Sinema dan Masyarakat

ROHANI HASHIM adalah Profesor Madya di Fakulti Komunikasi, Universiti Sains Malaysia.

DBP (Cetakan Pertama, 2015)
159 halaman termasuk Bibliografi dan Indeks

RM20.00

In stock

Sinema dan Masyarakat membuka ruang melihat peranan filem dalam masyarakat kontemporari dari aspek mutu, teknologi, genre, representasi golongan tertentu dalam masyarakat dan tanggapan umum masyarakat terhadap sesuatu isu. Oleh sebab filem adalah peniruan dan rakaman kehidupan seharian manusia maka filem dapat membawa audiens melihat cara manusia berfikir, impian mereka, perasaan mereka dan dalam beberapa perkara boleh membongkar isu-isu sosial, budaya dan politik sesebuah negara. Buku ini adalah kompilasi rencana-rencana pengarang yang pernah diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dan idea anachronistic pengarang yang memandang kehidupan imaginatif filem sebagai sesuatu yang boleh dihargai dan dikritik melalui bahasa filem yang boleh difahami oleh mereka yang bijak.

Tidak dapat disangkal bahawa filem adalah medium yang berpengaruh. Filem mempunyai kekuatan tersendiri dan satu bentuk seni yang kompleks. Filem dan masyarakat merupakan dua entiti yang mempunyai kaitan dalam kehidupan. Representasi kehidupan boleh dipancarkan melalui filem sehingga Erwin Panofsky, iaitu seorang pakar sejarah seni menganggap bahawa tanpa filem kehidupan manusia hari ini akan menjadi satu social catastrophe. Budaya, agama, politik dan ekonomi sesebuah masyarakat dapat difahami melalui pemaparan visual dan audio dalam filem. Disebabkan kekuatan dan pengaruh filem ia menjadi sumber hiburan, informasi, pendidikan dan tidak kurang juga mencetus kontroversi.

Prakata

BAHAGIAN I PERSOALAN FILEM MALAYSIA
1. Adaptasi Filem Malaysia dalam Satu Dekad
2. Perlukah Adanya Filem Islam?
3. Memartabatkan Budaya Filem Melayu
4. Apabila Penerbit Bertemu Penerbit
5. Leftenan Adnan: Ceritanya Tidak Sehebat Letupan Pelurunya

BAHAGIAN II GENRE TERPILIH DALAM MALAYSIA
6. Filem Eksperimental Menolak Konvensi
7. Filem Seram Sebagai Satu Gente
8. Realiti melalui Dokumentari
9. Melodrama Merah
10. Dari Jemapoh ke Manchester

BAHAGIAN III TEKNOLOGI DALAM FILEM
11. Space Jam: Kesan Khas Digital Jadi Nyata
12. Tarzan Disney, Bahasa Melayu
13. Animasi Komputer

BAHAGIAN IV STEREOTAIP SOSIAL DALAM FILEM
14. Orang Indian Amerika dalam Filem
15. Perjuangan Kulit Hitam dalam Filem Spike Lee
16. Melihat Budi dalam Erin Brockovich
17. Seratus Tahun Barat Menstereotaip Islam dan Muslim di Layar Perak

BAHAGIAN V KANAK-KANAK DAN WANITA DALAM FILEM
18. Realiti Pendidikan di Pedalaman negara China dalam Filem Not One Less
19. Dunia Pendidikan Kanak-kanak Indonesia dalam Laskar Pelangi
20. Hak Wanita China dalam Yellow Earth
21. Islam dan Wanita dalam Perempuan Berkalung Sorban

Bibliografi
Indeks

Weight0.215 kg
Dimensions21.5 × 13.8 × 0.9 cm
Author(s)

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.