Islām dan Sekularisme

SYED MUHAMMAD NAQUIB AL-ATTAS (b. 1931- ) adalah bekas Pengarah-Pengasas Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam atau dikenali dengan nama International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC).

Terjemahan daripada judul asal Islām and Secularism oleh KHALIF MUAMMAR A. HARRIS

RZS-CASIS & HAKIM (Cetakan Pertama, 2020)
236 halaman termasuk Indeks

RM60.00

In stock

ISBN: 9789671471876 Product ID: 22414 Subjects: , Sub-subjects: , , , ,

Islām dan Sekularisme adalah terjemahan Bahasa Melayu kepada Islām and Secularism karya Syed Muhammad Naquib al-Attas. Menurut Wan Mohd Nor Wan Daud, Islām dan Sekularisme adalah sebuah karya agung kullī, sejagat atau universal, kerana seluruh isi kandungannya membincangkan dan menganalisa perkara-perkara paling asas dalam kebudayaan Barat dan agama Islām. Pendekatannya sekaligus ilmiah dengan hujjah yang kukuh dan dalil yang mengagumkan. Pendekatannya juga bersifat amaliah bila merencanakan perubahan kurikulum dan penubuhan institusi pengajian tinggi sebagai wahana paling strategis untuk mengembalikan kekuatan dan kemajuan umat Islām sedunia. Bahagian lampiran Islām dan Sekularisme meringkaskan tahap-tahap dan daya usaha pengislaman Alam Melayu, mempunyai kaedah pengkajian dan penilikan yang dapat digunakan untuk memahami hakikat yang sama di daerah-daerah lain. Ciri-ciri yang terdapat pada karya ini secara langsung dapat difahami golongan Islam berpendidikan di seluruh dunia. Setelah lebih dari tiga dekad, tilikan al-Attas tentang perkembangan aliran sekularisasi dalam kebudayaan Barat, ma’na agama dan asas Akhlak dalam Islam, dilema di antara kemodenan dan tradisi yang menghantui pemikiran umat, buah-buah fikirannya yang asli tentang pertalian rapat antara pandangan alam Barat dan kebudayaannya dengan ilmu pengetahuan dan terutama proses pengislaman ilmu pengetahuan masa kini, dan konsep Universiti Islam: semuanya masih segar dan sesuai untuk zaman kita ini.

Menurut Wan Nor Wan Daud, tilikan dan perjuangan pembaharuan keilmuan Islam al-Attas bersifat pergerakan teguh (dynamic stabilism) berbanding golongan modenis dan pasca modenis yang giat bergerak mengubah setiap perkara yang dianggap berlawanan dengan tuntutan masa kini, yang kini dipacu oleh aliran sekularisasi. Setelah hampir satu kurun gerakan ini telah menimbulkan banyak perubahan tetapi tidak juga berhasil memajukan umat setanding dengan Barat. Pergerakan teguh juga berbeza dengan gerakan tradisionalis dan konservatif yang gigih mempertahankan segala pemikiran dan institusi warisan tanpa mengambil-kira keperluan perubahan yang sah sehingga menimbulkan kejumudan yang merugikan. Pemikiran al-Attas meneguhkan kembali pandangan hidup Islam yang disepakati para leluhur agung sekian lama, serta mengukuhkan keyakinan kepada struktur dan dasar akhlak dan perundangannya dalam menghadapi cabaran-cabaran masa kini. Ini dilakukan dengan penuh wibawa keilmuan, tegas dan berdaya cipta dengan memahami unsur-unsur kekal dan berubah dalam tradisi Islam dan dalam tradisi moden, dan berani bertindak sepatutnya mengikut darjatnya masing-masing.

Karya agung kullī ini, yang memancarkan pergerakan teguh, wajib dibaca dengan teliti oleh semua golongan terpelajar Muslim termasuk pembuat dasar, dan ahli profesional. Bahkan buku ini patut dijadikan salah satu dari bacaan wajib di institusi pendidikan tinggi. Kewajipan menjadi lebih berat kerana sejak satu dekad kebelakangan ini, terlalu ramai cendekiawan, pemimpin politik dan aktivis Islām sedunia telah dirundung kekeliruan dan penyakit rendah diri yang amat parah, sehingga tidak malu dan segan lagi menolak dasar-dasar agama Islām serta Akhlak dan Shari’ahnya. Mereka telah mentafsir, dan menilai semuanya dengan kaedah dan rumusan yang terlahir secara langsung daripada program falsafah sekularisasi secara berlebihan. Islām dan Sekularisme sangat baik jika dibaca bersama karya karyanya yang lain yang dapat membantu pembaca memahami dengan lebih baik karya Islām dan Sekularisme ini khasnya, dan pemikiran serta sumbangan beliau umumnya.

Pengantar Prof. Dr Wan Mohd Nor Wan Daud
— Islām dan Sekularisme: Suatu Karya Agung Kullī

Catatan Pengarang
Pengantar Cetakan Kedua

1. Latar Belakang Kristian Barat Masa Kini
2. Sekular – Sekularisasi – Sekularisme
3. Islām: Faham Agama dan Asas Akhlak
4. Dilema Muslim
5. Dewesternisasi Ilmu
Pendahuluan
Hakikat Manusia
Hakikat Ilmu
Definisi dan Tujuan Pendidikan
Sistem Aturan dan Disiplin Islām
Penutup dan Saranan

Tentang Islamisasi: Perihal Kepulauan Melayu-Indonesia

Daftar Indeks Umum
Daftar Indeks Nama

Weight0.426 kg
Dimensions21.5 × 14 × 1.8 cm
Author(s)

,

Format

Language

Publisher

,

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.

More from this Author

  • Tinjauan Ringkas Peri Ilmu dan Pandangan Alam

    Tinjauan Ringkas Peri Ilmu dan Pandangan Alam

    RM38.00
  • Islām and Secularism (Hardback)
    Out of stock

    Islām and Secularism

    This product has multiple variants. The options may be chosen on the product page RM68.00RM80.00
  • Prolegomena to the Metaphysics of Islām: An Exposition of the Fundamental Elements of the Worldview of Islam
    Out of stock

    Prolegomena to the Metaphysics of Islām: An Exposition of the Fundamental Elements of the Worldview of Islam

    RM220.00
  • Risalah Untuk Kaum Muslimin

    Risalah Untuk Kaum Muslimin

    RM68.00