Pembangunan Ekonomi Kelautan Pantai Timur Borneo Utara 1707-1941

‪MOSLI TARSAT ialah pensyarah di Program Sejarah, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Malaysia Sabah.

Penerbit UMS (Cetakan Pertama, 2020)
519 halaman termasuk Bibliografi dan Indeks

RM110.00

Only 1 left in stock

Pembangunan Ekonomi Kelautan Pantai Timur Borneo Utara 1707-1941 penekanan terhadap dasar pemerintah dalam pembangunan ekonomi kelautan di pantai timur Borneo Utara sewaktu pemerintahan Kesultanan Sulu dan British North Borneo Company (BNBC). Penulisan ini melihat dari perspektif dasar pemerintah sebagai faktor utama dalam menentukan pasang surut pembangunan ekonomi kelautan tanpa meminggirkan faktor-faktor lain yang saling berkait rapat antara satu sama lain. Hal demikian kerana pembangunan tersebut bermula dengan dasar pemerintah sebagai penggerak utama ekonomi kelautan, kemudian diikuti oleh aspek-aspek lain. Kawasan pantai timur Borneo Utara merupakan satu kawasan yang memiliki kekayaan sumber semula jadi, sama ada sumber laut mahupun sumber daratannya. Antara sumber lautnya ialah komoditi tripang, mutiara, pelbagai spesies ikan, sirip ikan jerung, kulit penyu, udang dan pelbagai spesies karang. Sumber daratnya yang utama pula ialah seperti sarang burung, rotan, lilin, kapur barus, kayu-kayan dan cengkih. Kekayaan ini diakui sendiri oleh John Hunt (seorang saudagar dan pengembara Inggeris pada tahun 1812) yang menyatakan bahawa beliau percaya seandainya wujud suatu pentadbiran yang jelas, pulau ini akan menjadi suatu ruang yang membawa keuntungan kepada pedagang Eropah dalam masa yang singkat. Menerusi penjelasan beliau ini, jelag menunjukkan bahawa kawasan ini mempunyai kekuatan dan potensi yang besar dari segi ekonomi untuk menjana keuntungan dan manfaat daripada hasil-hasilnya. Tidak keterlaluan juga dikatakan bahawa kekayaan inilah juga yang mendorong minat kuasa tempatan dan kuasa luar untuk menguasai dan menjajah kawasan ini, termasuklah Kesultanan Sulu dan BNBC.

Buku ini mengandungi dua bahagian mengikut zaman pemerintahan secara kronologi, iaitu zaman pemerintahan Kesultanan Sulu (1704-1877) dan zaman pentadbiran BNBC (1878-1941) di Borneo Utara. Pada bahagian pertama membincangkan pembangunan ekonomi kelautan semasa Kesultanan Sulu di pantai timur Borneo Utara. Perbincangan ini memfokuskan dasar pemerintah dan peranan pembesar Sulu dalam ekonomi kelautan dan pembangunan ekonomi ini di pantai timur Borneo Utara. Dasar Kesultanan Sulu jelas menitikberatkan ekonomi kelautan dalam agenda ekonominya. Terdapat empat dasar utama yang dilaksanakan sepanjang pemerintahan Kesultanan Sulu di pantai timur Borneo Utara, iaitu dasar pengawalan ekonomi, dasar monopoli perdagangan, dasar dominasi ekonomi berasaskan sumber laut dan dasar amalan pelanunan dan perhambaan. Untuk melaksanakan semua dasar ini, pembesar Sulu mengambil peranan sebagai pemerintah di peringkat wilayah jajahan dan juga sebagai pemodal dalam aktiviti perikanan. Impaknya, Kesultanan Sulu dilihat telah berjaya menguasai sumber laut di pantai timur Borneo Utara seperti komoditi tripang, mutiara, pelbagai spesies ikan, karang, udang dan sebagainya. Sementara aktiviti pelanunan dan perhambaan bukan sahaja untuk tujuan diperdagangkan di pusat-pusat perhambaan tetapi juga dapat memenuhi tenaga kerja dalam aktiviti perikanan. Inilah yang memberi kekayaan dan keuntungan kepada Kesultanan Sulu di Jolo sehingga menjadi sebuah kerajaan maritim yang terkenal di rantau Asia Tenggara.

Bahagian kedua buku ini membincangkan pembangunan ekonomi kelautan semasa pentadbiran BNBC di Borneo Utara melibatkan aspek perikanan, perdagangan, pelabuhan dan perkapalan dan penghapusan aktiviti pelanunan dan perhambaan. Dasar BNBC lebih menitikberatkan ekonomi tanah daratan seperti perlombongan, perladangan, pembalakan, pertanian dan perhutanan. BNBC telah memperkenalkan enam dasar utama yang berkaitan dengan pembangunan ekonomi, iaitu dasar pembangunan ekonomi berasaskan tanah daratan, dasar penempatan kekal, dasar perburuhan, dasar perdagangan bebas, dasar pembangunan pelabuhan dan perkapalan dan dasar penghapusan aktiviti rompakan dan perdagangan hamba. Untuk melaksanakan semua dasar ini, Gabenor Borneo Utara berperanan sebagai ketua pentadbir di Borneo Utara dan dibantu oleh Residen di setiap residensi serta pemodal Cina dan Jepun sebagai pemodal dalam mendaratkan hasil laut. Impaknya, BNBC telah berjaya menguasai ekonomi tanah daratan, perdagangan, pelabuhan dan perkapalan, manakala pemodal Cina dan Jepun menguasai ekonomi berasaskan sumber laut di pantai timur Borneo Utara. Walaupun berlaku peralihan pemerintahan dan perubahan dasar daripada Kesultanan Sulu kepada pentadbiran BNBC, ekonomi kelautan terus berkembang pesat sehingga sebelum Perang Dunia Kedua dan komuniti Bajau masih kekal bertahan sebagai pengeluar utama hasil laut di pantai timur Borneo Utara.

Senarai Rajah
Senarai Jadual
Senarai Peta
Senarai Foto
Senarai Singkatan
Prakata
Penghargaan
Pendahuluan

1. Latar Belakang Pemerintahan Kesultanan Sulu dan Pentadbiran British North Borneo Company

2. Dasar Kesultanan Sulu dan Peranan Pembesar Sulu dalam Ekonomi Kelautan, 1704-1878

3. Pembangunan Ekonomi Kelautan semasa Kesultanan Sulu

4. Dasar British North Borneo Company, Peranan Gabenor dan Pemodal dalam Ekonomi Kelautan, 1878-1941

5. Pembangunan Ekonomi Kelautan semasa British North Borneo Company

Penutup
Bibliografi
Indeks

Weight0.832 kg
Dimensions22.8 × 15.2 × 2.9 cm
Author(s)

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.