Out of stock

Peranakan Cina Kelantan: Sintesis Cina Tanah Besar dan Melayu Tanah Melayu

ZINITULNIZA ABDUL KADIR (Jujurnya, kami gak jumpa siapa gerangan penulis ini. Bantuin ya!).

ITBM (Cetakan Pertama, 2016)
163 halaman termasuk Galeri Bergambar

RM150.00

Out of stock

Peranakan Cina Kelantan: Sintesis Cina Tanah Besar dan Melayu Tanah Melayu berkongsi survival masyarakat Cina kampung di Kelantan sejak lebih 300 tahun dahulu, sekali gus membuktikan bahawa perpaduan bukan retorik. Melayu dihormati dan Cina dialu-alukan. Umpama pepatah, ‘masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak’, sikap tolak ansur dan hormat-menghormati inilah yang kemudian melahirkan Peranakan Cina Kelantan—Cina yang meminjam ‘seni rupa’ Melayu, tetapi kekal utuh beniwa leluhur nenek moyang.

Di Malaysia, masyarakat Peranakan Cina wujud secara taburan di beberapa negeri, khususnya Melaka, Pulau Pinang, Terengganu dan Kelantan. Bagaimanapun, Peranakan Cina Melaka dan Pulau Pinang majoritinya berasal daripada golongan saudagar serta pedagang, berbanding Peranakan Cina Kelantan yang rata-ratanya petani Hokkien yang berhijrah keluar dari bencana kesusahan di China lebih 300 tahun dahulu untuk mencari serta membina kehidupan lebih selesa. Mereka tiba di Tanah Melayu beratus tahun lebih awal berbanding imigran Cina yang datang pada era penjajahan Inggeris sejak permulaan abad ke-19, kebanyakanya untuk tujuan kepentingan ekonomi.

Berdasarkan bancian tahun 2000, kira-kira empat peratus atau hampir 50,000 penduduk Kelantan direkodkan berbangsa Cina, dan daripada jumlah tersebut, 16,000 dianggarkan Peranakan yang kebanyakannya tertumpu di kawasan persisiran Sungai Kelantan berjarak kira-kira 100 kilometer.

Antara keunikan masyarakat Cina Kelantan ialah wujud pelbagai gelaran untuk merujuk atau membezakan kumpulan Peranakan Cina yang ketara memiliki identiti berbeza. Sebelum istilah ‘Peranakan Cina Kelantan’ dipelopori oleh penyelidik budaya, Professor Dr. Tan Chee Beng, kebanyakan masyarakat tempatan menggelarkan kumpulan ini ‘Cina Kelantan’, ‘Cina Darat’, ‘Orang Cina Kita’ atau paling popular, ‘Cina Kampung’. Selain itu, kumpulan Cina di kawasan pekan yang dikenali sebagai ‘Cina Benua’ atau ‘Cina Bandar’ pula sebaliknya menggelarkan mereka ‘Poa Teng Huan’ atau ‘Poa Teng Siam’ yang bermaksud ‘separuh Cina, separuh Melayw’ atau ‘separuh Cina, separuh Siam’.

Kumpulan awal masyarakat Cina di Kelantan didominasi lelaki. Ini mungkin disebabkan tujuan kedatangan yang asalnya bermatlamat sementara, iaitu mencari rezeki bagi dibawa pulang kepada anak isteri dan ibu bapa yang ditinggalkan di Tanah Besar China. Biarpun ada yang kembali kepada keluarga, namun segelintir antaranya datang semula bersama pasangan masing-masing. Bagaimanapun, ramai memilih tinggal menetap di Kelantan dan berkahwin campur dengan wanita Siam tempatan. Hakikatnya, keputusan bermastautin bermakna memilih kehidupan baharu, dan justeru, pelbagai usaha perlu dibuat demi memastikan mereka diterima penduduk setempat, khususnya di kawasan padat Melayu.

Sebelum Islam mendominasi Kelantan, dipercayai wujud perkahwinan di antara lelaki Cina dan perempuan Melayu. Bagaimanapun, seperti tulisan kajian Teo Kok Seong, perkahwinan campur dengan wanita etnik Siam tempatan adalah pilihan utama bagi lelaki Cina di Kelantan. Berkahwin campur dengan wanita Siam tempatan dan hidup dalam kelompok Melayu selama beberapa generasi akhirnya mengasaskan kumpulan etnik Peranakan Cina yang memperlihatkan gabungan ident Cina, Melayu serta Siam. Mereka dikatakan satu-satunya kumpulan di Asia Tenggara yang berakulturasi dengan dua kumpulan pribumi, sekali gus memperlihatkan tahap akulturasi tinggi terhadap warisan kedua-dua budaya tersebut.

Berdasarkan dua faktor ini, identiti Peranakan bagi Cina Kelantan tidak ditentukan oleh darah keturunan semata-mata, tapi sebaliknya cenderung kepada bukti amalan sosial dan budaya, atau dalam kata lainnya, berkahwin bukan satusatunya prasyarat diiktiraf sebagai Peranakan, tetapi lebih penting, mereka mesti dilihat mengamalkan budaya Peranakan yang menyamai budaya Melayu tempatan.

Sejak awal kewujudan masyarakat Cina di Kelantan, pelbagai elemen budaya Melayu dipinjam untuk disesuaikan dengan budaya asal mereka. Ini berlaku menerusi proses akulturasi, iaitu proses sosial apabila satu kelompok manusia yang mempunyai kebudayaannya sendiri terdedah kepada kebudayaan asing yang akhirnya diterima dan diolah ke dalam kebudayaannya tanpa menghilangkan unsur-unsur asal. Impak proses inilah yang kemudian membezakan etnik Peranakan dengan masyarakat Cina asli, baik membabitkan aspek luaran seperti bahasa, pakaian, makanan dan aktiviti masa lapang, mahupun dalaman, khususnya berkaitan adat serta pegangan dan kepercayaan agama. Kesan perkahwinan campur, fizikal individu Peranakan Cina Kelantan dilihat lebih mirip masyarakat tempatan.

Perutusan
Pendahuluan
Prakata I
Prakata II
Prakata III

LATAR SEJARAH

‘CINA KAMPUNG’ @ PERANAKAN CINA

BAHASA

SENI BINA

MAKANAN

PAKAIAN

KESENIAN

AKTIVITI MASA LAPANG

CABARAN DAN MASA DEPAN

Galeri

Weight1.231 kg
Dimensions29.8 × 29.3 × 1.9 cm
Author(s)

Format

Class

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.