Prosa Warisan

ARIPIN SAID terkenal sebagai seorang penyanyi lagu rakyat Pahang seawal tahun 1970-an. Beliau juga terlibat sebagai seorang penyair dan penulis kreatif dan buku-buku akademik berkaitan seni budaya.

DBP (Cetakan Kedua, 2015)
175 halaman termasuk Bibliografi dan Indeks

RM15.00

In stock

Prosa Warisan menganalisis cerita rakyat secara terperinci serta mengemukakan contoh-contoh cerita yang sesuai yang ditulis secara penceritaan semula. Namun, perutusan tentang pemikiran serta gerak budaya yang hendak disampaikan tetap dikekalkan. Kajian ini juga mengambil kira kajian-kajian sarjana Barat dan Timur masa lalu serta diadun dengan kajian terkini yang dibuat kepada saki-baki tukang cerita serta tokoh-tokoh penglipur lara yang masih hidup.

Cerita rakyat hasil nukilan slam merakamkan bukan sekadar gerak budaya masyarakat Melayu tradisional malah turut menggambarkan pemikiran bijaksana intelektual asuhan alam pada waktu itu. Perutusan itu dapat kita selami melalui cerita yang berbentuk lipur lara, mitos (kepercayaan), asal usul, cerita binatang, cerita jenaka dan legenda. Lebih jauh daripada itu, keterbukaan perkembangan budaya Melayu dapat menerima resapan seni sastera daripada bangsa lain seperti yang terdapat dalam cerita “Abu Nawas” yang datangnya dari Arab-Farsi.

Jika disingkap kembali khazanah sastera Melayu klasik, didapati dua bentuk yang amat dominan iaitu prosa dan puisi. Pada peringkat awalnya, sastera ini lebih dikenal sebagai sastera rakyat baik dalam bentuk prosa mahupun puisi. Walaupun dua genre itu amat berbeza antara satu sama lain, namun dalam perkembangannya terdapat kesamaan, iaitu sastera rakyat yang dipertuturkan secara lisan daripada generasi kepada generasi.

Masyarakat zaman silam ialah masyarakat yang statis. Masyarakat tersebut mementingkan kepatuhan ramai terhadap nilai dan norma yang terdapat dalam masyarakat. Struktur masyarakat tersebut tersusun melalui sistem feudal. Kesetiaan kepada raja mengatasi kepentingan yang lain. Namun inilah yang membulatkan muafakat masyarakat masa lalu itu.

Walau apa sekalipun bentuk dan corak masyarakat tersebut, satu hal yang nyata ialah kepekaan mereka terhadap alam keliling. Kepekaan terhadap alam keliling ini selalunya menyentuh perasaan dan ini melahirkan seniman masa lampau yang meninggalkan banyak pemikiran mereka khususnya melalui sastera rakyat ini. Oleh sebab itu, sastera rakyat ini menjadi penghubung kepada kita untuk mengetahui pandangan hidup, kepercayaan serta apa juga mengenai kehidupan masyarakat masa silam itu. Hasil sastera itu merupakan rakaman zaman tercetus daripada kehalusan perasaan seniman yang peka dengan keadaan kelilingnya itu.

Walaupun terdapat banyak perbezaan antara keadaan tersebut dengan masa kini, falsafah dan pemikiran yang unggul selalunya sesuai dengan segala zaman. Inilah yang sering dicari oleh peneliti sastera rakyat selain daripada aspek hiburan semata-mata.

BAHAGIAN SATU
1. Sastera Klasik: Tradisi Istana dan Tradisi Rakyat
2. Diperturunkan Secara Lisan daripada Generasi kepada Generasi
3. Sastera Rakyat
4. Ciri-ciri Sastera Rakyat
5. Kesejagatan Falsafah dan Pemikiran dalam Sastera Rakyat
6. Peranan Sastera Rakyat dalam Kehidupan Masyarakat Melayu Tradisional
7. Sastera Rakyat Mempunyai Nilai Pendidikan
8. Penglipur Lara Menghibur Hati yang Duka Lara
9. Cerita Mitos: Berhubung dengan Kepercayaan dan Cerita Asal Usul
10. Cerita Asal Usul: Bukti Kepekaan Masyarakat Melayu Masa Lalu terhadap Alam Keliling Mereka
11. Cerita Binatang: Menjadi Contoh dan Teladan kepada Manusia supaya Tidak Angkuh dan Takbur
12. Cerita Jenaka: Memberi Pengajaran, Menyindir dan Memberi Hiburan untuk Masyarakat
13. Cerita-cerita Legenda dalam Sastera Rakyat: Kehebatan Tokoh yang Dikagumi
14. Cerita-cerita Jenaka Pengaruh Arab dan Farsi
15. Kesimpulan tentang Cerita Warisan Rakyat

BAHAGIAN DUA
16. Contoh-contoh Cerita Rakyat
17. Puteri Melur Sekuntum
18. Raja Turun Menyamar
19. Naga Pulau Tioman
20. Sang Harimau dengan Burung Cawi
21. Belatuk Terbang Tinggi Rendah
22. Sebatang Pokok Mahang
23. Batu Bor dan Batu Karai
24. Batu Sawar
25. Sang Kancil Menjadi Hakim
26. Kambing Memperdayakan Buaya
27. Semut Berperang dengan Gajah
28. Mat Jenin
29. Awang Si Hitam
30. Lebai Malang
31. Tuk Senik
32. Laksamana Hang Tuah dengan Daeng Semerluki
33. Datuk Bahaman
34. Abu Nawas Membilang Bintang di Langit
35. Abu Nawas Mencari Pusat Dunia

Biodata
Bibliografi
Indeks

Weight0.212 kg
Dimensions21.6 × 14 × 0.9 cm
Author(s)

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.