Warung Kopi: Sejarah dan Budaya

ZULKIFLI SALLEH adalah bekas Editor di Dewan Bahasa dan Pustaka, dan pernah menduduki pelbagai jabatan menerusinya seumpama Bahagian Majalah, Penerbitan Sastera, Ensiklopedia dan sebagainya.

DBP (Cetakan Pertama, 2022)
314 halaman termasuk Bibliografi dan Indeks

RM40.00

In stock

ISBN: 9789834933074 Product ID: 30044 Subjects: , Sub-subjects: , , , ,

Warung Kopi: Sejarah dan Budaya menelusuri kehidupan sosial dan kemeriahan di warung kopi sejak beberapa abad yang lalu, bergerak dari satu kota ke kota yang lain, untuk melihat bermacam ragam manusia. Kopi boleh dikatakan merupakan sebahagian peradaban manusia kerana tanaman dan minuman ini bukannya terbatas di Ethiopia, negara Arab, dan dunia Islam semata-mata, tetapi tersebar ke seluruh dunia. Menyusuli kopi, ialah warung kopi yang pada mulanya merupakan pusat budaya dan sosial Arab, Turki, dan Parsi, berkembang ke dunia Barat. Kedinamikannya serta evolusinya dapat dilihat hingga ke hari ini. Tanpa warung kopi, kopi hanya menjadi minuman yang terbatas di rumah semata-mata dan mungkin mustahil kopi dapat berkembang begitu pesat.

Kopi dan warung kopi pada hakikatnya, merupakan sumbangan penting orang Islam terhadap peradaban manusia. Kedua-duanya merupakan contoh unggul tentang dunia tanpa pertembungan peradaban, iaitu tentang kerukunan hidup antara Barat dengan Timur, antara Islam dengan bukan Islam. Masyarakat Barat menerima kopi dan warung kopi secara terbuka, meskipun pada mulanya berlaku sedikit penentangan terhadap minuman yang mereka sifatkan sebagai “wain Arab.” Perseteruan antara Kristian dengan Islam yang tidak kunjung padam akibat Perang Salib yang berlaku antara tahun 1096 hingga 1291, tidak pula menimbulkan kebencian dunia Kristian terhadap kopi dan warung kopi. Mungkin bukan secara kebetulan kemunculan warung kopi di dunia Kristian, yang hubungan antara Barat dengan Timur terbentuk ketika Zaman Puritan. Orang Puritan dan orang Islam berkongsi pandangan yang sama terhadap alkohol.

Warung kopi menempuh suatu perjalanan yang panjang, dari dunia Arab ke dunia Barat, sejak penubuhan pertamanya di Makkah pada akhir abad ke-15 atau awal abad ke-16. Sejak itu warung kopi terus berkembang maju, meskipun dalam proses pengembangan itu ada kalanya berlaku pasang surut. Dikenali sejak berabad abad lalu sebagai warung kopi, kini wujud rantaian kedai kopi atau warung kopi global dengan pelbagai jenama yang terkenal. Institusi baharu ini terus memainkan peranan warung kopi dari segi kehidupan sosial. Minuman kopi serta warung kopi terus-menerus diglobalisasikan.

Banyak faktor yang menyumbang kepada pengembangan ini, termasuk globalisasi budaya pengguna, apresiasi kopi kualiti tinggi yang semakin meningkat, dan penerimaan orang awam yang sungguh berminat terhadap tempat bersahaja untuk belajar, bersantai, bersosial, atau mengambil minuman bertenaga. Internet memainkan peranan, yang membawa kepada sinergi penumpuan antara kafeina dengan capaian Internet di warung kopi dan di kafe siber. Di Amerika Syarikat, warung kopi merupakan segmen perniagaan restoran yang berkembang pesat. Pengembangan warung kopi disertai dengan pertumbuhan beransur-ansur penggunaan kopi global sejak tahun 2000, selepas beberapa dekad penggunaan lamban. Kedai kopi menjadi terlalu merata yang wajar dikatakan bahawa penubuhan ini mempunyai budaya global terimpak.

Prevalensi kopi juga berlaku melalui media. Tidak terhitung banyaknya lagu, komik, pertunjukan televisyen, dan filem menarik perhatian kepada kopi dan kedai kopi, dan acara kecil atau besar, Kita menerima berita tentang kemungkinan risiko kesihatan atau manfaat peminum kopi, mendengar debat tentang perbezaan antara perdagangan adil dengan perdagangan kopi bebas, dan mungkin membaca makalah yang membincangkan merit dan masalah kaedah konvensional berbanding dengan kaedah organik dari segi pengeluaran. Berbanding dengan minuman lain kopi sentiasa menimbulkan kontroversi mungkin kerana budaya, makna, dan sejarah kopi, dan cara pengeluaran serta penggunaan kopi berkait dengan beberapa masalah dunia yang paling mendesak.

Warung kopi lebih merupakan tempat dan pengalaman berbanding dengan penyajian minumannya. Dari segi sejarah, warung kopi memperoleh kemasyhuran sebagai tempat untuk perbincangan intelektual, debat politik, dan penzahiran atau pernyataan sosial bebas. Tempat para pemikir, seperti Adam Smith menulis karya agungnya The Wealth of Nations. Bermulanya cabaran untuk menyelesaikan penghujahan di warung kopi, ketika tidak ada seorang pun mampu membuktikan sebab planet ini mempunyai orbit elipsis.

Hari ini, kedai kopi mengekalkan reputasi sebagai tempat pertemuan sosial, tetapi bergantung pada lokasi dan kumpulan pelanggan, mungkin juga tempat untuk belajar, bersantai, atau hanya untuk menikmati minuman cergas. Kedai kopi merayu keinginan manusia untuk Interaksi sosial dan berhubung antara satu sama lain, bahkan sekiranya seseorang itu merancang untuk berseorangan. Menerusi warung kopi, orang dapat merasai atau membayangkan sifat “dunia kecil” masyarakat. Kebanyakan kita mempunyai detik masyarakat berpengalaman sebagai “dunia kecil,” seperti pembelajaran seseorang yang baru sahaja kita jumpa, mempunyai kawan yang membesar di kejiranan kita. Dalam teori “dunia kecil,” mana-mana pasangan individu di dunia ini boleh dihubungkan hanya menerusi beberapa darjah pemisahan.

Suatu masa dahulu, para pelanggan mengunjungi warung kopi dan kedai kopi, selain untuk minum dan berkumpul sambil bercerita, di situ jugalah tempat mereka membaca akhbar. Kini, orang mengunjungi warung kopi, atau secara lebih khusus, rantaian kopi global termasuk kopitiam di negara kita, mungkin untuk menggunakan Internet yang disediakan. Adanya capaian Internet, maka penubuhan ini menyediakan ufuk baharu untuk para pelanggan mengalami “dunia kecil.” Sesetengah pengembara perlu bergantung pada warung kopi bukan sahaja untuk minum dan bercanda, tetapi juga sebagai tempat yang menawarkan capaian Internet percuma. Warung kopi dapat mewujudkan semula dan melambangkan pengaruh budaya kopi Barat yang melahirkan keunikan tempatan spesifik atau konteks budaya. Dimensi tempatan dan global jelas kelihatan di warung kopi

Prakata
Pendahuluan

1. Bumi Kelahiran
2. Revolusi Warung Kopi
3. Dunia Baharu
4. Menyeberangi Atlantik
5. Kedai Kopi
6. Lingkungan Awam
7. Tempat Ketiga

Epilog
Bibliografi
Indeks

Weight0.438 kg
Dimensions22.7 × 15.4 × 1.6 cm
Author(s)

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.