Menelusuri Peristilahan Bahasa Melayu

PUTERI ROSLINA ABDUL WAHID adalah Profesor Madya di Jabatan Bahasa Melayu, Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya.

Penerbit UM (Cetakan Kedua, 2017)
179 halaman termasuk Bibliografi dan Indeks

RM42.00

Only 1 left in stock

If you purchase this book you will earn 9 reward points!
ISBN: 9789831005279 Product ID: 32522 Subjects: , Sub-subjects: , ,

Menelusuri Peristilahan Bahasa Melayu memperkatakan tentang definisi dan konsep “peristilahan” dan “terminologi”, kemudian menelusuri sejarah perkembangan peristilahan secara ringkas, dan seterusnya membicarakan persoalan pokok tentang peristilahan dari segi teori, konsep, pendefinisian, kaedah pembentukan (natif dan peminjaman), penstandardan peristilahan, peristilahan profesional, dan akhirnya isu-isu yang sering bermain dalam pemikiran umum tentang peristilahan bahasa Melayu. Buku ini melihat peristilahan sebagai bidang ilmu yang perlu dipertingkatkan dalam kalangan pengguna bahasa. Ini disebabkan peningkatan ilmu dan profesionalisme dalam sesuatu bidang itu haruslah seiring dengan peningkatan keterampilan wahana itu sendiri, yakni bahasa. Ilmu yang berkembang pada hari ini wajar disampaikan dalam bahasa ibunda dan peristilahan merupakan wahana yang paling utuh bagi tujuan tersebut.

Peristilahan atau terminologi merupakan korpus bahasa yang penting dalam dasar perancangan bahasa khususnya bahasa Melayu. Individu atau kumpulan yang terlibat dalam peristilahan ialah ahli peristilahan. Seorang ahli peristilahan atau terminologi perlu mempunyai kemahiran bahasa yang tinggi dan menguasai kaedah penggubalan istilah dengan baik. Yang paling penting dia mestilah menguasai mekanisme bahasa sasaran dengan sebaik-baiknya. Sebenarnya kekurangan inilah yang menjadi masalah besar dalam masyarakat kita hari ini. Kita menyedari hakikat bahawa abad ke-21 ialah abad globalisasi yakni kemajuan sains dan teknologi serta kemajuan teknologi maklumat yang cepat pacuannya hinggakan bahasa Melayu seolah-olah terpinggir dalam perlumbaan tersebut. Peristilahan bahasa Melayu juga seolah-olah dianggap kurang penting kerana dasar mementingkan bahasa Inggeris dalam pendidikan menyebabkan banyak perubahan sikap dalam kalangan pengguna bahasa. Faktor sejarah pula memudahkan kita memberikan alasan untuk menggunakan bahasa Inggeris kerana kita dijajah oleh Inggeris berbeza dengan Indonesia yang dijajah oleh Belanda.

Di Malaysia, bahasa perhubungan antara rakyat dan mencerminkan jati diri. Daya kreativiti bahasa Melayu dalam sastera masih lagi dalam bahasa Melayu. Bahasa Melayu seharusnya menjadi penggerak tamadun bangsa Malaysia. Kedinamikan bahasa Melayu dapat dilihat dalam penciptaan istilah dan kebolehlenturan bahasa Melayu menyerap unsur asing untuk mengungkap konsep asing harus digunakan sebaik mungkin. Kemasukan unsur asing dikawal melalui peraturan yang ditetapkan oleh pembuat dasar dan badan pelaksana, iaitu Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Inilah yang harus disemaikan dalam kalangan generasi hari ini agar tidak keliru dengan gelombang globalisasi hinggakan terlupa peranan bahasa Melayu dalam mencorakkan pemikiran dan pembudayaan masyarakat Malaysia yang seharusnya mengekalkan ciri-ciri kesantunan, kehalusan, keindahan, dan keperibadian ciri-ciri Melayu. Istilah menjadi persoalan penting bagi penggiat ilmu kerana penghasilan penulisan memerlukan istilah yang terkini dan mantap agar khalayak dapat memahami atau mengerti penggunaan istilah oleh penulis.

Senarai Rajah dan Jadual
Prakata

1. Apakah Peristilahan?
Pendahuluan
Apakah Persamaan dan Perbezaan Kata dengan Istilah?
Sejarah Awal Kemunculan Peristilahan
Apakah Kegiatan Khusus dalam Kerja Peristilahan?
Peristilahan Sebagai Bidang Ilmu
Peristilahan dalam Linguistik Terapan

2. Menelusuri Sejarah Perkembangan Peristilahan Bahasa Melayu
Sejarah Awal Perkembangan Istilah
Peristilahan dalam Perancangan Bahasa
Zaman Perkembangan Peristilahan
Peranan Jawatankuasa Tetap Bahasa Melayu
Kerjasama Peristilahan Peringkat Antarabangsa: MBIM dan MABBIM

3. Apakah Ada Teori dalam Peristilahan?
Teori Umum Peristilahan

4. Konsep dan Sistem Konsep dalam Peristilahan Bahasa Melayu
Konsep dalam Peristilahan
Teori Konsep
Sistem Konsep dalam Peristilahan
Hubungan Konsep
Penerapan Teori Konsepp dalam Pembentukan Peristilahan Bahasa Melayu
Hubungan Istilah-Konsep

5. Pentakrifan dalam Peristilahan
Takrif dan Pentakrifan
Jenis Takrif
Kaedah Mentakrif
Kekaburan Takrif

6. Pembentukan Natif dan Terminografi Melayu
Istilah Natif
Terminografi Melayu dan Istilah Natif
Kaedah Pembentukan Istilah
Pemajmukan dalam Peristilahan
Penyerapan Kata Dialek dalam Peristilahan
Pengumpulan Kata Sukuan

7. Perlukah Peminjaman Kata dalam Peristilahan?
Peminjaman Kata
Pandangan Ahli Linguistik
Mengapakah Kita Perlu Meminjam?
Sikap Terhadap Peminjaman Peminjaman Kata dalam Peristilahan Bahasa Melayu
Jenis-jenis Pinjaman
Sumber Peminjaman Kata dalam Peristilahan Bahasa Melayu

8. Penstandardan dan Profesionalisme Peristilahan
Penstandardan Istilah
Standard Peristilahan Antarabangsa
Penstandaran Istilah Peringkat Malaysia
Kaedah Penstandardan Peristilahan
Profesionalisme dalam Peristilahan
Ahli Peristilahan Profesional
Pengurusan Peristilahan Profesional Peringkat Antarabangsa
Profesionalisme dalam Pengurusan Peristilahan di Malaysia
Perkhidmatan Bahasa dan Peristilahan
Latihan Bagi Ahli Peristilahan Profesional

9. Isu-isu Terkini Peristilahan Bahasa Melayu
Isu-isu Peristilahan Bahasa Melayu
Globalisasi dan Cabaran Terhadap Peristilahan Bahasa Melayu
Kepakaran Ahli Peristilahan
Istilah yang Keinggerisan
Istilah yang Sering Berubah
Ketidakselarian antara Penggubalan dengan Pemasyarakatan Istilah
Istilah yang Tidak Tepat atau Sesuai
Penutup

Bibliografi
Indeks

Weight 0.296 kg
Dimensions 22.9 × 15.2 × 0.9 cm
Author(s)

Edition

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.