Sains Sosial Malaysia: Meneruskan Tradisi Menanggapi Transformasi Masyarakat

ABDUL RAHMAN EMBONG adalah Profesor Emeritus Sosiologi Pembangunan dan Felo Utama di Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS), Universiti Kebangsaan Malaysia.

IIUM Press (Cetakan Pertama, 2022)
283 halaman termasuk Rujukan dan Indeks

RM80.00

Only 1 left in stock

Sains Sosial Malaysia: Meneruskan Tradisi Menanggapi Transformasi Masyarakat mengandungi enam kuliah Abdul Rahman Embong yang disampaikan sekitar tahun 2020, membicarakan secara mendalam sejarah dan perkembangan Sains Sosial Malaysia, peranan dan orientasinya, serta tentang perlunya membina Sains Sosial Malaysia yang mandiri. Selain itu, buku ini juga menegaskan pentingnya memupuk angkutan pelapis muda yang komited bagi mewarisi dan meneruskan tradisi sains sosial serta menggunakannya pada zaman kontemporari untuk menanggapi transformasi masyarakat dan mengubahnya. Bahagian awal buku ini membicarakan megatrend dalam dunia kontemporari. dengan tumpuan kepada pertembungan globalisasi Barat dan globalisasi Oriental dalam dunia yang saling bergantung dan terkait, serta dampaknya ke atas Malaysia. Tujuannya untuk membuka minda dan minat intelektual di samping mencetuskan imaginasi sosiologi para pembaca. Dalam buku ini ditegaskan betapa perlunya menguasai dan menggunakan secara kritis pelbagai konsep, teori, kaedah, dan sebagainya dalam korpus sains sosial apabila menanggapi perubahan masyarakat dalam usaha membangun Sains Sosial Malaysia yang mandiri.

Keseluruhannya, himpunan kuliah ini telah memberikan kesan dari dua segi, iaitu (i) keilmuan serta kesedaran sejarah dan (ii) kerjaya atau advokasi awam. Melalui siri kuliah tersebut, pembaca dapat memperkaya dan menajamkan lagi pengetahuan tentang megatrend semasa abad ke-21, sejarah dan orientasi Sains Sosial Malaysia yang terbina dalam generasi pertama, kedua dan ketiga, serta peranan generasi muda Sains Sosial Malaysia kini dalam penerusan tradisi intelektual dan Sains Sosial mandiri. Pelbagai idea yang diketengahkan dalam setiap kuliah, seperti teori dwigerak (double movement) oleh Karl Polanyi; konsep longue duree, the long twentieth century, precariat, garis asas ilmu (baseline knowledge), kecil tempatnya tetapi isunya tidak kecil (small places large issues), konsep budiman, pemaknaan Sains Sosial mandiri dengan karakternya sendiri serta cabaran yang dihadapi oleh Sains Sosial Malaysia untuk menghasilkan teori, konsep dan perspektif baharu yang lebih segar dan relevan untuk manfaat masyarakat masa kini, yang bukan sahaja masyarakat di Malaysia bahkan masyarakat global.

Senarai Rajah dan Jadual
Kata Pengantar oleh Clive S. Kessler
Prakata Naratif Malaysia
Pengenalan

1. MEGATREND ABAD KE-21: GLOBALISASI BARAT DAN GLOBALISASI ORIENTAL
Konsep Megatrend
Memahami Globalisasi
Kebangkitan Semula Globalisasi Oriental: Pertembungan dengan Globalisasi Barat
Kesimpulan: Dua Megatrend dan Tanggapan ASEAN
Sesi Soal Jawab

2. MEGATREND ABAD KE-21: IMPAK TERHADAP MALAYSIA
Enam Megatrend dan Impaknya terhadap Malaysia
Kesimpulan: Membuat Tafsiran terhadap Megatrend di Dunia dan di dalam Negara Malaysia
Sesi Soal Jawab

3. SEJARAH PERKEMBANGAN SAINS SOSIAL MALAYSIA
Memikir Semula Susur Galur dan Asal Mula Sains Sosial Malaysia
Ilmu Kolonial sebagai Baseline Knowledge Sains Sosial Malaysia
Tugas Ilmuan Sains Sosial Malaysia
Mempertimbangkan Dua Baseline Knowledge yang Lain
Merintis Pembentukan Sains Sosial sebagai Disiplin Ilmu
Perkembangan Sains Sosial Malaysia dan Penubuhan Universiti Malaya (UM)
Sains Sosial Malaysia Pascamerdeka dan Penubuhan Universiti Baharu
Perkembangan Sains Sosial dari Tahun 1980-an sehingga Awal Abad Ke-21
Persatuan Sains Sosial Malaysia (PSSM) dari Tahun 1978 sehingga sekarang
Kesimpulan: Sains Sosial dan Generasi Baharu
Sesi Soal Jawab

4. PERANAN DAN ORIENTASI SAINS SOSIAL MALAYSIA
Memahami Matlamat Sains Sosial Malaysia
Konsep Peranan dan Orientasi Sains Sosial
Perdebatan Orientasi dan Perspektif dalam Kalangan Generasi Pertama dan Kedua di Malaysia: Tahun 1960-an dan Tahun 1970-an
Perkembangan Ilmu Sains Sosial dan Perubahan Paradigma
Orientasi dan Perspektif: Beberapa Perubahan Sejak Tahun 1970-an sehingga sekarang
Menjajarkan Semula Imperatif Akademik dan Imperatif Advokasi Sains Sosial Malaysia pada Abad Ke-21
Sesi Soal Jawab

5. PENERUSAN TRADISI DAN PEMBINAAN SAINS SOSL MALAYSIA YANG MANDIRI
Kesedaran Sejarah dan Keperluan Sains Sosial Mandiri
Sains Sosial Mandiri bagi Malaysia: Apakah Maksudnya?
Sains Sosial Mandiri: Kenapa Perlu?
Membangunkan Sains Sosial Mandiri di Malaysia: Beberapa Cabaran
Meneruskan Tradisi dan Membina Kesarjanaan Mandiri
Sesi Soal Jawab

6. PENGUNGKAPAN NARATIF MALAYSIA
Pengenalan “Naratif”
Memahami Naratif sebagai Konsep, Kaedah dan Fungsi
Pelbagai Bentuk Naratif: Mengupas Pandangan Pascastrukturalis dan Pascamodenis
Mengungkapkan Naratif Malaysia dari Perspektif Sains Sosial Mandiri
Sesi Soal Jawab

Rujukan
Indeks

Weight0.463 kg
Dimensions22.8 × 15.2 × 1.7 cm
Author(s)

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.

More from this Author