Panji Jayengtilem

NORIAH MOHAMED adalah mantan Profesor dan Felo Penyelidik Utama di Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA).

DBP (Cetakan Pertama, 2017)
205 halaman termasuk Bibliografi dan Indeks

RM25.00

In stock

Panji Jayengtilem yang beraksarakan tulisan Jawa dengan tembang macapat sebagai wadah penyampaian merupakan sebuah cerita panji hasil tulisan Ranggawarsita pujangga agung Jawa. Walaupun cerita diolah semula, namun pengarang masih mengekalkan ciri-ciri panji seperti kelahiran, pengembaraan, penyamaran, penjelmaan, peperangan, peranan dewa dan berakhir dengan kegembiraan antara dua tokoh panji iaitu Raden Inu Kertapati dan Raden Galuh Candrakirana. Disebabkan cinta menjadi dasar dalam penceritaan membuatkan cerita panji berkembang merentas sempadan wilayah, budaya dan waktu hingga ke Tanah Melayu, Thailand, Kemboja dan Laos.

Panji Jayengtilem lebih menjurus kepada kekuatan dan kekentalan hati wanita terutama kepada tokoh Dewi Sekartaji / Galuh Candrakirana / Sangkaningrat dan Puteri Onengan yang berusaha sekuat mungkin mengembara mencari suaminya Raden Asmarabangun yang diculik oleh Prabu Basunanda. Dalam cerita Panji yang disebutkan di atas cinta antara mereka putus kebanyakannya kerana kehilangan di pihak perempuan tetapi amat kurang berlaku di pihak lelaki. Ranggawarsita merubahkannya kerana kekecewaan terhadap kesultanan Surakarta. Perkara ini disentuh dalam bab yang berkaitan dengan kupasan Panji Jayengtilem. Walau apa pun di akhir penceritaan, kedua-dua tokoh bertemu kembali dalam suasana gembira dan ini juga salah satu ciri yang harus ada dalam cerita Panji. Perjalanan cerita Panji Jayengtilem tertuang pada Bab Dua yang menjurus kepada ringkasan ceritanya.

Prakata

Bab 1: Pendahuluan
Bab 2: Ringkasan Cerita Panji Jayengtilem
Bab 3: Kupasan dan Kajian Teks Panji Jayengtilem
Bab 4: Teknik Penulisan Ranggawarsita
Bab 5: Latar Belakang Pengarang Ranggawarsita
Bab 6: Penutup

Lampiran
Bibliografi
Indeks

Weight0.247 kg
Dimensions21.5 × 14 × 1.1 cm
Author(s)

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.