Penerbitan Majalah Hiburan dalam Era Digital

Penulisan bersama SHAHRUL NAZMI SANNUSI dan SITI EZALEILA MUSTAFA

Penerbit UKM (Cetakan Pertama, 2018)
184 halaman termasuk Rujukan dan Indeks

RM35.00

In stock

Product ID: 32860 Subject: Sub-subjects: , ,

Penerbitan Majalah Hiburan dalam Era Digital membincangkan isu berkaitan dunia penerbitan majalah hiburan dalam era media baharu di Malaysia dengan memperhalusi tiga focus iaitu pensejarahan penerbitan majalah hiburan, trend semasa dan seterusnya majalah hiburan pada masa hadapan. Tulisan dimulakan dengan latar belakang industri penerbitan majalah di Malaysia. Penulis juga membincangkan tentang trend semasa penerbitan majalah dalam negara ini yang menyaksikan pemain industri ketika ini berada dalam kedudukan sangat mencabar ketika berhadapan dengan situasi ekonomi dan audiens semasa.

Sejarah perkembangan industri majalah Melayu juga dibincangkan. Setiap penerbitan awal majalah ketika sebelum dan selepas perang diperbincangkan secara mendalam bagi melihat faktor yang menggalakkan pertumbuhan dan perkembangan majalah di Malaysia. Majalah pertama di negara ini ialah edisi pertama Bustanul Ariff atau versi Inggerisnya Malay Magazine, yang diterbitkan pada bulan Januari 1821. Penerbitan majalah dalam negara ini juga berpunca daripada faktor keagamaan dan nasionalis khususnya dalam aspek perjuangan negara untuk mencapai kemerdekaan daripada pihak penjajah.

Dalam konteks Malaysia, penerbitan majalah hiburan sekarang didominasi oleh majalah-majalah berbahasa Melayu dan ia diterbitkan oleh dua buah syarikat penerbitan majalah terbesar negara ini iaitu Kumpulan Media Karangkraf dan juga Utusan Karya. Selain itu syarikat penerbitan majalah berbahasa Inggeris seperti BluInc juga turut sama memeriahkan industri penerbitan majalah hiburan dalam negara ini. Kumpulan Media Karangkraf misalnya menerbitkan majalah seperti Media Hiburan, KLIK, dan Dara.com memberi sumbangan besar dalam perolehan syarikat ini.

Utusan Karya pula menerbitkan majalah Utusan Radio dan TV (URTV), majalah Insta, majalah Mangga dan juga majalah HAI. Walau bagaimanapun, disebabkan faktor kemerosotan jualan dan juga perolehan iklan, majalah Mangga dan juga majalah HAI telah dihentikan penerbitannya sejak dua tahun lalu dan digantikan dengan penerbitan secara atas talian Manggaonline. Syarikat BluInc pula menerbitkan satu-satunya majalah hiburan berbahasa Melayu iaitu EH!.

Walaupun majalah mempunyai pengaruh di dalam pasaran negara ini, cabaran ekonomi serta perubahan teknologi semasa telah memberikan impak yang besar kepada kelangsungan penerbitan majalah dalam negara ini. Semua elemen yang dibincangkan dalam buku ini menjadi bukti kemerosotan penerbitan majalah hiburan di negara ini. Akibat wujudnya perubahan dan cabaran ini, majalah hiburan dilihat nyata mengalami penyusutan secara konsisten, khususnya dalam konteks kualiti elemen editorial, periklanan.

Kenaikan kos percetakan juga secara langsung memberi kesan terhadap prestasi jualan akhbar dan majalah tempatan. Majalah bertemakan hiburan mencatatkan penurunan sirkulasi dan pendapatan iklan paling besar berbanding dengan majalah bertemakan keluarga, remaja, masakan, dan beberapa kumpulan majalah lain. Fenomena penurunan perolehan menjadi isu kritikal khususnya kalangan penerbit majalah ini memandangkan periklanan dan sirkulasi menjadi sumber pendapatan utama penerbit sehingga kini.

Senarai Jadual, Rajah dan Gambar
Prakata

1. Pengenalan
2. Majalah Hiburan Malaysia “A Dying Business?”
3. Susur Galur Sejarah Perkembangan Industri Majalah Melayu
4. Majalah Hiburan dalam Era Modenisasi dan Socialtainment
5. Perhitungan Ekonomi dalam Penerbitan Majalah Hiburan Digital
6. Gen Y, Z, Media Baharu dan Kesan Kepada Penerbitan Majalah Hiburan
7. Revolusi Digital Dalam Dunia Penerbitan
8. Prospek Penerbitan dan Kewartawanan Majalah Versi Digital
9. Survival Penerbitan Majalah Hiburan Melayu dan Isu Terkini

Rujukan
Indeks

Weight0.284 kg
Dimensions22.8 × 15.2 × 0.9 cm
Author(s)

,

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.