Memoir Rashid Maidin: Daripada Perjuangan Bersenjata kepada Perdamaian

RASHID MAIDIN (1917–2006) ialah pemimpin kanan Melayu dalam Parti Komunis Malaya.

SIRD (Cetakan Baharu, 2022)
123 halaman termasuk Indeks

RM28.00

In stock

If you purchase this book you will earn 6 reward points!
ISBN: 9789672464600 Product ID: 33410 Category: Sub-subjects: , , ,

Memoir Rashid Maidin: Daripada Perjuangan Bersenjata kepada Perdamaian merupakan catatan pengalaman dan kenangan penulis sepanjangan berada di kancah perjuangan kemerdekaan menentang British dan Jepun, serta penglibatan beliau dalam perjuangan bersama Parti Komunis Malaya (PKM) semenjak tahun 1930-an. Menurut penulis, ramai orang bertanyakan beliau tentang mengapa beliau mengikut wadah PKM, suka duka dan kenangan-kenangannya. Justeru, memoir ini dituliskan bagi tujuan tersebut. Penulis telah melalui pahit maung di bawah penjajah Inggeris dan Jepun. Pada masa pendudukan Jepun (1941-45), penulis bergerak melawan pendudukan tersebut setakat yang beliau mampu. Begitulah juga apabila Inggeris kembali menjajah semula Malaya pada 1945. Di antara 1945-48, tempoh perjuangan secara aman melawan Inggeris, penulis menjadi salah seorang wakil terbuka PKM bergerak menyusun massa rakyat untuk kemerdekaan. Setelah Darurat pada Jun 1948, penulis tertangkap dan meringkuk dalam tahanan penjajah Inggeris sehingga 1952. Mujurlah beliau berjaya melepaskan diri dan bergabung dengan pasukan gerila Rejimen Ke-10 pimpinan rakan karib beliau, Abdullah CD. Pada Disember 1955, penulis terlibat bersama Chin Peng dan Chen Tien dalam Rundingan Baling. Pada 1989, penulis menjadi salah seorang perwakilan PKM dalam Rundingan Phuket yang menghasilkan Perjanjian Damai Haadyai pada 2 Disember tahun itu.

Maka tak peliklah orang ramai mengenali penulis kerana wajah beliau selalu terpampang di akhbar. Sejak perjanjian damai itu, maka keadaan sudah menjadi terbuka. Penulis pun sentiasa menjadi sasaran wartawan, ahli sejarah, pelajar dan orang ramai yang ingin tahu tentang ‘cerita’ beliau. Sebagai menghormati minat mereka, maka penulis merasakan ada baiknya beliau catat apa yang dapat beliau ingat dalam sebuah buku. Demikianlah lahirnya memoir ini. Sungguhpun ia tidak begitu lengkap, penulis harap ia sedikit sebanyak dapat memberikan jawapan kepada beberapa soalan yang sering dikemukakan kepadanya selama ini. Seperti yang penulis ceritakan dalam memoir ini, sejak perdamaian beliau menetap di Kampung Perdamaian Ban Chulabhorn 11, di Yaha, Wilayah Yala, Selatan Thailand. Mengapa penulis tidak kembali ke Malaysia, tanah air yang tercinta yang menjadi tumpuan perjuangannya, juga penulis terangkan dalam memoir ini. Walaupun penulis menetap di Thailand, beliau mengikuti perkembangan di tanah air dengan teliti. Penulis juga beberapa kali berpeluang menziarahi saudara mara, sahabat handai dan beberapa orang tokoh politik di tanah air. Malah penulis dan isteri juga dapat menyempurnakan fardu haji di Tanah Suci Makkah. Penulis berharap memoir ini dapat memberikan sedikit sebanyak gambaran dari sudut perjuangan yang beliau ceburi selama berpuluh-puluh tahun ini. Penulis percaya ia berguna untuk melengkapkan sejarah tanah air.

Senarai Gambar
Singkatan
Prakata

1. Kampung Gunung Mesah, 1917
2. Dari Magang ke Buruh Lombong
3. Bibit-bibit Kesedaran Politik
4. Semangat Antipenjajah Mula Menebal
5. Pendudukan Jepun
6. Bergerak dalam PKM
7. Gerakan Selepas Perang Anti-Jepun
8. Mengobarkan Semangat Merdeka
9. Menyertai Persidangan Parti-parti Komunis Komanwel, 1947
10. Berjuang untuk Kemerdekaan
11. Dalam Kem Tahanan, 1948-52
12. Berpindah ke Kem Tanjung Bernas
13. Melepaskan Diri dari Tahanan
14. Bergabung dengan Abdullah CD
15. Perpindahan Strategik ke Utara
16. Bersama Orang Asal
17. Tiba di Dusun Nyiur, Selatan Thailand
18. Wak Mat Tinggal
19. Bersama Chin Peng dalam Rundingan Baling
20. Menggabungkan Rejimen Ke-10 di Sempadan
21. Abdullah CD Ditimpa Sakit
22. Rundingan Damai Haadyai
23. Ziarah Kampung dan ke Tanah Suci

Indeks

Weight 0.3 kg
Dimensions 22.7 × 15.2 × 1 cm
Author(s)

Edition

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.