Out of stock

Riwayat Ungku Aziz

ASMAH HAJI OMAR (b. 1940 – ) adalah Profesor Emeritus dan pakar nahu Bahasa Melayu serta tokoh terkenal dalam bidang perancangan bahasa. Beliau juga Profesor Kerusi Tamadun Melayu Za’ba dan Pengarah Institut Tamadun Melayu di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak.

DBP (Cetakan Kedua, 2023)
259 halaman termasuk Bibliografi dan Indeks

RM50.00

Out of stock

ISBN: 9789834614447 Product ID: 22074 Subject: Sub-subjects: , , ,

Riwayat Ungku Aziz adalah memoir sosok Profesor Diraja nukilan Asmah Haji Omar, berdasarkan temu bual dan pengalaman berkhidmat di Universiti Malaya sewaktu Ungku Aziz menjadi Naib Cancelor. Profesor Diraja Ungku Aziz (selepas ini disebut Ungku Aziz) merupakan seorang tokoh akademik yang ternama yang banyak menyumbang kepada pembangunan negara. Sudah ada beberapa karya yang menceritakan riwayat hidupnya. Dengan itu, buku Riwayat Ungku Aziz ini hendaklah dilihat sebagai tambahan kepada penulisan tentang Ungku Aziz yang sedia ada, dan bukan sebagai saingan.

Sesuatu hasil penulisan seperti ini tidak dapat menceritakan keseluruhan hidup seseorang tokoh, kerana hasil karya berkenaan sekadar dipengaruhi oleh kemampuan penulisnya. Lagi pula, apabila seseorang pengarang menulis riwayat seperti ini, dia melihat tokoh yang menjadi tajuk penulisannya itu dari sudut pandangannya sendiri yang berbeza daripada sudut pandangan orang lain.

Bahan yang menjadi kandungan buku ini sebahagiannya diambil daripada khazanah ingatan penulis sendiri dengan pengalaman begitu lama bekerja di Universiti Malaya, dan khususnya di bawah pentadbiran Ungku Aziz sebagai Naib Canselor. Khazanah ingatan ini disokong oleh buku-buku catatan harian ketika penulis menjadi Pengarah Pusat Bahasa dan Timbalan Naib Canselor (Perjawatan), Universiti Malaya. Temu duga dengan Ungku Aziz yang secara keseluruhannya mengambil masa kira-kira 12 jam dalam julat masa enam minggu adalah untuk mengesahkan butir-butir khusus, terutama sekali yang telah ditulis tentangnya. Juga dalam temu duga itu, penulis memperoleh gambaran yang jelas tentang salasilahnya. Oleh sebab Ungku Aziz adalah keturunan keluarga diraja yang memerintah Johor yang dapat disusurgalurkan ke abad ke-17, maka rujukan dibuat kepada buku-buku sejarah dan hikayat serta syair yang menceritakan proses sejarah yang berlaku di Alam Melayu, terutama sekali di kawasan yang diperintah oleh kerajaan Johor Riau-Lingga-Pahang.

Riwayat ini adalah riwayat Profesor Diraja Ungku Aziz. Oleh kerana nama Ungku Aziz sebati dengan Universiti Malaya, maka tidak dapat tidak, cerita berkenaan dengan beliau dalam buku ini sebahagian besar tertumpu pada khidmat yang diberinya dalam membina dan membangunkan universiti berkenaan. Oleh sebab itu, tidak ada tokoh lain yang dibincangkan secara khusus dalam buku ini kecuali jika mereka mempunyai peranan tertentu yang dapat menyerlahkan lagi program-program yang diusahakan oleh Profesor Ungku Aziz.

Satu lagi pembatasan yang ingin penulis nyatakan di sini ialah kandungan buku ini yang berkaitan dengan Universiti Malaya hanya meliputi hal-hal akademik serta pengurusan pada amnya. Kehidupan mahasiswa dan kegiatan mereka digambarkan hanya dalam konteks perbincangan tentang cara Ungku Aziz menyelesaikan isu dan masalah yang dibawa oleh mereka. Hal ehwal penuntut merupakan bidang yang memerlukan perbincangan yang tersendiri yang hanya boleh diberi oleh pegawai-pegawai universiti yang lebih banyak berurusan dalam bidang ini.

Profesor Ungku Aziz seorang tokoh ekonomi yang terkenal, sedangkan bidang penulis ialah bahasa, tegasnya linguistik. Oleh kerana itu, penulis tidak berkemampuan memberi huraian tentang idea dan karya-karya beliau yang sudah menjadi rujukan asas dalam memahami kemiskinan bandar dan luar bandar, bahkan yang sudah mempengaruhi dasar-dasar negara dalam mempertingkatkan taraf hidup rakyat. Diharap Ungku Aziz dan pembaca dapat memaafkan penulis jika penulis memberi huraian yang panjang lebar tentang hal-hal yang berkenaan dengan bahasa, kerana itu sahajalah yang termampu oleh penulis.

Prakata

Prolog: Tiga Paksi Perpaduan Nasional
oleh Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz

1. Tokoh dan Kebertokohan
Pengantar
Kebertokohan Ungku Aziz
Ikon Akademik dan Ekonomi Malaysia
Tradisi Khas Universiti Malaya
Penampilan dalam Berpakaian
Kefasihan dalam Berkomunikasi
Tumpuan kepada Penuntut yang Kurang Bernasib Baik
Tidak Suka Bermegah-megah
Tradisi Turun Padang
Penutup

2. Keturunan dan Keluarga
Pengantar
Titisan Raja
Kacukan Melayu dan Bugis: Engku, Ungku
Ungku Abdul Majid: Nenenda Ungku Aziz
Ruqaiyah Hanim: Seorang Matriark
London: Tanah Tumpah Darah
Belayar Menuju Johor
Menghayati Suasana Hidup Orang Melayu
Yatim Piatu
Berumah Tangga Sendiri
Penutup
Salasilah Ungku Abdul Aziz bin Ungku Abdul Hamid

3. Laluan Hidup
Pengantar
Pendidikan Awal
Zaman Jepun: Bekerja Sebagai Buruh
Sebagai Pelajar di Waseda: 1943-1945
Sebelum Perang Berakhir: Peristiwa Parit Raja
Sebagai Pelajar di Universiti Malaya, Singapura
Sebagai Pensyarah di Universiti Malaya, Singapura
Penutup

4. Sumbangan dan Legasi
Pengantar
Sumbangan Luar Alam Akademik
• RIDA
• Badan Koperatif dan ANGKASA
• Lembaga Urusan Tabung Haji (LUTH)
• Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
• Penggubalan Dasar-Dasar Negara
Sumbangan Akademik: Sebagai Pembangun Universiti Malaya
Perkembangan Akademik
Pembangunan dan Peningkatan Fakulti
• Pembangunan Fakulti
• Akademi Pengajian Islam
• Institut Pengajian Tinggi (IPT)
Pembangunan Pusat dan Jabatan Perkhidmatan
• Pusat Komputer
• Pusat Bahasa
• Pusat Kebudayaan
• Pusat Sukan
• Pusat Asasi Sains
• Ambang Asuhan Jepun
• Perpustakaan Universiti Malaya
• Muzium Seni Asia
• Penerbit Universiti Malaya
• Koperasi Kedai Buku Universiti Malaya
• Rimba Ilmu
• Ladang Universiti
Legasi Ungku Aziz
Penutup

5. Penggerak Dasar Bahasa
Pengantar
Individu dan Bahasa
Pengajaran Bahasa Melayu di Universiti Malaya
Dasar Bahasa Kebangsaan di Universiti Malaya
Ketegasan dalam Dasar Bahasa Kebangsaan
Dasar Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua
Bahasa dan Globalisasi
Penutup

6. Cara dan Gaya Memimpin
Pengantar
Keaslian dan Daya Pemikiran
Ketegasan
Kesegeraan
Menjaga Ketertiban Perkhidmatan
Menyenaraikan Keutamaan
• Mutu Akademik
• Kesejahteraan dan Keselesaan Penuntut
Menghadapi Konflik
• Bersikap Telus
• Berbincang
• Menjaga Air Muka
• Mengadakan Mesyuarat Konsultatif sebagai Persediaan
Pengurusan Secara Berlegar-legar: Management by Walking About (MBWA)
Turun Padang dan Turun Tangan
Berhemat dan Sederhana
Penutup

7. Selepas Bersara
Pengantar
Cosmopoint dan Kuala Lumpur Metropolitan University College
Industri Air Minum — AZAIR
Mengumpul dan Mengkaji Pantun
Meminati Seni Lukis: Picasso
Sentiasa Mempertingkatkan Ilmu di Dada
Idea sebagai Legasi
Penutup

8. Akhirul Kalam

Lampiran A – Ijazah dan Anugerah
Lampiran B – Perkhidmatan dalam Institusi Kebangsaan dan Antarabangsa

Bibliografi
Indeks

Weight0.552 kg
Dimensions22 × 14.5 × 2 cm
Author(s)

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.