayaan lainnya, sebagaimana yang nanti dapat dibaca dan diikuti lewat tulisan-tulisan di dalamnya.

Adalah menjadi keutamaan penulis untuk menulis hal-hal mengenai “Kelantan — Patani” di dalam mana-mana seminar yang penulis sertai, kerana dari banyak aspek, Kelantan dan Patani adalah ibarat dua buah negeri “kembar Siam” yang nyaris tak terpisahkan, tak hanya dari segi sejarah dan masa lampaunya tetapi juga dari segi bahasa, budaya, keilmuan dan malah hubungan kekeluargaan dan persemendaan antara keduanya.

Pada hari ini, walaupun berada di dua buah negara yang berbeza, namun tidak sedikit orang Patani yang masih punya keluarga di Kelantan, demikian juga sebaliknya. Malah, di bawah kemudahan sistem perhubungan yang ada sekarang, baik transportasi maupun komunikasi, hubungan ini bukan semakin mengecil, malah semakin meluas dan melebar jaringannya, tak hanya dengan Patani dan Songkhla yang bersempadan dengan Malaysia, malah merangkumi sehingga Krabi dan Phuket di sebelah barat.

New Product Tab

Here's your new product tab.

Weight 0.711 kg
Dimensions 22.8 × 16 × 2.5 cm
Edition

Format

ISBN

9789832391371

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Kelantan – Patani: Ulama’ dan Intelektualisme Melayu Wilayah Timur”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.