Warisan Lembah Bujang Tamadun Terbilang memfokuskan warisan ketara dan tidak ketara (tangible and intangible assets) yang terdapat di Lembah Bujang merangkumi kesenian, persejarahan, sumber alam dan pelancongan. Kajian ini dibahagi kepada dua bahagian utama yang menyusurgalurkan beberapa wacana khazanah warisan semula jadi Lembah Bujang serta warisan kesenian dan persejarahan di Lembah Bujang.
Bahagian pertama manuskrip ini telah dipecahkan kepada lima bab yang bertemakan warisan semula jadi Lembah Bujang. Antaranya merangkumi 20 spesies tumbuh-tumbuhan semula jadi yang telah dikenal pasti sebagai sumber rawatan dan penjagaan dalaman wanita, perubatan berasaskan herba, Lembah Bujang sebagai pusat pelancongan warisan, peranan-peranan muzium, dan seni mempertahankan diri yang sinonim dengan masyarakat Asia Tenggara, iaitu silat.
Bahagian kedua pula terbahagi kepada enam bab yang mempunyai kaitan dengan aspek persejarahan Lembah Bujang, iaitu khazanah kesenian Islam yang terdapat di Kampung Hilir, fungsi dan kesan masjid tertua di Lembah Bujang, pendedahan kewujudan sungai purba di Lembah Bujang, kekayaan sumber air, penemuan arkeologi yang membuktikan kewujudan kerajaan Kedah Tua, dan akhir sekali ialah seni bina rumah tradisional yang pernah wujud di sekitar Lembah Bujang.
Senarai Penyumbang
Kata Pengantar
Prakata
Pendahuluan
Penghargaan
BAHAGIAN 1 WARISAN LEMBAH BUJANG
BAB 1 Pengetahuan dan Khasiat Tumbuhan Semula Jadi Utama dalam Kalangan Kaum Wanita di Mukim Bujang
Zuraini Zakaria, Nur Syahidah Azman dan Ziyad Rafiqi Mohammad Asri
BAB 2 Kepentingan Daun Tumbuhan Semula Jadi sebagai Warisan Budaya dalam Perubatan Herba
Ziyad Rafiqi Mohammad Asri, Nur Syahidah Azman dan Zuraini Zakaria
BAB 3 Sungai Merbok dari Perspektif Pelancongan Warisan
Fatimah Hassan dan Sakinah Abu Bakar
BAB 4 Keingintahuan dan Pembelajaran Warisap Melalui Muzium
Norziani Dahalan
BAB 5 Seni Silat: Warisan Tradisi di Kampung Bujan
Hana Syahirah Jamil Ikthsar dan Sakinah Abu Bakar
BAHAGIAN II KESENIAN DAN ASPEK PENSEJARAHAN LEMBAH BUJANG
BAB 6 Qasidah Burdah, Khazanah Kesenian Islam di Kampung Hilir, Lembah Bujang
Sakinah Abu Bakar
BAB 7 Fungsi dan Kesan Masjid Lama Pengkalan Kakap di Lembah Bujang
Fatimah Hassan dan Azmah Abdul Manaf
BAB 8 Sungai Batu Purba sebagai Sumber Warisan Alam di Merbok, Kedah
Main Rindam
BAB 9 Sumber Air dan Ketamadunan Sungai Batu di Lembah Merbok, Kedah
Main Rindam
BAB 10 Menjejaki Sejarah Kedah Tua Menerusi Penemuan Arkeologi di Tapak Sungai Batu, Lembah Bujang, Kedah
Wan Siti Azahayu Wan Mohamed dan Sakinah Abu Bakar
BAB 11 Seni Bina Rumah Tradisional di Lembah Bujang, Kedah
Main Rindam
Bibliografi
Indeks
Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.
Reviews
There are no reviews yet