Wacana Sastera Islam di Malaysia dan Indonesia

MOHD FAIZAL MUSA atau terkenal dengan nama pena Faisal Tehrani merupakan Felo Penyelidik di Institut Alam dan Tamadun Melayu , Universiti Kebangsaan Malaysia.

Penerbit UPM (Cetakan Kedua, 2015)
xi + 192 halaman termasuk Rujukan dan Indeks

RM52.00

In stock

ISBN: 9789673442850 Product ID: 22269 Subjects: , Sub-subjects: , , ,

Wacana Sastera Islam di Malaysia dan Indonesia mengkaji faktor yang mendorong kebangkitan sastera Islam di Malaysia dan Indonesia sejak tahun 1970-an, dan berterusan hingga ke hari ini. Antara lain, buku ini mengenal pasti pihak dan individu yang telah mengukuhkan gagasan sastera Islam di Malaysia dan Indonesia dan sejauh mana dukungan yang diberikan oleh pemerintah, badan-badan kerajaan dan bukan kerajaan terhadap aktiviti kesusasteraan bercorak Islam sehingga ia menjadi sebuah fenomena yang mencetuskan impak yang mendalam. Bahagian paling besar dalam buku ini adalah mengenai wacana utama dan sampingan sastera Islam yang muncul di Indonesia dan Malaysia. Kehadiran buku ini diharap dapat menyerlahkan pelbagai idea, pandangan dan pemikiran yang menentukan kriteria dan bentuk khusus karya kreatif sastera Islam di Malaysia dan Indonesia. Semuanya ini akan dilihat dalam konteks bagaimana kecenderungan Islam di Indonesia dan Malaysia itu tadi telah mempengaruhi dan memberikan kesan yang tersendiri terhadap wacana sastera Islam tersebut, sama ada secara langsung atau tidak langsung.

Dalam konteks kajian sastera bandingan secara umum, dan judul kajian ini secara khusus, ternyata wujud beberapa perkara vang menarik untuk diteliti. Pertama, meskipun menangani perkara vang sama, iaitu fenomena sastera Islam serta wacananya, yang seterusnya diperkatakan dalam konteks rantau yang sama, yang berkongsi persamaan yang banyak dari segi budaya dan agama, ternyata wujud semacam keterasingan dari segi kerja kesarjanaan yang dijalankan. Ditinjau dari aspek ini, pengetahuan yang terhasil daripada kerja kesarjanaan tersebut tidak dapat dimanfaatkan oleh kedua-dua belah pihak untuk memperdalam pemahaman masing-masing tentang isu yang diperkatakan itu. Di samping itu, dan tidak kurang pentingnya, terdapat jurang dan lompang dalam kajian yang telah dijalankan, yang mendesak supaya penelitian yang lebih mendalam, sistematis dan menyeluruh dilaksanakan. Dalam konteks inilah, buku ini dari satu segi berusaha untuk merapatkan jurang keterasingan yang diperkatakan itu, dan dari satu segi yang lain pula berusaha menganalisis fenomena dan wacana sastera Islam ini dari segi persamaan dan perbezaan yang ketara antara kedua-dua negara berkenaan.

Seperkara lain, yang lebih khusus dan tersendiri lagi ialah terdapatnya pelbagai kefahaman Islam, dan kepelbagaian ini telah menimbulkan kerencaman dalam pegangan dan pandangan Islam. Pluralisme dalam pandangan dan aliran ini terpancar dalam wacana dan produk sastera. Untuk itu, buku ini berusaha sedapat mungkin untuk menekuni hal ini, demi mengenal pasti keberadaan dan juga bentuk karya sastera Islam tersebut. Meskipun hakikatnya adalah sama, iaitu perkongsian aspek tauhid, namun manifestasi Islam dalam gagasan dan karya kreatif serumpun ini mendapat bentuknya yang tersendiri kerana kewujudan persekitaran, pengalaman dan kekangan politik yang berbeza.

Prakata

1. Sastera Islam dalam Sastera Bandingan
2. Fenomena Sastera Islam di Malaysia dan Indonesia
3. Wacana Sastera Islam di Indonesia
4. Wacana Sastera Islam di Malaysia
5. Kesimpulan

Rujukan
Indeks

Weight0.31 kg
Dimensions22.5 × 15 × 1.2 cm
Author(s)

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.

More from this Author

  • Bedar Sukma Bisu

    Bedar Sukma Bisu

    RM25.00
  • Babi, Kongkang, Panda dan Hal-hal yang Dipungut Kembali

    Babi, Kongkang, Panda dan Hal-hal yang Dipungut Kembali

    RM45.00
  • Manikam Kalbu

    Manikam Kalbu

    RM25.00
  • Sastera adalah Makanan Anjing: Sebuah Kompilasi Esei Faisal Tehrani

    Sastera adalah Makanan Anjing: Sebuah Kompilasi Esei Faisal Tehrani

    RM38.00