Out of stock

Memugar Semula Tradisi Intelektual di Alam Melayu

Disunting oleh ROSNANI HASHIM

Terjemahan daripada judul asal Reclaiming the Conversation: Islamic Intellectual Tradition in the Malay Archipelago oleh ROSNANI HASHIM dan RAHIMAH EMBONG

IIUM Press (Cetakan Pertama, 2021)
304 halaman termasuk Bibliografi dan Indeks

RM80.00

Out of stock

Memugar Semula Tradisi Intelektual di Alam Melayu menyelongkar pemikiran beberapa tokoh utama di Alam Melayu yang telah mempengaruhi masyarakat Melayu semenjak abad ke-19, termasuklah latar belakang yang membentuk pemikiran tersebut dan bagaimana mereka seterusnya membentuk masyarakat sekitarnya. Alam Melayu dalam teks ini merujuk kepada Kepulauan Melayu-Riau, terdiri daripada Indonesia, Malaysia, Brunei, Singapura, wilayah Selatan Thailand, sebahagian Kemboja dan wilayah Selatan Filipina. Kawasan geografi ini berkembang secara beransur-ansur menjadi sebuah Dunia Islam melalui usaha dakwah oleh para pedagang dan ahli sufi dari Timur Tengah seawal abad ketiga Hijrah atau sekitar abad ke-11 Masihi. Berikutan pencerobohan oleh penjajah Barat pada seawal kurun ke-16 dan kemudian semasa tempoh modenisasi, nilai dan budaya di Alam Melayu telah mengalami banyak cabaran dan perubahan. Akibat penyeludupan nilai dan budaya Barat ke Alam Melayu ialah perubahan dan gangguan kepada masyarakat setempat, institusi agama dan tradisi mereka.

Sejarah Islam di Alam Melayu pada abad ke-19 dan abad ke-20 dipenuhi dengan pergelutan antara golongan tradisionalis dengan golongan modenis. Golongan modenis cuba membaharui agama bukan sahaja berkenaan akidah (kepercayaan) tetapi juga berkenaan pendidikan Islam dengan mengutarakan sikap rasional dan membuka pintu ijtihad. Akibatnya, kebanyakan penyelidikan dan kajian lebih cenderung untuk menumpukan perhatian kepada perbezaan antara mereka dalam amalan agama dan dimensi sosial-politik. Sangat sedikit kajian memberi tumpuan kepada pembaharuan sistem pendidikan dari model tradisional kepada model moden kesan daripada kemajuan dalam ilmu pengetahuan dan sains. Amatlah penting bagi kita untuk mengkaji pembaharuan pendidikan kerana sangatlah jelas bahawa kebangkitan semula cara hidup Islam dapat dicapai dengan lebih berkesan melalui pendidikan.

Berlatarbelakangkan keadaan sosial-politik yang sedemikianlah, maka para ulama Islam muncul dalam masyarakat Melayu yang berbeza untuk memimpin dan membimbing mereka dalam mendepan; pertembungan yang mencabar dengan tamadun lain ke arah pembaharuan atau transformasi sosial. Buku ini memberi tumpuan kepada usaha para ilmuwan ini dalam memberi pendidikan kepada masyarakat massa serta mencetuskan reformasi institusi. Kebanyakan mereka ialah guru agama tetapi mereka memanifestasikan peribadi Muslim yang bersepadu, iaitu mereka prihatin tentang dunia ini dan juga dengan dunia yang satu lagi. Mereka mengajar orang ramai tentang teori Islam, akidah atau doktrin kepercayaannya dan juga shariah, iaitu jalan hidupnya. Mereka juga menghayati ajaran ini dan meneladaninya dalam kehidupan mereka sebagai tokoh mithali untuk penganut Islam dalam masyarakat mereka.

Dalam buku ini, penulis mengkaji pemikiran pendidikan dan usaha reformis daripada kalangan modenis dari tiga buah negara di Kepulauan Melayu, iaitu dari Pattani yang diwakili oleh Syeikh Daud al-Fatani di Selatan Thailand; Malaya (Tanah Melayu) yang terdiri daripada Munshi Abdullah, Syeikh Ahmad al-Hady dan Za’ba dan Indonesia yang dibarisi Syeikh Abd al-Samad al-Palembani, Imam Zarkashy, Mahmud Yunus, Muhammad Natsir, Hamka, Harun Nasution dan Hashim Azhari. Perlu ditegaskan di sini bahawa Syeikh Daud al-Fatani, Syeikh Abd al-Samad al-Palembani dan Munshi Abdullah adalah berbeza. Mereka dipilih kerana sumbangan idea mereka yang penting kepada pendidikan atau pembangunan di Alam Melayu.

Penghargaan Edisi Bahasa Inggeris
Penghargaan Edisi Terjemahan Bahasa Melayu
Prakata
Pendahuluan

1. Shaykh Daud Al-Fatani, Kitab Jawi dan Bahasa Melayu
Ibrahem Narongraksakhet

2. Shaykh Abdus-Samad Al-Palembani: Konsep Pendidikan dalam Islam Berhubung Isu Personaliti Terpadu
Uthman El-Muhammady

3. Munshi Abdullah: Pengkritik Awal, Bahasa Budaya dan Masyarakat Melayu
Rosnani Hashim

4. Tok Kenali: Pemodenan Pondok di Kelantan
Wan Mazwati Wan Yusoff

5. Sayid Shaykh Al-Hadi: Pembaharuan Pendidikan Islam di Tanah Melayu
Ibrahim Abu Bakar dan Rosnani Hashim

6. Pendeta Za’Ba: Pendidikan bagi Pencerahan di Tanah Melayu
Rosnani Hashim

7. Hasyim Asy’ari: Pendidikan untuk Pembaikan Akhlak dan Kemerdekaan
H. Masyharuddin

8. Mahmud Yunus: Pendidikan Agama Islam di Sekolah Umum
Yety Rochwulaningsih

9. Hamka: Intelektualisme dan Transformasi Sosial di Alam Melayu
Rosnani Hashim

10. Imam Zarkasyi: Pembaharuan Pesantren Tradisional di Indonesia
Hamid Fahmy Zarkasyi

11. Harun Nasution: Pembaharuan Pengajian Islam Tinggi di Indonesia
Fatah Syukur

12. Hala Tuju Pembaharuan Pendidikan Umat Islam di Alam Melayu

Lampiran A
Bibliografi
Indeks
Senarai Penyumbang

Weight0.504 kg
Dimensions22.7 × 15.3 × 1.8 cm
Author(s)

, , , , , , , ,

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.