Penulis Profesional Melayu: Kepengarangan dan Kritikan

Suntingan oleh TENGKU INTAN MARLINA TENGKU MOHD. ALI, MAWAR SHAFIE, dan KAMARIAH KAMARUDIN

Penerbit UKM (Cetakan Pertama, 2020)
198 halaman termasuk Rujukan dan Indeks

RM35.00

In stock

Penulis Profesional Melayu: Kepengarangan dan Kritikan merupakan gandingan buku Apabila Profesional Menulis: Titik Temu Sastera dan Sains. Kedua-duanya menampilkan sekumpulan golongan profesional dari pelbagai latar kerjaya dan pada masa yang sama turut menulis karya kreatif. Pengalaman kerjaya mereka dimanfaatkan sepanjang jalan pengkaryaan sama ada menerusi watak. latar, persoalan atau gaya bahasa. Menerusi buku ini kepengarangan mereka ditelaah para pengkritik kesusasteraan yang terdiri daripada sanana tanah air.

Para penulis yang ditumpukan adalah Aidil Khalid, Farhan Hadi, Fudzail, Ilham Hamdani, Khairul Idham Ismail, Muzaf Ahmad, Rahmat Haroun, Ruhaini Matdarin, Saza S dan Shahkang. Kebanyakan mereka terlibat dalam lapangan guaman, perubatan, kewangan dan kejuruteraan. Kaedah penyusunan buku ini adalah dengan paparan karya masing-masing, diikuti dengan kritikan dari lensa yang rencam.

Beberapa karya yang ditekuni adalah cerpen “Res Judicata”, “Apis Dorsata”, “Aku Bukan Jonah”, “Disosiasi”, “Tik! Tok! Tik!”, “Cerita Rokiah yang Sakit Hendak Bersalin”, “Kaki Hantu” dan “Namanya Ahmad Novoselov.” Sementara novel yang turut dikupas adalah Denyut Kasih Medik, Hidayah Cinta, Bara Cinta Canberra, Kuantum dalam Jemala, Panggil Aku Melaju, dan Sayembara.

Penulis Profesional Melayu: Kepengarangan dan Kritikan boleh dikatakan menjadi dalil terhadap persahabatan yang terjalin kemas antara sastera dengan sains. Perpautan ini menjawab dengan waras pertelingkahan dikotomi sastera-sains yang berlaku dalam sistem pemikiran dan pendidikan kita. Buku hasil penelitian kumpulan penyelidik Model Kepengarangan Golongan Profesional Melayu ini mempertemukan pembaca dengan keramahan kesusasteraan dalam menyantuni kemanusiaan, hatta dalam jurus apa sekalipun. Kesemua bab ini adalah perwakilan terhadap keperluan melihat kesusasteraan, bukan hanya sebagai satu tuntutan dalam lajur pendidikan; lebih daripada itu ia adalah talun tuturan jiwa manusia yang perlu selalu diperdengarkan.

Senarai Rajah & Jadual
Prakata

BAB 1 Perihal Penulis Profesional Melayu

BAB 2 “Res Judicata”: Profesyen dan Kepengarangan Aidil Khalid

BAB 3 Suri Teladan Doktor dalam Novel Denyut Kasih Medik Karya Farhan Hadi

BAB 4 “Apis Dorsata” dan Dunia Digital: Menongkah Kejahilan Ekosistem Alam Sejagat dan Kebobrokan Teknologi Maklumat

BAB 5 Ilham dan Seni Kreativiti Ilham Hamdani dalam Pengkaryaan

BAB 6 Kehalobaan dan Kejahilan: Satira dalarn Cerpen Khairil Idham Ismail

BAB 7 Keperibadian Muzaf Ahmad dalam Novel Kuantum dalam Jemala

BAB 8 Antara Penyakit Jiwa dan Perjuangan Bahasa dalam Panggil Aku Melaju

BAB 9 Sayembara Menerusi Teropong Feminis Cheri Register

BAB 10 Cerpen “Kaki Hantu” dan Jurus Perubatan Saza S

BAB 11 Jati Diri dalam Cerpen “Namanya Ahmad Novoselov”

Rujukan
Senarai Penyumbang
Indeks

Weight0.288 kg
Dimensions22.8 × 15.4 × 1.2 cm
Author(s)

, , , , , , , , ,

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.