Out of stock

Saudagar Besar dari Kuala Lumpur

KERIS MAS (1922—1992), atau nama sebenarnya Kamaluddin Muhamad adalah penerima Anugerah Sastera Negara yang pertama pada tahun 1981.

DBP (Cetakan Ketiga Belas, 2016)
365 halaman

RM13.00

Out of stock

ISBN: 9789836203663 Product ID: 1990 Subjects: , Sub-subject:

Novel Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur memaparkan persoalan tentang kemunculan saudagar-saudagar Melayu dan giatnya gerakan dakwah Islamiah di kalangan generasi muda. Menerusi novel ini, Keris Mas menyimpulkan bahawa dalam usaha mencari kekayaan dan kemajuan, asas keagamaan harus dikuatkan supaya arah kemajuan yang hendak dicapai tidak menghancurkan bangsa dan agama.

Kisahnya berlatarkan dunia korporat di mana watak-wataknya bertentangan antara pendukung idealisme dan nilai moral yang suci dengan mendukung unsur-unsur alam dunia niaga yang canggih, mencabar dan penuh dengan unsur-unsur yang tidak diduga. Rupa-rupanya kedua-dua pertentangan ini boleh diselesaikan dengan kompromi yang serasi.

Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur membawa buah fikiran Keris Mas yang mahu membincangkan persoalan pembabitan Melayu dalam bidang perniagaan dan pembangunan ekonomi. Melalui novel ini, Keris Mas menonjolkan perihal bangsa Melayu yang bercita-cita tinggi dalam membangunkan bangsa dan negara selepas mencapai kemerdekaan untuk setanding dengan bangsa lain di dunia. Novel ini merupakan salah satu sumbangan besar dan bermakna daripada Sasterawan Negara Keris Mas kepada dunia kesusasteraan Melayu.

Weight0.427 kg
Dimensions21 × 14 × 1.8 cm
Author(s)

Format

Language

Publisher

Year Published

5.0
Based on 1 review
5 star
100
100%
4 star
0%
3 star
0%
2 star
0%
1 star
0%
Showing 1 of 1 review (5 star). See all 1 review
  1. Mohd Faizal (Verified Reader)

    (0) (0)

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.