Politik, Etnisiti dan Peradaban: Malaysia Pasca 2020

Disunting oleh MOHD IZANI MOHD ZAIN, ADLINA AB. HALIM dan MOHD MAHADEE ISMAIL

Penerbit UPM (Cetakan Pertama, 2022)
329 halaman termasuk Indeks

RM92.00

In stock

Politik, Etnisiti dan Peradaban: Malaysia Pasca 2020 memaparkan analisis secara akademik dan kritikal mengenai aspek politik, etnisiti dan peradaban yang sememangnya menerima kesan daripada berlangsungnya Pilihan Raya Umum ke-14, yang menyaksikan kejatuhan kerajaan Barisan Nasional pada tahun 2018 serta penularan wabak COVID-19. Persoalan politik, etnisiti dan peradaban dalam konteks Malaysia pasca 2020 terus menjadi pokok perbahasan yang masih belum menemui titik noktahnya. Pelbagai isu berbangkit dihadapi oleh negara dalam menelusuri cabaran pasca 2020 ini khususnya dalam kerangka politik, etnisiti dan peradaban yang seringkali dibahaskan dari sudut pandang ilmu yang berbeza-beza. Apa yang ketara, Malaysia sudah jauh melalui era perubahan, anjakan dan transformasi dari sebuah negara klasik yang berteraskan konservatif dan feudal-monarki, telah melalui era kolonialisme Barat dalam suatu tempoh yang agak panjang, dan era pasca kolonialisme yang cukup berliku serta mencabar.

Malaysia telah mengorak langkah ke hadapan menjadi sebuah negara membangun bertunjangkan industri moden, menuju ke suatu era baharu yang jauh lebih kompleks, serba canggih dan sofistikated seiring dengan era pasca moden dan perkembangan dunia tanpa sempadan. Hari ini Malaysia melalui suatu episod baharu pasca 2020 yang terus menuntut perubahan, anjakan dan transformasi dalam kehidupan masyarakat merentasi ruang sivil dan spektrum maya terutamanya melalui Revolusi Industri 4.0 berpaksikan teknologi yang lebih canggih dan perkembangan Masyarakat 5.0 yang cuba menyeimbangkan pembangunan ekonomi dengan realiti sosial dalam kehidupan masyarakat.

Ironinya, kita semua sedia maklum bahawa 2020 adalah tahun keramat bagi rakyat Malaysia. Sejak 1991 lagi, tahun 2020 menjadi impian bagi mereka untuk melihat Malaysia menjadi sebuah negara maju mengikut acuan kita sendiri. Impian ini terangkum dalam Wawasan 2020 yang telah diisytiharkan oleh Perdana Menteri ketika itu, Mahathir Mohamad. Berdasarkan kertas kerja, iaitu The Way Forward yang menjadi asas kepada idea Wawasan 2020, Malaysia tidak harus dibangunkan dalam bidang ekonomi sahaja. Ia mesti menjadi negara yang maju sepenuhnya dalam semua bidang: ekonomi, politik, sosial, kerohanian, psikologi, perpaduan nasional dan sosial, dalam erti kata ekonomi kita, dalam erti kata keadilan sosial, kestabilan politik, sistem kerajaan, kualiti hidup, nilai sosial dan kerohanian, maruah bangsa dan keyakinan.

Meskipun mentari pagi 1 Januari 2020 telah pun muncul, kita masih jauh daripada hasrat dan matlamat yang ditentukan dalam Wawasan 2020. Lebih-lebih lagi, dengan krisis kesihatan terburuk berlaku melalui penularan pandemik COVID-19 di seluruh dunia dan Malaysia khususnya, proses perkembangan politik, etnisiti dan peradaban di negara kita turut terganggu. Dalam aspek politik misalnya, kita mengalami krisis yang kritikal sehingga menyebabkan perubahan kerajaan pada Mac 2020. Kerajaan baharu yang memerintah pula mempunyai majoriti tipis dan ia mendorong ahli-ahli politik sanggup melakukan apa sahaja demi kuasa atas nama demokrasi serta kepentingan rakyat. Impak turut berlaku dalam konteks etnisiti dan peradaban apabila cabaran perkauman dan politik identiti atau jati diri semakin mendapat perhatian setelah politik terbuka dilaksanakan oleh kerajaan Pakatan Harapan. Masa depan peradaban negara amat bergantung kepada budaya tinggi dalam kalangan masyarakat. Penerapan nilai murni dan integriti yang kukuh oleh setiap lapisan masyarakat khususnya pemimpin akan meletakkan Malaysia menjadi sebuah negara yang disegani dan dihormati.

Senarai Rajah
Senarai Jadual
Sekapur Sirih
Seulas Pinang
Prakata

BAHAGIAN I: PENDAHULUAN

1. Senario Malaysia Pasca 2020
Mohd Izani Mohd Zain, Adlina Ab Halim dan Mohd Mahadee Ismail

BAHAGIAN II: POLITIK

2. Ilmu Kolonial dan Pembentukan Modeniti di Malaysia
Shamsul Amri Baharuddin

3. Malaysia Baharu: Quo Yadis?
Mohamed Khaled Nordin

4. Dinamika Demokrasi dan Penjajaran Baharu Politik dalam Era Pandemik COVID-19 di Malaysia
Mohd Izani Mohd Zain

5. Budaya Politik Terbuka di Malaysia Pasca 2020
Mohd Mahadee Ismail dan Syahrin Said

6. Bebalisme dalam Politik Malaysia Volte-Face dan Tanggungjawab Rakyat Menegur Pemimpin
Mohd Daud Mat Din

7. Ta’awun Siyasi PAS dan UMNO: Ilusi atau Realiti?
Amini Amir Abdullah, Mohd Daud Awang dan Mohammad Nidzam Abdul Kadir

8. Pematuhan Undang-Undang sebagai Manifestasi Patriotisme: Pengajaran daripada Pengalaman Malaysia Mengawal Penularan Pandemik COVID-19
Ku Hasnita Ku Samsu

BAHAGIAN III: ETNISITI

9. Persepsi Golongan Mahasiswa Pelbagai Etnik terhadap Malaysia Baharu
Mohd Mahadee Ismail, Mohd Sabri Md Nor dan Zatul Himmah Adnan

10. Dari Sungai Kandis ke Tanjung Piai: Kebangkitan Politik Jati Diri
Mohd Nizar Sudin

11. Piagam Madinah dalam Pembentukan Peradaban Multietnik Pasca Malaysia 2020
Ahmad Nasir Mohd Yusoff

12. Legasi DEB dan Masa Depan Malaysia Pasca 2020
Hairol Anuar Mak Din

13. Kelestarian Pengetahuan Tradisi Masyarakat Peribumi Sabah Era Pasca 2020
Normala Othman, Adlina Ab Halim dan Anis Amalina Adam

BAHAGIAN IV: PERADABAN

14. Fenomena Keagamaan Masyarakat Islam di Malaysia Pasca 2020
Arfah Abdul Majid

15. Kebebasan Bersuara di Malaysia: Perkembangan dan Cabaran Murni
Murni Wan Mohd Nor dan Aliff Basri

16. Maqasid Shariah sebagai Mekanisme dalam Polisi Negara: Keanjalan dan Parameter
Mohammad Nidzam Abdul Kadir

17. Kerelevanan Idea Malik Bennabi dalam Proses Pembinaan Tamadun Malaysia Era Pasca 2020
Ratna Roshida Ab Razak

18. Inovasi MOOC Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) dalam Pengajaran dan Pembelajaran Pasca 2020
Adlina Ab. Halim, Normala Othman, Arfah Ab. Majid, Ahmad Nasir Mohd Yusof dan Norasyikin Azri

19. Malaysia Pasca 2020: Langkah ke Hadapan
Mohd Izani Mohd Zain, Adlina Ab Halim dan Mohd Mahadee Ismail

Senarai Penyumbang
Indeks

Weight0.6 kg
Dimensions24 × 16.5 × 1.9 cm
Author(s)

, , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.