Out of stock

Hamba menjadi Sultan: Sketsa Kegemilangan dan Kemerosotan Ekonomi Mamlūk

WAN KAMAL MUJANI adalah Profesor di Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Penerbit UKM (Cetakan Pertama, 2016)
105 halaman termasuk Rujukan dan Indeks

RM20.00

Out of stock

ISBN: 9789674124489 Product ID: 1991 Subject: Sub-subjects: , , ,

Hamba menjadi Sultan: Sketsa Kegemilangan dan Kemerosotan Ekonomi Mamlūk merupakan sebuah syarahan yang dipersembahkan sebagai Syarahan Perdana Jawatan Profesor Universiti Kebangsaan Malaysia pada 23 Disember 2016 di Bilik Senat, Universiti Kebangsaan Malaysia. Dalam sejarah Islam. tidak pernah lagi berlaku di mana sekumpulan ‘hamba’ menjadi ‘sultan’ dan memerintah sebuah kerajaan besar melebihi 280 tahun. Kekuasaan politiknya pula merangkumi sebahagian Timur Tengah, timur Afrika Utara, sehingga menjangkau ke Asia Minor dan Mesopotamia, termasuklah kawasan perairan di sebelah timur Mediterranean. Para pedagangnya juga terkenal di Nusantara kerana sering singgah di Melaka dalam perjalanan ulang-alik mereka ke China.

Itulah Kerajaan atau Kesultanan Mamlūk yang ekonominya begitu kukuh melalui pendapatan daripada sektor pertanian, perindustrian, perdagangan, termasuklah kedudukan fiskalnya yang mantap. Bumi Mesir yang subur membolehkan hasil-hasil pertanian menampung keperluan penduduk dan lebihannya dieksport ke luar empayar. Ia juga telah menggalakkan lagi perkembangan industri asas tani seperti tekstil, gula, kertas, sabun dan seumpamanya lala menjadikan Mamluk sebagai kuasa perindustrian terkemuka. Kelebihan lokasi yang strategik turut membolehkan Kesultanan Mamluk memainkan peranan penting sebagai ‘orang tengah’ dalam transaksi komoditi dagangan antara
Barat dan Timur serta memperolehi keuntungan besar daripada aktiviti perdagangan berbentuk transit dan eksport.

Sistem kewangan Mamluk yang kukuh pula membolehkan Kesultanan Mamlūk membangun dan berjaya ‘mengusir’ wang Eropah yang ‘berlegar’ di Mesir. Inilah antara lakaran kegemilangan yang dirakamkan oleh Kesultanan Mamlūk dalam lipatan sejarah ekonominya. Namun, telah menjadi sunah alam, ‘setiap air yang pasang pasti akan surut,’ dan itulah yang dilalui oleh Kesultanan Mamlūk ketika meniti dekad-dekad akhir pemerintahannya, terutama
pada setengah abad sebelum kejatuhannya (872-922H/1468-1517M). Para sejarawan Matlak telah mencatatkan tentang ketidaktentuan ekonomi yang berlaku. Kelembapan sektor pertanian dapat disaksikan daripada kawasan dan hasil pertanian yang semakin menyusut, kenaikan harga hasil-hasil pertanian dun kadar peningkatan import.

Abstrak
Abstract

1. Pendahuluan
2. Kemunculan dan Etnik Golongan Mamlūk di Mesir
3. Pemerintahan Mamlūk Bahri (648-792H / 1250-1390M)
• Hamba menjadi Sultan
• Menghidupkan Kembali Khilafah Islamiyyah yang Telah Lenyap
• Pengukuhan Pemerintahan Mamlūk Bahri
4. Pemerintahan Mamlūk Burji (784-922H / 1382-1517M)
5. Pengekonomian Mamlūk
6. Sektor Pertanian Mamlūk
• Keadaan Sektor Pertanian Mamlūk (872-922H / 1468-1517M)
• Faktor Kemanusiaan yang Menjejaskan Sektor Pertanian
• Faktor Alam Semula Jadi yang Menjejaskan Sektor Pertanian
7. Sektor Perindustrian Mamlūk
• Keadaan Sektor Perindustrian (872-922H / 1468-1517M)
• Faktor yang Menjejaskan Sektor Industri
8. Sektor Perdagangan Mamlūk
• Keadaan Sektor Perdagangan Mamlūk (872-922H / 1468-1517M)
• Faktor yang Menjejaskan Sektor Perdagangan Mamlūk
9. Sistem Fiskal Mamlūk
• Ketidakstabilan Sistem Fiskal Mamlūk (872-922H / 1468-1517M)
• Faktor Ketidakstabilan Sistem Fiskal Mamlūk
10. Tekanan Politik Dunia ke atas Ekonomi Mamlūk
• Krisis Kewangan dalam Menampung Perbelanjaan Ketenteraan dan Implikasinya terhadap Ekonomi

Kesimpulan
Penghargaan
Rujukan
Indeks
Biodata

Weight0.225 kg
Dimensions22.8 × 15 × 0.7 cm
Author(s)

Format

Class

Language

Publisher

Series

Year Published

5.0
Based on 1 review
5 star
100
100%
4 star
0%
3 star
0%
2 star
0%
1 star
0%
Showing 1 of 1 review (5 star). See all 1 review
  1. ab kahar harun (Verified Reader)

    (0) (0)

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.