Quo Vadis, Pak Kassim?

KASSIM AHMAD (b. 1933 – d. 2017) mula menggugah pandangan umum dalam kesusasteraan Melayu melalui tesis berkaitan Hikayat Hang Tuah yang dihasilkan pada 1960an. Dalam dekad yang sama beliau juga sempat mengeluarkan sebuah antologi cerpen dan sajak dengan judul Kemarau di Lembah yang turut mengandungi sajaknya yang paling dikenali, Sidang Roh. Pada 1977. Dialog Dengan Sasterawan diterbitkan sebelum beliau beransur-ansur menumpukan perhatian kepada hal-hal selingkar agama dan politik pada dekad-dekad berikutnya. Beliau pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dari 1976 hingga 1981. Pada 1986, Hadis: Satu Penilaian Semula diterbitkan dan serta-merta diharamkan sehingga hari ini.

Pustaka Obscura (Edisi kedua, 2019)
84 halaman

RM25.00

In stock

Quo Vadis, Pak Kassim? lahir daripada idea untuk memperkenalkan Kassim Ahmad kepada generasi muda, terutama mereka yang hanya tahu nama Kassim sebagai seorang lelaki tua bertongkat yang dituduh menghina Islam dengan buku dan kata-katanya yang telah dicop anti-hadis, walau ia tak semestinya begitu.

Quo Vadis, Pak Kassim? juga mahu merungkai satu dua permasalahan misteri tentang Kassim; apakah dia seorang Quraniyyah, Sosialis, Sasterawan atau Nasionalis, atau mungkin semuanya sekali? Sudah tentu buku ini tidak mampu memberi jawapan atau sebarang penyelesaian akademik kerana para penyumbang adalah peminat dan pengamat semata-mata. Buku ini pula hanya mahu memenuhi keinginan santai, dan bukan sebuah kajian ilmiah.

Namun sama ada santai atau ilmiah, jarang sekali, malah mungkin tiada tulisan sebegini yang seumpamanya. Semoga tulisan dan catatan orang muda seperti Aedi Asri, Shaira Amira, Hafiz Zainuddin, Zahid M. Naser dan Wahyudi Yunus, serta Wan Hamidi, dapat mengisi kedahagaan dunia seni, sastera, politik dan agama yang biasanya terkongkong dalam satu aliran yang mahu dipaksakan kepada semua, seolah-olah itu menjadi budaya semasa. Semua tulisan ini adalah asli, dan belum pernah disiarkan di mana-mana penerbitan.

Tajuk Quo Vadis, Pak Kassim? ini juga meminjam judul buku Quo Vadis, Bangsaku? yang merupakan tajuk buku Kassim Ahmad sendiri yang diterbitkan pada 1989. Buku itu merupakan koleksi tulisan beliau yang disiarkan dalam akhbar dan majalah tempatan tentang hal-hal politik, nasionalisme dan agama.

Bukanlah bererti buku ini juga menyentuh hal-hal yang sama; sekadar berkongsi judul yang diharap dapat membawa pembaca mengecapi sedikit-sebanyak gambaran dalam perjalanan hidup Kassim sebagai seorang insan yang dilihat kontroversi dalam kalangan masyarakat sekelilingnya.

Untuk Edisi Kedua, terdapat dua esei tambahan yang ditandai “Sesudah Kassim” yang tidak termasuk di dalam edisi pertama dahulu, yang terbit pada September 2017.

Tulisan pertama, oleh Hafiz Hamzah, merupakan sebuah catatan peribadi yang sekaligus mewakili penerbit buku ini. Kedua ialah catatan belasungkawa yang Wan Hamidi nukilkan dan terbit pertama kali pada hari pemergian Kassim Ahmad pada 10 Oktober 2017 di laman web Roket Kini. Tulisan-tulisan tambahan ini diharap dapat memberi gambaran ringkas serta menyimpulkan kembara sang tokoh sepanjang abad ke-20 dan 21.

New Product Tab

Here's your new product tab.

Weight 0.158 kg
Dimensions 20.2 × 13.6 × 0.7 cm
Edition

Format

ISBN

9789671617519

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Quo Vadis, Pak Kassim?”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.