Saudagar Besar dari Kuala Lumpur

Kamaluddin Muhamad (10 Jun 1922—9 Mac 1992) ialah penerima Anugerah Sastera Negara yang pertama (1981). Beliau lebih dikenali sebagai Keris Mas. Beliau seorang wartawan, editor, pentadbir sastera, sasterawan, dan pengkritik. Beliau pernah terbabit dengan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) cawangan Pahang dan menjadi Exco penerangannya. Pada 1947, Keris Mas hadir dalam Kongres PKMM di Singapura mewakili negeri Pahang. Keris Mas ahli aktif dalam Angkatan Sastera 50 atau ‘ASAS50’ Novel dan cerpen Asas 50 cenderung kepada ‘Seni untuk Masyarakat’. Mereka pernah menghantar ‘Memoranda Asas 50’ kepada kerajaan dan membentangkan cita-cita dan perjuangan pertubuhan itu. Kegigihannya menyebabkan beliau dilantik sebagai Ketua Satu ASAS 50. Semasa berkhidmat di DBP, beliau aktif dalam Persatuan Penulis Nasional (PENA) dan Gabungan Persatuan Penulis Nasional (GAPENA).

DBP (Cetakan Ketiga Belas 2016)
365 halaman

RM13.00

In stock

Novel Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur memaparkan persoalan tentang kemunculan saudagar-saudagar Melayu dan giatnya gerakan dakwah Islamiah di kalangan generasi muda. Menerusi novel ini, Keris Mas menyimpulkan bahawa dalam usaha mencari kekayaan dan kemajuan, asas keagamaan harus dikuatkan supaya arah kemajuan yang hendak dicapai tidak menghancurkan bangsa dan agama.

Kisahnya berlatarkan dunia korporat di mana watak-wataknya bertentangan antara pendukung idealisma dan nilai moral yang suci dengan mendukung unsur-unsur alam dunia niaga yang canggih, mencabar dan penuh dengan unsur-unsur yang tidak diduga. Rupa-rupanya kedua-dua pertentangan ini boleh diselesaikan dengan kompromi yang serasi.

Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur membawa buah fikiran Keris Mas yang mahu membincangkan persoalan pembabitan Melayu dalam bidang perniagaan dan pembangunan ekonomi. Melalui novel ini, Keris Mas menonjolkan perihal bangsa Melayu yang bercita-cita tinggi dalam membangunkan bangsa dan negara selepas mencapai kemerdekaan untuk setanding dengan bangsa lain di dunia.

Novel ini merupakan salah satu sumbangan besar dan bermakna daripada Sasterawan Negara Keris Mas kepada dunia kesusasteraan Melayu.

New Product Tab

Here's your new product tab.

Dimensions 14 × 1.8 × 21 cm
Edition

Format

ISBN

9789836203663

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Saudagar Besar dari Kuala Lumpur”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.