Out of stock

Pengantar Falsafah Bahasa

Hashim Haji Musa adalah Profesor dalam pengajian Bahasa Melayu di Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya. Beliau telah menulis beberapa karya, antaranya, Hati Budi Melayu: Pengukuhan Menghadapi Cabaran Abad Ke-21 (Penerbit UPM, 2008), Tatabahasa Dewan (DBP, 2008), Sejarah Perkembangan Tulisan Jawi (DBP, 1999) dan
Binaan dan Fungsi Perkataan Dalam Bahasa Melayu: Suatu Huraian dari Sudut Tatabahasa Generatif (DBP, 1993).

DBP (Edisi kedua, 2006)
157 halaman

 


PENAFIAN: Judul ini menepati keadaan NOS, atau “naskhah baru stok lama”. Justeru, sesetengah naskhah berkemungkinan mempunyai kesan cacat seumpama halaman bernoda, sumbing, melengkung, lusuh, dan sebagainya. Pelanggan dinasihatkan agar meneliti gambar tambahan yang disediakan untuk mendapat gambaran lebih jelas mengenai keadaan naskhah sebelum membuat pembelian.

RM17.00

Out of stock

Pengantar Falsafah Bahasa diterbitkan secara khusus membincangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan hakikat ilmu, pengetahuan, maklumat, fakta dan data, proses berfikir, konsep, simbolisme dan makna, konsep medan semantik, konsep komunikasi dan pelbagai dimensi komunikasi, konsep kebenaran, konsep pengtakrifan dan hubungan makna antara konsep-konsep itu dengan bahasa. Latar sejarah dalam perkembangan pengajian falsafah dan bahasa juga dibincangkan.

Falsafah bahasa melibatkan dua bidang kajian, iaitu bidang kajian falsafah dan bidang kajian bahasa atau linguistik. Falsafah bahasa antara lain bertujuan untuk meneliti dan menilai bahasa sebagai pembawa makna, sebagai satu alat perhubungan, perakaman, penimbunan, pewarisan, dan sebagai lambang atau simbol yang mewakili alam, kewujudan, kejadian, kelakuan dan keadaan bagi seluruh alam kesedaran atau realiti manusia.

Falsafah bahasa meneliti juga perkara-perkara seperti persoalan sifat, hakikat dan fungsi bahasa, dan asal usul bahasa sama ada suatu pemberian Tuhan ataupun hasil ciptaan manusia sendiri.

Apakah fungsinya terhad kepada penggunaan praktikal dalam perhubungan seharihari sahaja ataupun lebih daripada itu, bahasa, dalam pertumbuhannya mencapai satu tahap autonomi sebagai kenderaan yang boleh menjelajah selok-belok alam kewujudan daripada lembah yang paling dalam kepada puncak yang paling tinggi?

Apakah fungsinya untuk mencerminkan alam kewujudan, iaitu sebagai kenderaan yang membawa realiti daripada alam roh kepada alam nyata?

Pada permulaannya kajian falsafah bahasa berkait dengan proses penilaian untuk menyelesaikan persoalan yang timbul dalam fenomena dan kegiatan berbahasa. Kajiannya juga bertujuan untuk menentukan cara bagaimana masalah dan persoalan falsafah berkait dengan hakikat bahasa.

Untuk menentukan perkaitan demikian maka soalan-soalan tentang hakikat bahasa harus dijawab. Hakikat bahasa telah dilihat daripada beberapa sudut, iaitu bahasa sebagai sekumpulan bunyi yang diucapkan (articulated sounds) yang mengandungi komponen-komponen dan unsur-unsur seperti fonem, suku kata, morfem, perkataan, frasa, klausa dan ayat. Bahasa juga dilihat sebagai alat atau kenderaan yang mendukung dan’ menyampaikan maksud. Bahasa juga boleh dipandang sebagai fenomena sosial yang menghubungkan seorang individu dengan individu yang lain atau satu kumpulan dengan kumpulan yang lain dalam satu masyarakat bahasa.

Dengan itu bahasa boleh dilihat sebagai pembawa makna, perlambangan atau simbol dan juga perantaraan perhubungan. Selain daripada itu, bahasa juga merupakan alat yang merakam, menimbunkan dan mewariskan segala khazanah kebudayaan sesuatu bangsa atau tamadun daripada satu generasi kepada generasi yang seterusnya.

Pengantar Falsafah Bahasa mengandungi lima bab yang setiap satunya memberi kupasan yang amat mendalam terhadap falsafah bahasa. Sesuai dimiliki oleh penuntut yang mengambil subjek Falsafah Bahasa di IPT dan juga penuntut yang mengambil kursus-kursus linguistik yang mengaitkan pengajian dan pengajaran bahasa dengan falsafah dan pemikiran. Para pencinta bahasa serta pembaca yang ingin mengetahui dengan mendalam tentang falsafah bahasa juga dialu-alukan untuk memiliki buku ini.

Weight0.230 kg
Dimensions21.5 × 13.8 × 1 cm
Format

Class

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.