Susur Galur Bahasa Melayu adalah sebuah kajian linguistik sejarah (historical linguistics) serta juga dialektologi bahasa Melayu, untuk mengesan sejarah pertumbuhan dan perkembangan bahasa Melayu. Sejarah yang tersebut itu tidak dapat dipisahkan dari sejarah pertumbuhan dan perkembangan bahasa yang serumpun, dan dengan demikian juga sejarah bangsa atau suku bangsa yang menuturkan bahasa yang berkenaan. Berdasarkan pertimbangan di atas itu, maka buku ini dibahagikan kepada dua bahagian. Bahagian I memperkatakan aspek-aspek di luar sistem bahasa, yakni penyebaran bahasa dan bangsa, sejarah perpindahan rumpun Austronesia, perkaitan antara bahasa Melayu dengan bahasa-bahasa serumpun, khususnya bahasa-bahasa di Sabah dan Sarawak, dan juga penyebaran bahasa Melayu dalam kawasannya. Bahagian II memeriksa dialek-dialek Melayu, termasuk bahasa Melayu standard, dari segi sistem bunyi. Tiap-tiap dialek itu dilihat dari segi keseluruhannya dan juga dari segi pembahagian yang dikenakan kepada keseluruhan itu, atau dalam perkataan lain dari segi subdialek-subdialeknya.
Penentuan subdialek-subdialek itu didasarkan kepada perbezaan-perbezaan kecil antara satu subdialek dengan subdialek yang lain dalam sistem bunyinya. Sesuatu dialek itu didapati mempunyai kawasan yang dinamakan kawasan dialek. Demikian juga sesuatu subdialek itu mempunyai kawasannya, yang dinamakan kawasan subdialek, atau subkawasan dialek. Ada kalanya kawasan ini sama dengan kawasan politik-pentadbiran atau negeri, dan ada kalanya tidak. Di samping itu, dalam kawasan dialek tertentu, bukan sahaja terdapat subdialek-subdialeknya tetapi juga terdapat dialek lain yang menyela, yakni dialek pendatang. Sebagai contoh, dialek Minang di Selangor, dialek Rawa di Perak dan dialek Petani di Kedah dan Perak. Dialek-dialek pendatang ini juga dibandingkan dengan dialek tempatan dan subdialek-subdialeknya.
Perbandingan antara subdialek itu sedikit sebanyak dapat menunjukkan arah perkembangan sesuatu dialek dalam kawasannya, dan dengan demikian dapat memberi petunjuk tentang pusat perkembangan dialek tersebut. Juga perbandingan itu dapat memperlihatkan perkaitan antara dialek-dialek yang berlainan dari sistem bunyinya. Perkaitan itu menentukan sama ada sesuatu dialek itu jauh atau dekat perbezaan atau persamaannya dengan dialek yang lain. Huraian sistem fonologi dialek-dialek Melayu memungkinkan rekonstruksi dalaman yang dilakukan dalam Bab 22. Rekonstruksi ini bukan sahaja memberi gambaran tentang sistem fonologi bahasa Melayu Induk yang menurunkan dialek-dialek itu, tetapi juga dapat membantu dalam pemberian penjelasan tentang perubahan bunyi yang berlaku dalam sistem bunyi bahasa Melayu.
Kata Pengantar Edisi Kedua
Kata Pengantar Edisi Pertama
Prakata Edisi Kedua
Pendahuluan
BAHAGIAN I BAHASA DALAM KONTEKS GEOGRAFI DAN KEKELUARGAAN
BAB 1 Penyebaran Bangsa dan Bahasa
Pengantar
Kawasan Bahasa dan Perpindahan Penutur
Peresapan atau Difusi Bahasa
Hayat Bahasa
Pelupusan dan Pembekuan Bahasa
Penyurutan Bahasa
Kesimpulan
BAB 2 Susur Galur Bahasa Melayu
Bahan Peninggalan Lama
Kepercayaan dan Adat
Persamaan antara Bahasa
Gambaran Penyebaran Bahasa
Arah Perpindahan
Sumatera dan Semenanjung Tanah Melayu
BAB 3 Perkaitan Bahasa Melayu dengan Bahasa-Bahasa dalam Rumpun Austronesia
Pengelompokan Bahasa-Bahasa Austronesia
Pembahagian Keluarga Indonesia
Pengertian “Melayu”
BAB 4 Perbandingan Bahasa Melayu dengan Bahasa-Bahasa Jenis Sarawak
Pengantar
Sistem Bunyi
Sistem Bilangan
Kata Bilangan
Penjodoh Bilangan
Konsep Kekerapan
Konsep Ordinal
Ganti Nama Diri
Modus Perintah
Kesimpulan
BAB 5 Perbandingan Bahasa Melayu dengan Bahasa-Bahasa Jenis Sabah
Pengantar
Sistem Bunyi
Sistem Bilangan
Kata Bilangan
Penjodoh Bilangan
Konsep Kekerapan
Konsep Ordinal
Ganti Nama Diri
Modus Perintah
Ciri-Ciri Khusus Bahasa-Bahasa Jenis Sabah Sebagai Perbandingan dengan Bahasa Melayu
Ciri Fonologi
Ciri Morfologi
Ciri Sintaksis
Pengelompokan Bahasa-Bahasa Jenis Sabah
BAB 6 Dari Bahasa ke Bahasa Melalui Dialek
Antara Dialek dan Bahasa
Peringkat dan Rantaian Dialek
Perkembangan Dialek Menjadi Bahasa
Teori Pohon dan Teori Gelombang
Kepelbagaian Bahasa
BAB 7 Bahasa Melayu dalam Kawasannya
Geografi Dialek
Beberapa Tanggapan Asas
Kaedah
Pemetaan Dialek/Bahasa
Kawasan Dialek-Dialek Melayu dan Penutur-Penuturnya
Pembahagian Dialek-Dialek Semenanjung ke dalam Kawasan Masing-Masing
Kawasan-kawasan Dialek-Dialek Melayu Sabah, Sarawak dan Brunei Darussalam
Dialek Melayu yang Dituturkan oleh Orang-Orang Asli
BAHAGIAN II HURAIAN DAN REKONSTRUKSI
BAB 8 Bahasa Melayu Standard
Latar Belakang
Sistem Vokal
Vokal-Vokal
Diftong
Rangkap Vokal
Gabungan Rangkap Vokal, Diftong dan Vokal Tunggalan
Sistem Konsonan
Konsonan Plosif/Hentian
Konsonan Nasal
Konsonan Frikatif
Konsonan Afrikat
Konsonan Lateral dan Getaran
Separuh Vokal
Rangkap Konsonan
Konsonan Berganda
Kesimpulan
BAB 9 Dialek Johor
Latar Belakang
Subdialek Johor Bahru
Sistem Vokal
Sistem Konsonan
Perbandingan Subdialek Johor Bahru dengan Subdialek-Subdialek Lain
Kesimpulan
BAB 10 Dialek Selangor
Latar Belakang
Subdialek Kuala Lumpur
Perbandingan Subdialek Kuala Lumpur dengan Subdialek Selangor Barat
Perbandingan dengan Dialek Minang
Sistem Vokal
Sistem Konsonan
Kesimpulan
BAB 11 Dialek Melaka
Latar Belakang
Subdialek Bandar Melaka
Sistem Vokal
Sistem Konsonan
Kesimpulan
BAB 12 Dialek Sarawak
Latar Belakang
Subdialek Kuching
Sistem Vokal
Vokal-Vokal
Diftong
Rangkap Vokal
Sistem Konsonan
Konsonan Plosif/Hentian
Konsonan Nasal
Konsonan Frikatif
Konsonan Afrikat
Konsonan Lateral
Separuh Vokal
Rangkap Konsonan
Perbandingan Subdialek Kuching dengan Subdialek-Subdialek Lain
Kesimpulan
BAB 13 Dialek Kedah
Latar Belakang
Subdialek Kedah Persisiran
Sistem Vokal
Vokal-Vokal
Diftong
Rangkap Vokal
Sistem Konsonan
Konsonan Plosif/Hentian
Konsonan Nasal
Konsonan Frikatif
Konsonan Afrikat
Konsonan Getaran
Konsonan Lateral
Separuh Vokal
Rangkap Konsonan
Perbandingan Subdialek Kedah Persisiran dengan Subdialek-Subdialek Lain
Perbandingan Dialek Kedah dengan Dialek Petani Sik
Sistem Vokal
Sistem Konsonan
Perbandingan Subdialek-Subdialek Kedah dengan Dialek Petani Baling
Sistem Vokal
Sistem Konsonan
Kesimpulan
BAB 14 Dialek Perak
Latar Belakang
Subdialek Parit
Sistem Vokal
Vokal-Vokal
Diftong
Rangkap Vokal
Sistem Konsonan
Konsonan Plosif/Hentian
Konsonan Nasal
Konsonan Frikatif
Konsonan Afrikat
Konsonan Getaran
Konsonan Lateral
Separuh Vokal
Rangkap Konsonan
Perbandingan Subdialek Parit dengan Subdialek-Subdialek Lain
Perbandingan Dialek Perak dengan Dialek Petani dan Dialek Rawa
Perbandingan Dialek Perak dengan Dialek Petani
Perbandingan Dialek Perak dengan Dialek Rawa
Kesimpulan
BAB 15 Dialek Pahang
Latar Belakang Dialek Pahang
Subdialek Pekan
Sistem Vokal
Vokal-Vokal
Diftong
Rangkap Vokal
Sistem Konsonan
Konsonan Plosif/Hentian
Konsonan Nasal
Konsonan Frikatif
Konsonan Afrikat
Konsonan Lateral
Separuh Vokal
Rangkap Konsonan
Perbandingan Subdialek Pekan dengan Subdialek-Subdialek Pahang Lainnya
Kesimpulan
BAB 16 Dialek Kelantan
Latar Belakang
Subdialek Kota Bharu
Sistem Vokal
Vokal-Vokal
Diftong
Rangkap Vokal
Sistem Konsonan
Konsonan Plosif/Hentian
Konsonan Nasal
Konsonan Frikatif
Konsonan Afrikat
Konsonan Lateral
Rangkap Konsonan
Pemanjangan Konsonan
Perbandingan antara Subdialek-Subdialek Kelantan
Kesimpulan
BAB 17 Dialek Terengganu
Latar Belakang
Subdialek Hulu Telemong
Sistem Vokal
Vokal-Vokal
Diftong
Rangkap Vokal
Sistem Konsonan
Konsonan Plosif/Hentian
Konsonan Nasal
Konsonan Frikatif
Konsonan Afrikat
Konsonan Lateral
Separuh Vokal
Rangkap Konsonan
Pemanjangan Konsonan
Perbandingan Subdialek Hulu Telemong dengan Subdialek-Subdialek Lain di Kuala Terengganu
Kesimpulan
BAB 18 Dialek Negeri Sembilan
Latar Belakang
Subdialek Kuala Pilah
Sistem Vokal
Vokal-Vokal
Diftong
Rangkap Vokal
Sistem Konsonan
Konsonan Plosif/Hentian
Konsonan Nasal
Konsonan Frikatif
Konsonan Afrikat
Konsonan Lateral
Separuh Vokal
Perbandingan Subdialek Kuala Pilah dengan Subdialek Jelebu
Perbandingan Subdialek-Subdialek Kuala Pilah dan Jelebu dengan Dialek Temuan
Sistem Vokal
Sistem Konsonan
Kesimpulan
BAB 19 Dialek Urak Lawoi’
Latar Belakang
Sistem Vokal
Vokal-Vokal
Diftong
Rangkap Vokal
Sistem Konsonan
Konsonan Plosif/Hentian
Konsonan Nasal
Konsonan Frikatif
Konsonan Afrikat
Konsonan Lateral
Konsonan Getaran
Separuh Vokal
Rangkap Konsonan
Kesimpulan
BAB 20 Dialek Brunei
Latar Belakang
Vokal-Vokal
Diftong
Rangkap Vokal
Sistem Konsonan
Konsonan Plosif/Hentian
Konsonan Nasal
Konsonan Frikatif
Konsonan Afrikat
Konsonan Lateral dan Getaran
Separuh Vokal
Rangkap Konsonan
Kesimpulan
BAB 21 Dialek Kedayan
Latar Belakang
Sistem Vokal
Vokal-Vokal
Diftong
Rangkap Vokal
Sistem Konsonan
Konsonan Plosif/Hentian
Konsonan Nasal
Konsonan Frikatif, Afrikat dan Lateral
Separuh Vokal
Rangkap Konsonan
Kesimpulan
BAB 22 Rekonstruksi Dalaman
Pengenalan
Penerapan Kaedah
Rekonstruksi Vokal-Vokal Induk
Rekonstruksi */a/
Rekonstruksi Vokal Pepet
Rekonstruksi */i/
Rekonstruksi */e/
Rekonstruksi */u/
Rekonstruksi */o/
Rekonstruksi Diftong
Rekonstruksi Diftong */aw/
Rekonstruksi Diftong */ay/
Pertimbangan terhadap Vokal Rangkap
Rekonstruksi Konsonan-Konsonan Induk
Rekonstruksi Konsonan Plosif/Hentian
Rekonstruksi Konsonan Nasal
Rekonstruksi Konsonan Frikatif
Rekonstruksi Konsonan Afrikat
Rekonstruksi Konsonan Lateral
Rekonstruksi Separuh Vokal
Kesimpulan
BAB 23 Perkaitan Bahasa Melayu Kuno, Klasik dan Moden
Latar Belakang
Sistem Fonologi
Sistem Vokal
Sistem Konsonan
Tinjauan Fonologi Bahasa Melayu Klasik
Kesimpulan
Bibliografi
Indeks
Reviews
There are no reviews yet