Si Tenggang Anak Derhaka

Diolah dan disusun oleh A. SAMAD AHMAD

DBP (Cetakan Kesembilan, 1996)
103 halaman termasuk Daftar Kata

 


PENAFIAN: Judul ini menepati keadaan NOS, atau “naskhah baru stok lama”. Justeru, sesetengah naskhah berkemungkinan mempunyai kesan cacat seumpama halaman bernoda, sumbing, melengkung, lusuh, dan sebagainya. Pelanggan dinasihatkan agar meneliti gambar tambahan yang disediakan untuk mendapat gambaran lebih jelas mengenai keadaan naskhah sebelum membuat pembelian.

RM15.00

In stock

Product ID: 25581 Subjects: , Sub-subjects: ,

Si Tenggang Anak Derhaka adalah sebuah cerita dongeng masyarakat Melayu yang mengisahkan kehidupan seorang pemuda bernama Si Tenggang yang mendurhakai ibunya, dan akhirnya bertukar menjadi batu kerana disumpah oleh si ibu dengan makbul Tuhan. Kisah ini digunakan dalam buku teks sekitar 1960-an berdasarkan karya Abdul Samad Ahmad pada tahun 1955. Dongeng ini dikenali juga dengan beberapa nama lain, antaranya Malin Kundang atau Malim Kundang (Minangkabau) dan Nakhoda Manis (Brunei). Masing-masing merupakan versi yang sedikit berbeza, tetapi memiliki isi cerita yang sama.

Kisah ini lebih awal lagi telah dirakamkan pada 1900 dalam Malay Magic yang ditulis oleh Walter William Skeat sebagai satu cerita rakyat berjudul Charitra Megat Sajobang dalam buku Malay Magic (1900), yang diceritakan oleh orang Melayu Selangor Ulu Klang. Hal ini jelas membuktikan bahawa ia telahpun menjadi kisah rakyat pada akhir 1800-an lagi di Selangor.

Si Tenggang merupakan antara dongeng yang paling popular dalam kalangan orang Melayu. Ia diceritakan melalui lisan secara turun-temurun. Kanak-kanak akan didedahkan dengan cerita ini. Ini kerana dongeng ini mengandungi pengajaran penting yang merupakan salah satu pantang larang dalam adat Melayu: jangan derhaka kepada orang tua. Pengajaran ini juga selaras dengan ajaran Islam yang menghormati kedudukan ibu bapa. Kanak-kanak yang tidak mahu menurut suruhan ibu atau bapa akan cepat-cepat diusik dengan panggilan “Si Tenggang” untuk mengingatinya mengenai kisah tersebut.

Beberapa tempat di Kepulauan Melayu dikaitkan dengan dongeng Si Tenggang. Antaranya ialah Jong Batu di Brunei, Batu Caves di Malaysia, dan Batu Malin Kundang di Pantai Air Manis, Padang, Sumatera Barat. Tempat-tempat ini, menurut kepercayaan masyarakat setempat, mengandungi bekas sejarah Si Tenggang menjadi batu.

Weight0.104 kg
Dimensions18.3 × 12.5 × 0.7 cm
Author(s)

Format

Language

Publisher

Year Published

5.0
Based on 1 review
5 star
100
100%
4 star
0%
3 star
0%
2 star
0%
1 star
0%
Showing 1 of 1 review (5 star). See all 1 review
  1. Khairul Linda (Verified Reader)

    (0) (0)

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.