Satu Tiga Sifar Lima

ANWAR RIDHWAN (b. 1949 – ) merupakan Sasterawan Negara Malaysia ke-10. Lulusan Sarjana Muda Sastera (1973) dari Universiti Malaya, beliau kemudiannya memperolehi ijazah Sarjana Sastera (1983) dan Ijazah Doktor Falsafah (1998) kesemuanya dari Universiti Malaya. Beliau menumpukan kerjayanya di Dewan Bahasa dan Pustaka sehinggalah bersara pada tahun 2005 dengan jawatan terakhirnya Pengarah Penerbitan DBP. Novelnya yang pertama ialah Hari-hari Terakhir Seorang Seniman yang memenangi Hadiah Novel Gapena-Yayasan Sabah, 1979. Sebuah lagi novelnya Arus (1985) memenangi Hadiah Sastera Malaysia 1984/1985. Antara cerpen karyanya ialah Perjalanan Terakhir (1971), Dunia adalah Sebuah Apartmen (1973), Sesudah Perang (1976) dan Dari Kiev ke Moskova (1992). Karya beliau yang diilham dan disiapkan di Jepun pada tahun 2001 berjudul Naratif Ogonshoto memenangi Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2000/2001.

Dewan Bahasa dan Pustaka (Cetakan kedua, 2019)
272 halaman

RM25.00

In stock

Product ID: 11835 Subjects: , Sub-subjects: , , ,

Kumpulan Cerpen Satu Tiga Sifar Lima menghimpunkan 10 buah cerpen karya Sasterawan Negara Anwar Ridhwan. Bahagian Satu mengandungi 8 buah cerpen yang pernah tersiar dalam Dewan Sastera, Berita Minggu dan Mingguan Malaysia membawa tema dan persoalan tentang keagamaan, kekuasaan dan keadilan. Pelbagai kisah manusia-peristiwa-idea digarap termasuk pelbagai teknik penceritaan mendukung aliran non-realisme. Bahagian Dua menghidangkan dua buah cerita emosi dan pemikiran yang lebih mendalam tentang isu-isu yang menyentuh umat manusia termasuk isu perkauman, pendidikan, agama dan politik.

Pada tahun 1979 setelah menghasilkan novel pertama Hari-hari Terakhir Seorang Seniman, penulis menghasilkan “Satu Tiga Sifar Lima”, yang turut memindahkan sebahagian kecil pengalaman pahit beliau ekoran Pilihan Raya Umum 1969. Malangnya, seperti kisah malang dalam “Satu Tiga Sifar Lima”, manuskrip itu hilang entah ke mana dalam proses penulis berpindah pejabat dan rumah. Hanya baru pada 2009 apabila beliau membongkar isi beberapa kotak lama yang dibawa ke Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA), tempat penulis bekerja sebagai Dekan Fakulti Penulisan Kreatif dan pensyarah selepas persaraan wajib, beliau temukan semula manuskrip “Satu Tiga Sifar Lima”, yang kemudiannya penulis mengambil waktu beberapa hari untuk menyemak semula dan menyudahkannya.

Berbanding sembilan cerpen yang lain dalam kumpulan ini, “Satu Tiga Sifar Lima” memberi kesan emosi dan pemikiran yang lebih istimewa dalam diri penulis. Hal ini demikian kerana bersama-sama penemuan semula manuskripnya, penulis temukan dirinya yang ‘hilang’ selama 30 tahun, dan sebuah pengisahan tentang suatu pengalaman 40 tahun dahulu. Penulis melihat naratif yang berbeza. Penulis melihat stail yang berbeza. Penulis melihat bahawa daripada peristiwa pahit itu, beliau membentuk dan mengembangkan pandangan dunianya. Juga mulai lebih prihatin terhadap isu-isu yang menyentuh umat manusia.

Semuanya bertitik tolak daripada tragedi 1969 itu, ketika demagog-demagog politik mengapi-apikan isu perkauman, pendidikan, agama serta hak istimewa orang Melayu, sehingga kadar kepanasan thermometer politik yang mencurah masuk ke dalam peti-peti undi akhirnya melompat buas di jalan-jalan raya melakukan anarki, membunuh ramai manusia tak berdosa dan mempadang jarak mempadang tekukur ibu kota. Di sebuah negara pelbagai kaum seperti Malaysia yang integraSi penduduknya agak rapuh lantaran tiada elemen pengikat jiwa dan emosi yang tulen dan dapat dikongsi bersama, kebimbangan akan situasi “Satu Tiga Sifar Lima” adalah mimpi ngeri yang boleh muncul pada malam-malam tidur kita yang lena.

Dua buah cerpen dalam bahagian kedua iaitu “Satu Tiga Sifar Lima” dan “Patah Melaka Berganti Perak” amat berbeza dengan delapan cerpen yang lain dalam kumpulan ini dari sudut jumlah perkataannya. Semua cerpen Melayu yang tersiar dalam media cetak tempatan, sama ada akhbar mingguan atau majalah, amat tertakluk kepada ruang yang terbatas, sehingga sering membantutkan perkembangan cerpen kerana terhalang daripada menyelami emosi, idea dan pemikiran watak secara lebih mendalam. Tanpa diformatkan untuk penerbitan dalam akhbar atau majalah, kedua-dua cerpen ini penulis biarkan bebas untuk naratif manusia, peristiwa dan idea menjadi lebih panjang daripada yang penulis jangkakan pada awalnya. Cerpen akhir-akhimya adalah berbentuk elusif untuk menjelma sependek 800 perkataan seperti Das Bettelweib von Locarno, atau mengembang kepada kira-kira 30,000 perkataan seperti The Fox karya D.H. Lawrence.

Delapan buah cerpen dalam bahagian pertama kumpulan ini, kerana ditulis dengan tujuan untuk mendapat pertimbangan penyiaran dalam majalah atau akhbar mingguan, tidaklah sepanjang “Satu Tiga Sifar Lima” dan “Patah Melaka Berganti Perak”. Jika penulis menghasilkan cerpen-cerpen ini lebih panjang, besar kemungkinan tidak disiarkan kerana masalah teknikal, yakni ruang yang terbatas di dada akhbar atau majalah. Sehubungan itu, bagi menghadapi situasi sedemikian, penulis akan memanfaatkan ruang terbatas itu dengan “memadatkan” elemen-elemen binaan naratif, termasuk emosi, pemikiran dan idea watak, lalu memilih strategi naratif yang akhir-akhirnya (walaupun sekadar harapan) akan memberi kesan keseimbangan dan artistik terhadap karya yang dihasilkan.

Weight0.328 kg
Dimensions21.5 × 13.9 × 1.4 cm
Format

Class

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.