وادى الحسين فتاني: مسجد کايو ترإينده / Wadi al-Hussein Patani: Masjid Kayu Terindah

MOHD ZAMBERI ABD. MALEK adalah pengkaji sejarah dan penulis bebas yang banyak memberi tumpuan kepada kajian kebudayaan dan sejarah Melayu, khususnya di Patani.

Penerbit UKM (Cetakan Pertama, 2001)
128 halaman termasuk Bibliografi dan Indeks

RM35.00

In stock

If you purchase this book you will earn 7 points worth of RM0.70!

Wadi al-Hussein Patani: Masjid Kayu Terindah (وادى الحسين فتاني: مسجد کايو ترإينده) merupakan sebuah kajian khusus yang menyelongkar sejarah pembinaan serta keunikan sebuah masjid kayu tertua di Nusantara yang terletak di Narathiwat, Thailand. Tiga ratus lapan puluh tahun lalu Wan Hussain bersama penduduk kampung Telok Manok di Patani bergotong-royong membina sebuah bangunan yang sederhana besarnya. Bangunan itu seluruhnya daripada kayu cengal, dan atapnya daripada genting. Dengan menghayun kapak dan beliung, ketam dan pahat, batu kikir dan perkakas yang lain terbinalah sebuah masjid kayu yang indah dengan ukiran dindingnya yang rapi. Masjid ini tidak diikat oleh paku, sebaliknya menggunakan pasak. Pada arah kiblat juga terletak sebuah bukit yang memberikan suasana redup petang kepada jemaah yang datang. Di sisi masjid ini mengalir sebatang anak sungai jernih yang digunakan untuk berwuduk oleh para jemaah. Di seberang sungai bertebaran batu nisan yang seusia dengan umur masjid ini. Masjid ini menjadi saksi sumbangan ulama-ulama besar Patani sejak beberapa abad lalu.

Senarai Gambar
Prakata

BAB 1 Penerimaan Islam di Patani

Pengaruh Zaman Hindu-Buddha
Pembinaan Awal Bangunan Masjid
Peranan Masjid di Patani
Pengaruh Seni Bina Islam

BAB 2 Seni Bina dan Ukiran Kayu

Konsep Seni Bina Melayu
Asas Pembinaan Bangunan Kayu
Seni Bina dan Reka Bentuk
Hiasan Seni Ukiran Kayu

BAB 3 Pembinaan Masjid Wadi al-Hussein

Seni Bina Masjid Kayu
Pembina dan Penentuan Usia
Keunikan dan Keindahan Masjid
Kepentingan Majid Telok Manok

BAB 4 Nilai Estetika dan Simbolisme

Estetika dan Simbolisme Seni Bina
Estetika dan Simbolisme Seni Ukiran
Seni Bina Melayu Patani
Masjid Kayu Tertua Nusantara

BAB 5 Wadi al-Hussein Masjid Kayu Terindah

Bibliografi
Indeks

Weight 0.248 kg
Dimensions 22.1 × 15 × 0.9 cm
Author(s)

Edition

Format

Language

Script

Jawi

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “وادى الحسين فتاني: مسجد کايو ترإينده / Wadi al-Hussein Patani: Masjid Kayu Terindah”

Your email address will not be published. Required fields are marked *