Out of stock

Revolusi Perancis, 1789-1799

AZMI ARIFIN adalah pensyarah kanan di Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia.

DBP (Cetakan Kedua, 2022)
525 halaman termasuk Bibliografi dan Indeks

RM40.00

Out of stock

Product ID: 33516 Subject: Sub-subjects: , ,

Revolusi Perancis, 1789-1799 menjelaskan keadaan sebenar yang telah mendorong kepada pencetusan revolusi itu dan sejauh mana revolusi tersebut telah membawa perubahan besar kepada sifat masyarakat yang melaluinya, yakni masyarakat Eropah umumnya, dan Perancis khususnya. Dalam buku ini akan dijelaskan bagaimana masyarakat Perancis daripada pelbagai kelompok telah bangkit pada tahun 1789 untuk memperbetul kelemahan sistem politik dan sosial sedia ada, dan sejauh mana hasrat perubahan itu benar-benar telah dapat dikecapi melalui peristiwa berdarah 1789-1799. Revolusi Perancis yang tercetus di benua Eropah Barat pada hujung kurun ke-18 merupakan satu peristiwa yang amat penting dalam sejarah. Revolusi itu telah dikaitkan oleh para pengkaji dengan perkembangan sejarah manusia bukan sahaja di Eropah Barat, bahkan di seluruh dunia.

Ahli sejarah Barat umumnya menganggap revolusi tersebut sebagai satu titik tolak agung kepada perubahan masyarakat dunia dari zaman tradisional kepada moden, dari zaman pemerintahan raja “berkuasa mutlak” dan kuku besi kepada liberalisme, persamaan dan demokrasi. Mereka menjelaskan kesan atau gelodak revolusi bukan sahaja terpaksa dihadapi oleh dunia Eropah, bahkan turut dirasai oleh seluruh dunia yang menerima kesan daripada hubungannya dengan Eropah. Negara-negara bukan Eropah misalnya dikatakan mencedok ideologi-ideologi politik moden seperti demokrasi, liberalisme, sosialisme dan komunisme kesan daripada revolusi-revolusi yang tercetus di Eropah. Dalam konteks ini, kepentingan Revolusi Perancis dan kesannya terhadap perubahan itu jelas terserlah melalui fokus dan perbincangan yang begitu banyak telah dihasilkan yang menyentuh pelbagai aspek, tema dan isu.

Walaupun banyak tulisan telah dihasilkan yang membincangkan sejarah revolusi itu khususnya di Barat, namun setakat ini masih belum ada lagi tulisan dihasilkan oleh sarjana tempatan yang membincangkan secara khusus dan menyeluruh tentang sejarah Revolusi 1789, apatah lagi dalam bahasa pengantarnya bahasa Melayu. Akibat kekurangan tersebut, maka sejarah Revolusi 1789 secara umumnya masih belum diketahui oleh masyarakat umum di Malaysia. Pengaruh pemikiran Eurosentrik yang menyanjung revolusi melebihi realitinya juga begitu kuat menguasai pemikiran pengkaji tempatan. Masyarakat mengagung-agungkan sebuah revolusi Barat yang dianggap simbol perjuangan demokrasi dan kedaulatan rakyat tanpa memahami darah dan air mata yang ditumpahkan melalui korban dan penindasan meluas terhadap rakyat bawahan. Masyarakat tempatan yang kagum dengan mitosmitos revolusi itu tidak mampu melihat realiti sebenar sejarah Revolusi Perancis yang sebenarnya gagal. Tulisan ini bertujuan untuk memenuhi beberapa kelompongan yang wujud dalam pentafsiran tentang sejarah Revolusi Perancis 1789.

Dengan mengambil kira wujudnya pelbagai perspektif dan tafsiran berbeza tentang sejarah Revolusi Perancis 1789, tulisan ini cuba meneliti dan memaparkan semula sejarah revolusi itu dengan melihatnya dari pelbagai sudut dan aliran secara seimbang, daripada Ortodoks-Marxis hingga Revisionis dan pasca-Revisionis, bertujuan untuk menjelaskan sifat dan hala tuju sebenar revolusi dan bagaimana hal ini menentukan pentafsiran yang diberikan terhadapnya. Jelaslah bahawa dalam usaha memahami peristiwa revolusi yang amat kompleks itu, kita tidak boleh memahaminya hanya dari satu perspektif lebih-lebih lagi berpegang pada tafsiran sejarah Ortodoks-Marxis yang begitu berpengaruh tetapi agak rigid. Penjelasan pengkaji Ortodoks-Marxis yang hanya mengaitkan pencetusan revolusi dengan isu pertentangan antara kelas borjuis dengan bangsawan pada hari ini dianggap tidak memadai, bahkan telah dikritik hebat sejak pertengahan kurun ke-20. Namun begitu, pendekatan baharu yang dibawa oleh tafsiran sejarah dari bawah (history from below), Revisionis mahupun pasca-Revisionis juga bukanlah tidak ada titik kelemahannya. Yang lebih penting, setiap aliran itu telah memberikan sumbangan dari pelbagai sudut pandangan dan memperkaya lagi kefahaman tentang sifat-sifat kompleks dan percanggahan rumit yang terdapat dalam revolusi.

Prakata
Perhargaan

1. PENGENALAN
Revolusi Perancis: Satu Garis Pemisah?
Pendekatan Ortodoks-Marxis
Pendekatan Liberal
Pandangan Aliran Revisionis
Revolusi dari Bawah
Sejarah Revolusi dalam Perdebatan

2. PERANCIS SEBELUM REVOLUSI
Pengenalan
Pemerintahan Beraja dan Istana
Pemerintahan Dinasti Bourbon yang Lemah
Kelompok Elit dan Atasan
“Pemborjuisan” Bangsawan dan “Pembangsawanan’ Borjuis
Kebangkitan Bangsawan dan “Reaksi Seigneurial”
Kelompok Bawahan: Daripada Borjuis hingga Petani
Penindasan terhadap Petani

3. PERMULAAN REVOLUSI: KRISIS BANGSAWAN-MONARKI
Pengenalan
Krisis Kewangan Perancis, 1783-1788
Kerajaan Monarki dan Parlement
Charles de Calonne dan Perhimpunan Bangsawan
Kebangkitan Rakyat dan Tercetusnya Api Revolusi

4. REVOLUSI PERTAMA 1789: DARIPADA REAKSIONER KEPADA LIBERAL
Pengenalan
Cahiers de doléances dan Pemilihan Les états généraux pada tahun 1789
Persetiaan di Gelanggang Tenis
Penyerbuan Penjara Bastille
Tekanan Ekonomi dan Kebangkitan Rakyat Bawahan
“Ketakutan Besar” dan Keputusan Malam 4 Ogos
Revolusi Petani: Penentangan Terhadap Feudalisme?

5. PERHIMPUNAN KEBANGSAAN DAN PEMBAHARUAN SEMASA REVOLUSI 1789-1791
Pengenalan
Perhimpunan Kebangsaan dan Beberapa Langkah Pembaharuan
Perisytiharan Penghapusan Feudalisme 4-11 Ogos 1789
Deklarasi Hak Manusia dan Warganegara 1789
Pembentukan Perlembagaan 1791
Pembaharuan untuk Kepentingan Rakyat atau Borjuis?
Perhimpunan Perlembagaan dan Institusi Gereja

6. REVOLUSI KEDUA 1792: DARIPADA LIBERALISME KEPADA RADIKALISME
Pengenalan
Ancaman Revolusi Balas
Pelarian Ke Varennes
Perseteruan Kelab-kelab Politik dan Berpecahnya Arus Revolusi
Peranan Sans-Culottes dalam Arus Revolusi
Campur Tangan Negara Asing dan Ancaman Perang
Manifesto Brunswick dan Reaksi Ganas

7. KONVENSYEN KEBANGSAAN, KELAHIRAN REPUBLIK DAN KEJATUHAN GIRONDIN
Pengenalan
Persaingan Girondin-Montagne
Pengadilan terhadap Raja Louis dan Perpecahan Politik
Pengkhianatan Dumouriez
Kebangkitan La Vendée
Kebangkitan Jacobin dan Kejatuhan Girondin
Pemberontakan “Federalis”

8. PEMERINTAHAN JACOBIN, ZAMAN GANAS DAN REAKSI THERMIDOR 1792-1795
Pengenalan
Kemelut dan Pertentangan antara Jacobin dengan Rakyat Bawahan
Kemunculan Pemerintahan Ganas dan Punca-puncanya
Jacobin dan Dasar-dasar Pemerintahan Ganas
Pertentangan Jacobin dan Hébertist
Kejatuhan Robespierre

9. ZAMAN THERMIDOR, DIREKTORI DAN PENGAKHIRAN SEBUAH REVOLUSI
Pengenalan
Pemerintahan Thermidor: Antara Pembaharuan dengan Cabaran Politik
Kekacauan 1795 dan “Keganasan Putih”
Perlembagaan 1795 dan Direktori
Direktori dan Kemunculan Napoleon Bonaparte
Coup d’état Brumaire 1799 dan Berakhirnya Revolusi

10. PENUTUP

Glosari
Bibliografi
Indeks

Weight0.704 kg
Dimensions22.8 × 15.1 × 2.8 cm
Author(s)

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.