Buku Struktur Revolusi Sains ialah terjemahan yang sah daripada buku The Structure of Scientific Revolutions (Second Editions) oleh Thomas S. Kuhn terbitan The University of Chicago Press pada tahun 1962. Buku Struktur Revolusi Sains mengisahkan satu pandangan secara kritis dan menganalisis bentuk serta corak perkembangan pengetahuan sains sehingga mewujudkan dunia sains seperti yang dilihat pada masa kini.
Antara aspek yang dibincangkan termasuk latar belakang persejarahannya, laluan dan hakikat pengetahuan sains, keutamaan paradigma, anomali dan kemunculan penemuan sains, krisis dan kemunculan teori sains, gerak balas terhadap krisis, keperluan dan kesan revolusi, revolusi yang tidak disedari, hasil dan kemajuan yang dicapai daripada revolusi.
Kuhn mengatakan bahawa peralihan yang terjadi dari satu paradigma ke paradigma yang lain bukanlah sesuatu yang boleh dipaksakan begitu saja, namun pengaruh dan saling mempengaruhi satu sarjana terhadap sarjana lainnya kemudian menjadikan suatu paradigma baru dapat diterima dengan cepat dan meluas. Dengan cara seperti itu, menurut Kuhn, maka sulit untuk mengatakan sains sebagai sebuah aktiviti yang murni rasional, dan ini kemudian yang menjadi pertentangan dengan pandangan positivisme yang percaya bahawa sains objektif dan rasional.
Perkembangan sains menuju kebenaran juga tidak bergerak linear dari yang salah menuju yang benar, sebuah hujah yang juga kontroversi dari Kuhn. Masalahnya kemudian bukanlah satu teori diubah menjadi benar kerana yang sebelumnya salah atau sebaliknya, tapi gagasan mengenai kebenaran yang objektif pada dasarnya perlu dipertanyakan, apakah benar-benar ada suatu kebenaran atau fakta-fakta mengenai dunia, yang benar-benar berdiri sendiri dan bebas pengaruh paradigma apa pun?
Fakta-fakta mengenai dunia itu sendiri, menurut Kuhn, sangat dipengaruhi oleh paradigma yang berlaku (paradigm relative) dan akan berubah ketika paradigmanya berubah juga.
Namun begitu model dari Kuhn ini ternyata cocok dengan sejarah perubahan-perubahan dalam perkembangan sains sendiri. Pandangan-pandangan mengenai sains selama ini dianggap sebagai tidak tepat secara persejarahannya dan naif secara kefilsafatan. Singkatnya, revolusi sains adalah peralihan atau perpindahan dari paradigma lama ke paradigma yang baru. Gagasan ini tidak hanya berdampak pada ilmu-ilmu alam saja, tapi juga terhadap ilmu-ilmu sosial dan secara umum pada budaya intelektual.
Maka dapat kita lihat bahawa ada dua penekanan yang menjadi gagasan sentral dari struktur revolusi sains Thomas Kuhn iaitu, pola perubahan sains dan paradigma. Yang pertama menjelaskan gerak sejarah dan yang kedua menjelaskan bagaimana gerak tersebut dapat terjadi. Dan sasaran dari revolusi sains ini yang pertama adalah menjelaskan konsepsi kemajuan sains dengan cara yang paling sederhana, kemudian menjelaskan untuk apa sebenarnya paradigma sains terjadi, lalu mengungkapkan kebenaran dari yang sebenarnya terjadi dalam perubahan-perubahan sains, yang terakhir adalah mendekatkan perbezaan antara context of discovery dengan context of justification.
Anonymous (store manager) –