Imam

ABDULLAH HUSSAIN (1920-) merupakan penerima S.E.A. Write Awards 1981 dan Anugerah Sastera Negara 1996.

Nuha Books (Terbitan semula, 2023)
581 halaman

RM60.00

In stock

ISBN: 9789672456551 Product ID: 36229 Subjects: , Sub-subject:

Imam merupakan karya Sasterawan Negara Abdullah Hussain yang diterbitkan pertama kali pada tahun 1995, dan telah terpilih memenangi Hadiah Sastera Malaysia 1994/95. Novel Imam membawa kisah perjuangan seorang imam, iaitu Haji Mihad yang berhasrat membuat pembaharuan di kampungnya. Haji Mihad berasal daripada keturunan yang berpengaruh dan mendapat pendidikan sempurna dalam bidang agama. Beliau kembali ke kampungnya selepas 10 tahun menghilangkan diri dengan menyertai angkatan tentera di Sarawak. Oleh sebab beliau diawasi oleh pihak tentera di sana, Haji Mihad akhirnya menetap di Indonesia dan menuntut ilmu agama. Walau bagaimanapun, kepulangannya ke kampung dan pelantikannya sebagai imam menimbulkan rasa kurang senang beberapa pihak.

Kesedaran dan keprihatinan Haji Mihad terhadap kemunduran masyarakat kampungnya dalam pelbagai aspek seperti pemikiran dan ilmu menjadi faktor utama beliau ingin membawa pembaharuan walaupun amat dipersoal oleh pelbagai pihak, termasuk majlis agama. Pembaharuan yang ingin dibawa oleh Haji Mihad mendapat tentangan hebat daripada penduduk kampung yang beragama Islam serta kaum keluarganya sendiri. Antara pembaharuan yang ingin dibuat termasuklah pengubahsuaian suasana, dan persekitaran Masjid Muhammad Salleh yang diceriakan dengan pokok-pokok bunga, dan bangku. Gelanggang permainan turut dibina di atas tanah masjid di sekitarnya. Dalam perkataan lain, beliau menjadikan masjid bukan sekadar tempat untuk solat berjemaah semata-mata.

Weight0.885 kg
Dimensions22.8 × 15.4 × 3.2 cm
Author(s)

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.