Peristiwa Tenang Era Konfrontasi

ABDUL AZIZ HUSSIN adalah Profesor Madya di Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan & Perancangan, Universiti Sains Malaysia.

DBP (Cetakan Pertama, 2022)
221 halaman termasuk Bibliografi dan Indeks

RM46.00

In stock

Peristiwa Tenang Era Konfrontasi berkisar kepada kisah benar dalam sejarah penting Malaysia pada sekitar tahun 1960-an yang berlaku di Tenang, Johor. Buku ini membincangkan sejarah dan rentetan pencerobohan bersenjata pihak luar (yang disokong segelintir orang tempatan) dan menjadi elemen konfrontasi Malaysia-Indonesia yang berlaku di tempat berkenaan, serta juga siri fakta beberapa kes mahkamah berkaitan. Dalam beberapa perbincangan dan kupasan, turut dikemukakan juga peranan yang amat bermakna beberapa “orang besar” dalam menamatkan konfrontasi tersebut secara baik dan berprinsipkan “menang-menang”. Rumusan yang menjurus betapa pentingnya elemen “Setia kepada Negara” turut dimasukkan dalam buku ini. Pengisahan tentang operasi pencerobohan di Tenang ada diceritakan dalam catatan keterangan di Mahkamah Tinggi bagi kes Tan See Boon dan lain-lain lagi.

Dinyatakan bahawa seramai lebih kurang 150 orang telah berhimpun di lapangan terbang di Jakarta, Indonesia bagi menyertai operasi tersebut. Masing-masing diberikan, antaranya, sepucuk stengan, 200 biji amunisi, dua bom tangan, kompas, makanan dan payung terjun. Mereka dibahagikan kepada tiga kumpulan. Tan See Boon dan kumpulannya seramai 48 orang yang terdiri daripada 34 orang tentera Indonesia dan 14 orang Cina Malaysia termasuk Tan, berangkat ke Medan dengan sebuah kapal terbang tentera Indonesia. Lebih kurang pukul 7 petang pada 1 September 1964, mereka mendarat di Medan, Sumatera, Indonesia. Operasi khas tersebut diperoleh berdasarkan fakta yang diberikan oleh Leftenan Sutikno, yang merupakan Pegawai Pemerintah pasukan yang menceroboh Tenang, melalui keterangannya di Mahkamah Tinggi.

Dalam menghadapi pencerobohan itu, pihak Kerajaan Malaysia telah bertindak sewajarnya. Beberapa buah agensi dan pihak berkaitan telah melaksanakan operasi-operasi khas bagi mencegah pencerobohan ini. Berikut rentetan beberapa tindakan dan operasi pihak berkuasa tersebut. Menurut cerita Kapten Sanders, berdasarkan keterangannya di Mahkamah Tinggi dalam kes Lee Hoo Boon lwn Pendakwa Raya, pada 7 September 1964, iaitu lima hari selepas penerjunan, dia berada di Kampung Tenang mengetuai satu kompeni 1/10 Gurkha Riffles. Dia ternampak tiga orang beruniform pada jarak 460 meter. Dia dan pasukannya menyerang hendap tiga orang tersebut. Selepas pertempuran, seorang warga Indonesia telah terbunuh, dan dua orang lagi, iaitu seorang daripadanya Cina telah ditangkap. Salah seorang daripadanya yang ditangkap ialah Lee Hoo Boon. Semasa ditangkap, Lee Hoo Boon membawa sepucuk stengan. Menurut fakta dalam kes di Mahkamah Persekutuan, iaitu Law Kzat Lang lwn Pendakwa Raya, Lt. Sutikno dan dua orang lagi tentera Indonesia telah ditangkap dan ditahan sebagai “tawanan perang” di bawah Konvensyen Geneva 1949.

Dalam keterangan Ooi Wan Yui kepada Mahkamah Tinggi dalam kes Ooi Hee Koi lwn Pendakwa Raya dan Ooi Wan Yui lwn Pendakwa Raya. Setelah meninggalkan Malaya (Tanah Melayu), Ooi Wan Yui menuju ke Indonesia pada bulan Mei 1964 dan menjalani latihan tentera di sana. Kemudiannya, dia diterjunkan di Labis pada 2 September 1964 di mana Lee Hon Bon“ juga berada dalam pasukan tersebut. Sebaik sahaja mendarat, tiba-tiba dia, Lee Hon Bon dan seorang anggota tentera Indonesia diserang hendap oleh pasukan keselamatan Malaysia. Dalam kejadian tersebut tentera Indonesia tersebut terbunuh, manakala dia dan Lee Hoo Boon ditangkap. Setelah mendapat maklumat daripada pihak Polis Labis, difahamkan pasukan keselamatan Malaysia telah segera diterbangkan dari Kuala Lumpur dengan helikopter dan mendarat di padang berhampiran Sekolah Rendah Sri Labis, Labis. Pasukan tentera Malaysia yang berpangkalan di Kluang pula telah segera dibawa dengan lori dan lain-lain pengangkutan darat ke Tenang. Pasukan keselamatan Malaysia dengan segera menubuhkan kem sementara di Sekolah Kebangsaan LKTP Tenang. Pasukan tentera Malaysia ini juga turut disertai pasukan tentera Nepal (gurkha), Australia, British dan Fiji.

Pihak berkuasa Malaysia juga turut memberitahu penduduk bahawa jika penduduk memberikan maklumat sehingga tertangkapnya atau tertawannya tentera penceroboh, maka penduduk tempatan akan diberikan ganjaran 1500 ringgit. Selain itu pihak keselamatan Malaysia juga menggunakan pembesar suara meminta pasukan penceroboh menyerah diri. Selain itu, di Semenanjung Malaysia, penyusupan angkatan bersenjata Indonesia (ABI) dan para sukarelawannya tertumpu di sekitar pantai Johor melalui Selat Melaka. Operasi tentera yang pertama dijalankan menentang pencerobohan ialah Operasi Limit pada 12 Ogos 1964. Dalam Operasi Liver (17 Ogos — 4 November 1964) di kawasan Benut, Kukup dan Pontian, 21 orang penyusup terbunuh, 70 orang ditawan dan sembilan orang lagi menyerah diri. Pasukan keselamatan Malaysia mengalami dua kematian dan tiga anggotanya tercedera. Kesemuanya melebihi 21 operasi dijalankan.

Prakata

1. PERMULAAN SUATU LETUSAN TERGORES
Kemerdekaan Tanah Melayu
Daripada “Persekutuan Tanah Melayu” Kepada “Persekutuan Malaysia”
Bermulanya Suatu Letusan Tergores
Operasi “Ganyang Malaysia”
Tenang
Pentadbiran Negara Semasa Konfrontasi

2. DESTINASI: TENANG
Operasi Pencerobohan: Penerjunan dan Pendaratan
“Sambutan” yang Diterima
Kesimpulan Operasi Ganyang Malaysia

3. MEREKA PENDERHAKA
Siapakah “Penderhaka”?
Penderhaka dalam Operasi Ganyang Malaysia
Pasukan Keselamatan bagi Menentang Penderhaka

4. UNDANG-UNDANG YANG BERKAITAN DAN TINDAKAN YANG DIAMBIL TERHADAP PERCEROBOH
Skop Undang-undang
Undang-undang Antarabangsa
Undang-undang Berkaitan di Malaysia
Pewujudan “Kawasan Keselamatan”
Tindakan yang Diambil Terhadap Penceroboh
Ketidaksetiaan kepada Negara

5. PENGAKHIRAN YANG TENANG
Inisiatif ke Arah Perdamaian
Tenang Sudah Kembali Tenang
Mereka yang Berjasa kepada Negara
Titipan Akhir

LAMPIRAN I
Senarai Nama Negara yang Menandatangani Konvensyen Geneva 1949

LAMPIRAN II
Jadual Ketiga (Seksyen-seksyen 2, 5(1) K4)) Akta Konvesyen Geneva 1962

LAMPIRAN III
Setialah Kepada Negara

Bibliografi
Indeks

Weight0.307 kg
Dimensions22.7 × 15.1 × 1.1 cm
Author(s)

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.