Out of stock

Menora: Seni Warisan Etnik Siam

LIM SWEE TIN merupakan salah seorang pengarang di Malaysia yang sudah lama berkecimpung dalam dunia kepenyairan. Beliau merupakan penerima S.E.A Write Award 2000. Beliau kini Pensyarah Kesusasteraan Melayu di Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia (UPM).

EH DENG EH CHIK adalah seorang penulis seni dan telah memenangi beberapa anugerah sastera sepanjang beliau berkarya.

Penerbit UUM (Cetakan Pertama, 2018)
100 halaman termasuk Indeks

RM120.00

Out of stock

Menora: Seni Warisan Etnik Siam merupakan dokumentasi bertulis mengenai sebuah bentuk keseniah yang sangat indentik dengan masyarakat Siam, iaitu tarian menora. Dipentaskan sejak turun temurun, menora memiliki banyak ciri estetik yang sukar diterjemahkan dengan kata-kata. Muzik dan gerak tarinya menggemulaikan malam-malam dan panggung, lakonannya penuh nilai serta sarat elemen moral yang menyerap masuk membentuk keperibadian serta watak penduduk desa. Ia sejenis hiburan yang sekian lama menghiburkan petani dan nelayan, warga pedalaman mahupun di petempatan pinggir-pinggir sungai. Sesekali memeriahkan juga perayaan-perayaan berskala besar yang sangat mengundang pesona.

Kesenian tradisional ini, kini warisan bangsa yang tiada taranya. Di tengah arus zaman sekali pun diasak kemodenan, menora masih mampu bertahan. Menora: Seni Warisan Etnik Siam merakamkan sejarah dan mitos asal usulnya, peralatan dan kostum yang unik lagi khas, kelembutan dan santun tariannya, tidak terkecuali kisah-kisah yang lazim dipersembahkan. Seluruhnya membentuk kesatuan yang memberi pembaca maklumat berharga, namun secara santai dan menghiburkan juga. Seluruh halaman buku ini berwarna. Pengarang memilih langgam bahasa berseni dalam penceritaan selain menggunakan gambar-gambar eksklusif melengkapkan penulisan.

Menora merupakan warisan tradisi masyarakat Siam, Masyarakat Siam umumnya mendiami kawasan-kawasan tertentu di negeri Kelantan, Terengganu, termasuk di Kedah dan di bahagian utara negeri Perak juga. Ada juga petempatan etnik Siam di Pulau Pinang dan Perlis. Kesenian menora dipercayai diasaskan oleh seorang puteri dalam kalangan kerabat diraja Thailand pada zaman lampau bernama Mae Sri Mala. Ia asalnya sebuah tarian. Mae Sri Mala mempunyai minat yang sangat mendalam terhadap seni tari.

Menurut riwayat, pada suatu masa Puteri Mae Sri Mala pergi bermain-main di pantai. Di pantai tersebut terentang berketul-ketul bongkah batu. Setiap kali ombak melanda bongkah-bongkah batu tersebut, kononnya menghasilkan bunyi seolah-olah alunan muzik.

Mae Sri Mala dikatakan amat terpesona serta terpukau akan alunan muzik tersebut. Dengan spontan, Puteri Mae Sri Mala berlari mengelak daripada deburan ombak serta menggerakkan lenggok tari. Lenggok tariannya yang turut sama meniru deburan ombak menghasilkan suatu bentuk gerak tari yang unik. Puteri Mae Sri Mala amat menyukainya,

Sekembalinya ke istana, Mae Sri Mala mengulangi gerak-gerak tari yang tercipta di pantai tersebut. Dia mengulanginya berkali-kali sehingga ia lebih sempurna lalu membentuk suatu rangkaian tarian yang sangat memukau. Gerak badan dan liuk lentuk tatkala di pantai, iringan deburan ombak yang mencipta irama, dan bunyi landaan ombak ke bongkah-bongkah batu membantunya menyempurnakan gerak tari asal menora.

Mae Sri Mala juga gemar keluar dari istana untuk mengunjungi rakyat dan penduduk di kampung berhampiran. Kesempatan ini digunakannya untuk mengajak gadis-gadis kampung menari bersamanya. Pada peringkat awal, hanya tempurung kelapa sahaja yang digunakan untuk mencipta muzik mengiringi tarian.

Kecenderungan Puteri Mae Sri Mala disedari pihak istana, yang kemudian menyediakan pelbagai alat muzik yang bersesuaian, setelah melihat minatnya yang amat mendalam, untuk mengiringi tariannya. Sehingga ke hari ini, dalam setiap upacara buka panggung persembahan menora, nama Mae Sri Mala pasti disebut, ia seolah-olah menjadi syarat ataupun kemestian yang dianggap sebagai guru persembahan kesenian ini.

Weight 0.504 kg
Dimensions 27.6 × 27.9 × 0.6 cm
Edition

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Menora: Seni Warisan Etnik Siam”

Your email address will not be published. Required fields are marked *