Perbandaran di Timur Tengah: Kesannya Terhadap Masyarakat Islam Abad I-III Hijrah

AHMAD ZAKI ABDUL LATIFF adalah Pengarah Pusat Islam Unisel dan aktif dalam penulisan ilmiah terutama dalam bidang-bidang; tamadun Islam, perbandaran Islam, pengurusan wakaf pendidikan, filantropi, pengurusan tahfiz serta dakwah dan tarbiyah.

DBP (Edisi Kedua, Cetakan Pertama 2011)
301 halaman

 


PENAFIAN: Judul ini menepati keadaan NOS, atau “naskhah baru stok lama”. Justeru, sesetengah naskhah berkemungkinan mempunyai kesan cacat seumpama halaman bernoda, sumbing, melengkung, lusuh, dan sebagainya. Pelanggan dinasihatkan agar meneliti gambar tambahan yang disediakan untuk mendapat gambaran lebih jelas mengenai keadaan naskhah sebelum membuat pembelian.

RM20.00

Only 1 left in stock

Perbandaran di Timur Tengah: Kesannya Terhadap Masyarakat Islam Abad I-III Hijrah (Edisi Kedua) memaparkan kecemerlangan umat islam sekitar abad pertama hingga ketiga Hijrah dalam pembangunan perbandaran di Timur Tengah. Penulis Ahmad Zaki Hj Abd Latiff, telah berjaya menghuraikan secara terperinci tentang konsep perbandaran Islam, kepentingan dan implikasinya terhadap masyarakat Islam. Buku Perbandaran di Timur Tengah: Kesannya Terhadap Masyarakat Islam Abad I-III Hijrah dapat merangsangkan masyarakat Islam untuk melihat proses perbandaran terkini dengan lebih prihatin supaya masyarakat Islam dapat memanfaatkan pembangunan perbandaran masa kini bagi mewujudkan suasana yang kondusif dalam kehidupan berteraskan Islam.

Perbandaran di Timur Tengah: Kesannya Terhadap Masyarakat Islam Abad I-III Hijrah pada asalnya merupakan sebahagian daripada tesis penulis yang dikemukakan untuk memenuhi keperluan pengajian peringkat sarjana pengajian Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, sesi 1988-1990. Tesis berkenaan adalah di bawah bimbingan Dr. Ismail Bakar, pensyarah Tamadun Islam di Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam. Tesis tersebut kemudian telah disunting oleh editor Dewan Bahasa dan Pustaka untuk diterbitkan sebagai sebuah buku. Pada hakikatnya, buku ini memaparkan kecemerlangan umat Islam pada zaman awal Islam dalam perbandaran di Timur Tengah. Sesungguhnya Islam telah menjadi pen. dorong kepada mereka untuk membangunkan bandar-bandar. Kehidupan bandar yang diasaskan oleh mereka telah berjaya mencorakkan tamadun Islam berasaskan al-Qur’an dan al-Sunnah. Malah, umat Islam berjaya melahirkan pelbagai institusi-institusi berbentuk sosial, politik, ekonomi dan kebudayaan yang membentuk mereka menjadi masyarakat madani mengalahkan masyarakat Barat pada ketika itu yang masih berada dalam zaman kegelapan.

Perkara yang menarik dalam buku ini ialah peranan institusi masjid dalam mencorakkan pembangunan bandar dan masyarakatnya. Masjid menjadi pusat ibadat dan kebudayaan Islam yang berjaya melahirkan tokoh-tokoh yang berwibawa dalam semua bidang kehidupan masyarakat ketika itu. Dengan kewibawaan Islam, mereka membina kota dan membangunkan masyarakatnya menjadi maju, makmur, sejahtera, aman, adil dan berakhlak mulia. Perbandaran di Timur Tengah: Kesannya Terhadap Masyarakat Islam Abad I-III Hijrah diharapkan menjadi pendorong kepada generasi muslim kini, khususnya para perancang bandar dan pemimpin-pemimpin masyarakat supaya dapat menggabungkan antara kelebihan-kelebihan zaman silam (zaman keagungan Islam) dengan kelebihan zaman kini (zaman moden) dalam membangunkan sesebuah bandar. Pembangunan institusi-institusi bandar mestilah bercirikan kesepaduan, dan masjid merupakan nadi penggerak kemasyarakatan umat Islam.

Weight0.4 kg
Dimensions21.5 × 14 × 1.8 cm
Author(s)

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.