Out of stock

Minda Melayu Global

Disusun oleh MOHD. YUSOF HASAN

Penerbit UPSI (Cetakan Kedua, 2017)
291 halaman termasuk Indeks

RM50.00

Out of stock

Minda Melayu Global adalah himpunan penulisan sarjana-sarjana Melayu UPSI tentang keagungan dan keperkasaan bangsanya dalam bidang-bidang sejarah dan ketamadunan, sains dan teknologi iaitu bidang matematik, sastera dan kreativiti iaitu bahasa dan kesusasteraan dan keintelektualismenya. Penerbitan Minda Melayu Global menjadi testimoni dan manifestasi ilmiah tentang keperdanaan Melayu dan ke-Melayuannya dalam menghadapi dan ancaman bangsa globalisasi.

Keagungan bangsa Melayu bermula dari kewujudannya ribuan tahun yang lalu sebagai masyarakat yang berbudaya dan berbahasa Melay, dan meliputi kawasan yang cukup luas, iaitu, dari Asia sehingga ke Afrika, khususnya dalam kawasan kepulauannya. Bangsa Melayu yang mempunyai budaya agung yang selaras dengan, malah terbukti sebahagian daripadanya lebih awal dari tamadun dunia yang lain, bukan merupakan bangsa pinggiran. Bahasa Melayu menunjukkan pengaruh bangsa Melayu telah dituturkan oleh kira-kira 1/4 penduduk dunia.

Bangsa Melayu telah dikenali sebagai bangsa yang mempunyai budaya maritim ribuan tahun sebelum Masihi. Aktiviti pelayaran mereka yang melibatkan perdagangan antarabangsa berterusan dan memuncak semenjak kurun pertama Masihi sehingga mereka ditumpaskan oleh penjajahan Barat dalam kurun ke-20. Pelayaran dan perdagangan mereka ini telah menjadikan pusat-pusat kerajaan Melayu di seluruh Asia Tenggara atau Nusantara berpusatkan pelabuhan-pelabuhan. Di sinilah pedagang-pedagang timur dan barat berkumpul dan peranan bangsa Melayu dalam ekonomi dan pemerintahan bersifat global.

Keagungan bangsa Melayu dipesatkan dengan kewujudan kerajaan-kerajaan Melayu yang gemilang. Pada awal kurun pertama Masihi kerajaan Champa dan Funan di tanah besar Asia Tenggara telah diasaskan oleh Raja-raja Melayu. Pengaruhnya merebak ke Semenanjung Tanah Melayu dan di kepulauan Melayu lain. Mereka telah meninggalkan konsep kerajaan beraja yang berdaulat dan berbudaya tinggi. Wanita-wanita dalam zaman mereka sudah diberikan kedudukan yang dihormati. Konsep pemerintahan beraja ini diteruskan dan lebih dihebatkan oleh kerajaan-kerajaan selepas Champa dan Funan, iaitu, Sriwijaya, Majapahit dan Melaka yang pengaruh kuasa, ekonomi dan kegemilangannya menyeluruh di Nusantara. Ini tidaklah menafikan wujudnya kerajaan-kerajaan kecil Melayu yang lain yang bebas dan juga penting.

Keagungan bangsa Melayu dimeterai dengan kegemilangat pengaruh Islam yang secara menyeluruh mempengaruhi budaya dan pemikiran bangsa Melayu sehingga ke hari ini. Agama Islam telah dikembangkan oleh pihak istana dan juga masyarakat sendiri melalu! ilmu-ilmu Islam dan institusi pondok, pesantren dan madrasah. Kegemilangan pemikiran dan keintelektualan bangsa Melayu dipancarkan melalui penggunaan dan penulisan Jawi dalam Bahasa Melayu yang lebih canggih dan sofistikated yang membicarakan ilmu-ilmu Islam dan gerakan nasionalisme Melayu. Para intelek Melayu yang bukan berlatar belakangkan pendidikan agama Islam juga mempunyai peranan penting dalam memartabatkan bangsa Melayu, tetapi peranan mereka patut dibincangkan di tempat yang lain.

Keagungan bangsa Melayu akan berterusan jika bangsa Melayu bersatu, berprinsip dan berwawasan tinggi. Justeru, “Takkan Melayu hilang di dunia!”.

Senarai Rajah
Senarai Jadual
Pengenalan

1. Sejarah Keagungan Bangsa Melayu
Badriyah Haji Salleh

Pengenalan
Keagungan Asal-usul Bangsa Melayu: Dari Buah Dikenal Pohonnya
Keagungan Tradisi Maritim dan Perdagangan: Payah-payah Dilamun Ombak, Tercapai juga Tanah Tepi
Keagungan Kerajaan-kerajaan Melayu
Pengaruh Islam dan Keagungan Keintelektualan Melayu
Kesimpulan — Takkan Melayu Hilang di Dunia
Rujukan

2. Minda Melayu Sejagat
Zainal Kling

Persoalan Kesejagatan Anasir Budaya
Sumber-sumber Penelitian
Ketuhanan, Alam dan Kosmologi
Alam Terkembang Jadi Guru, Alam Beraja, Luak Berpenghulu
Hidup Berkampung, Berkeluarga
Mata Pencarian dan Razeki
Berbudi Bahasa dan Budi Pekerti
Kemodenan dan Perubahan
Rujukan

3. Merancangkan Sebuah Dialek Melayu Supra
Abdullah Hassan

Pengenalan
Wilayah Bahasa Melayu Besar
Bahasa Melayu untuk Wilayah Besar
Rujukan

4. Bahasa Melayu sebagai Bahasa Global
Abdul Hamid Mahmood

Pendahuluan
Perkembangan Bahasa Melayu Zaman Dahulu
Badan Grakan Bahasa Melayu
Penggunaan Bahasa Melayu di Peringkat Antarabangsa
Memperkasakan Bahasa Melayu ke Peringkat Antarabangsa
Kesimpulan
Rujukan

5. Tokoh Matematik Melayu Abad ke-19 hingga Abad ke-20
Mat Rofa Ismail & Noor Shah Saad

Pendahuluan
Matematik Melayu Abad ke-19M
Bahasa Melayu Bahasa Ilmu: Kasus Matematik
Rujukan

6. Keperkasaan Wanita Melayu dalam Novel Melayu
Siti Khariah Mohd Zubir

Pengenalan
Sekilas Pengenalan tentang Novel Senator Adila Karya Khadijah Hashim
Keperkasaan Wanita Melayu
Kesimpulan
Rujukan

7. Pemikir Melayu sebagai Khalifah dalam Puisi Melayu Moden
Ani Haji Omar

Pengenalan
Manusia sebagai Khalifah
Pemikiran Luhur dan Pemikiran Lahir
Pemikiran Logik dan Pemikiran Lateral
Kesimpulan
Rujukan

8. Kesinambungan Gelombang Keintelektualisme Melayu Global dari Abdullah, Za’ba dan Mahathir
Mohd. Yusof Hasan

Pendahuluan: Keintelektualisme Abdullah, Za’ba dan Mahathir
Pemikiran Munsyi Abdullah mengenai Sosiobudaya Melayu-Islam
Pemikiran Za’ba mengenai Melayu-Islam
Pemikiran Mahathir tentang Nasionalisme Melayu-Islam
Kesimpulan
Rujukan

Biodata Penulis
Indeks

Weight0.457 kg
Dimensions22.8 × 15.2 × 1.7 cm
Author(s)

, , , , , , , ,

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.