Batu Bersurat Terengganu: Betulkah Apa yang Dibaca Selama Ini?

AHMAT ADAM adalah Profesor Emeritus dalam bidang sejarah, bekas Felo Penyelidik Jabatan Sejarah Universiti Malaya dan Felo Pelawat di Oxford Centre for Islamic Studies, Oxford University.

SIRD (Cetakan Pertama, 2017)
112 halaman termasuk Bibliografi dan Indeks

RM32.00

In stock

Batu Bersurat Terengganu: Betulkah Apa yang Dibaca Selama Ini? adalah karya Ahmat Adam dalam menghuraikan kajian terhadap tarikh sebenar inskripsi pada Batu Bersurat Terengganu dibuat. Kajian tersebut menggunakan kaedah filologi dan analisis sejarah, ialah bahawa penggunaan sistem kalendar peribumi telahpun wujud di Terengganu pada awal abad ke-14. Batu Bersurat Terengganu telah pun diterima sebagai salah sebuah artifak tertua yang boleh membuktikan kehadiran Islam di Malaysia dan secara amnya juga di Asia Tenggara. Sejak penemuannya pada tahun 1887 prasasti Terengganu itu telah menarik perhatian kaum sarjana dari berbagai bidang ilmu.

Menurut Ahmad Adam, walaupun hasrat untuk menulis mengenai Batu Bersurat Terengganu telah berputik ketika beliau berada sebagai felo pelawat di Oxford Centre for Islamic Studies antara tahun 2011 dan 2012, namun penyelidikan yang lebih rapi mengenai tulisan Jawi pada batu bersurat Kuala Berang itu sebetulnya lebih terdorong selepas beliau membaca buku yang mengandungi delapan buah esei yang disunting oleh Prof Muhammad Zainiy Uthman yang terbit pada tahun 2012.

Dalam buku itu terkumpul tulisan-tulisan mengenai inskripsi Terengganu itu yang membicarakannya daripada berbagai sudut iaitu dari sudut arkeologinya, sejarah pengislaman Semenanjung Tanah Melayu, tulisan Jawinya, bahasa dan budayanya, kajian geologinya, aspek matematiknya serta sebuah esei yang membuat ratifikasi pentarikhan Batu Bersurat Terengganu seperti yang dikemukakan oleh Prof. Tan Sri Syed Naquib al-Attas yang mendakwa bahawa tarikh yang betul inskripsi itu ialah 4 Rejab 702 H iaitu bersamaan dengan 22 Februari 1303 M.

Selepas membuat suatu kajian kritis mengenai tulisan dan perkataan-perkataan yang terkandung di dalamnya, penulis berpendapat kumpulan esei-esei dalam buku Muhammad Zainiy itu ternyata hambar dan mengelirukan, bahkan sangat memerlukan sanggahan demi membetulkan kesilapan-kesilapan yang dilakukan oleh penyumbang esei-esei tersebut.

Berdasarkan penemuan penulis selepas membuat kajian semula terhadap Batu Bersurat Terengganu itu, maka penulis mencapai kesimpulan bahawa tarikh Batu Bersurat Terengganu yang sebetulnya ialah 6 Rajab 708 H, bersamaan dengan Jumaat, 20 Disember 1308. Dan yang pasti, tarikh 708 H tidak mungkin boleh disanggah lagi kerana perkataan ‘lapan’ yang menjadi sambungan kepada ‘dua’ (yakni ‘dua-lapan’) sebenarnya memang ada pada Batu Bersurat Terengganu itu. Hanya kerana kelalaian mereka yang mengkaji inskripsi Terengganu itu selama inilah yang menyebabkan perkataan ‘lapan’ dalam tulisan Jawi itu telah terlepas pandang dan telah tidak diambil kira oleh para pengkaji itu dalam menentukan tarikh sebenar Batu Bersurat Terengganu.

Di samping membicarakan tentang tarikh, di dalam buku Batu Bersurat Terengganu: Betulkah Apa yang Dibaca Selama Ini? penulis juga mengusulkan dua perkara: 1. Sistem Kalendar awal telah diperkenalkan melalui inskripsi Terengganu itu; dan 2. Bahawa pengaruh Jawa sangat jelas kelihatan pada kata-kata yang terkandung dalam inskripsi itu. Ia juga membuktikan bahawa Terengganu sebenarnyalah sebuah ‘mandalika’ kerajaan di Jawa, besar kemungkinannya sejak penghujung zaman Singhasari, dan lebih jelas pada waktu kerajaan Majapahit telah bangkit pada tahun 1293 M.

Diharapkan buku Batu Bersurat Terengganu: Betulkah Apa yang Dibaca Selama Ini? akan dapat menyumbang sedikit terhadap historiografi Malaysia khasnya dan Asia Tenggara umumnya mengenai keberadaan Islam di rantau ini.

Catatan Mengenai Transliterasi
Prakata
Penghargaan
Singkatan

1. Pengenalan
2. Keberadaan Islam dan pelunturan pengaruh agama Buddha
3. Kewibawaan Jawa
4. Kajian terdahulu Batu Bersurat Terengganu: masalah pembacaannya
5. Kata-kata Jawa dalam teks Batu Bersurat
6. Rumusan Susunan Dharma pada Batu Bersurat Terengganu
7. Penutup

Glosari
Lampiran
i. Teks Jawi Asal Batu Bersurat Terengganu
ii. Pembacaan huruf Jawi daripada Teks Asal
iii. Pindah Aksara dari Jawi ke Rom
iv. Senarai perkataan pada Batu Bersurat Terengganu
Bibliografi
Indeks

Weight0.240 kg
Dimensions19.6 × 13.7 × 1.2 cm
Author(s)

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.

More from this Author

  • Hikayat Hang Tuha (Atau Hikayat Hang Tua)

    Hikayat Hang Tuha (atau Hikayat Hang Tua)

    RM75.00
  • Peranan Intelektual

    Peranan Intelektual

    RM18.00
  • Melayu, Nasionalisme Radikal dan Pembinaan Bangsa

    Melayu, Nasionalisme Radikal dan Pembinaan Bangsa

    RM42.00
  • Sejarah dan Bibliografi Akhbar dan Majalah Melayu Abad Kesembilan Belas
    Out of stock

    Sejarah dan Bibliografi Akhbar dan Majalah Melayu Abad Kesembilan Belas

    RM15.00