Perkembangan Drama Bangsawan

RAHMAH BUJANG (1947-2021) merupakan bekas Profesor Emeritus di Akademi Pengajian Melayu , Universiti Malaya.

DBP (Edisi Kedua, 2016)
201 halaman termasuk Bibliografi dan Indeks

RM25.00

Only 1 left in stock

ISBN: 9789834618421 Product ID: 36371 Subjects: , Sub-subjects: , ,

Perkembangan Drama Bangsawan menghuraikan perkembangan sejarah bangsawan dan mutu bentuk keseniannya sebagai sebuah drama tradisi orang Melayu yang telah mengisi suatu rentetan masa kegiatan yang sekian lama, bermula dari zaman pemerintahan British di Malaya lagi. Bangsawan sebenarnya bukanlah nama asli bentuk drama ini. Ia mula-mula muncul sebagai dengan “wayang” sahaja. Rombongan Wayang Parsi yang mula-mula memperkenalkan persembahan pentas dan bentuk ini menggunakan nama “Mendu”. Apabila mula mendapat sambutan di Tanah Melayu, ia kemudiannya dikenali sebagai “bangsawan”. Gelaran ini mula-mula diberikan oleh kumpulan Mohammad/Mamak Pusi apabila dia menamakan kumpulannya dengan gelaran “Pushi Indera Bangsawan of Penang”.

Panggilan “bangsawan” ini kemudiannya telah dipopularkan oleh kumpulan lain, terutama oleh segolongan penganjur bentuk seni drama ini di Sumatera Timur dan Langkat, Sumatera. Mereka ini daripada golongan anak raja dan bangsawan. Malah pengertian dan perkataan “bangsawan” sebenarnya bertujuan menjadi daya tarikan pemasaran bagi menarik perhatian golongan atasan masyarakat Melayu yang terdiri daripada golongan raja atau keturunan bangsawan. Sebenarnya, bagi kegiatan persembahan seninya, perkataan “bangsawan” dalam istilah Melayu berasal daripada dua perkataan, iaitu “bangsa” dan “wan”. “Bangsa” bererti sekumpulan atau segolongan manusia yang sudah bersatu sebagai kumpulan tertentu iaitu kumpulan persembahan wayang yang bergelar bangsawan itu; dan “wan” pula ialah gelaran untuk orang-orang berketurunan raja.

“Bangsawan” sebagai istilah merujuk kepada golongan manusia yang berketurunan raja dan golongan atasan dalam masyarakat. Apabila diaplikasikan kepada bentuk seni drama baharu ini, perkataan bangsawan membawa erti yang istimewa. Bukan sahaja mengkategorikan kumpulan seni wayang tersebut kepada keinginan mencapai prestasi yang tinggi pada masa itu, tetapi juga menentukan penerimaan masyarakat terhadapnya sebagai bentuk seni drama yang menjadi kesukaan setiap golongan masyarakat. Bentuk drama ini juga dikenali dengan nama Inggerisnya, iaitu “opera”. Nama ini telah diaplikasikan oleh anak bangsawan berikutan kemasukan pengaruh seni drama Barat dalam seni drama bangsawan, khususnya seni drama ciptaan Shakespeare dan seni drama Itali.

Di Sumatera, bangsawan juga dikenali sebagai “Stambul”, iaitu kependekan daripada perkataan Istanbul, ibu negara Turki Panggilan ini wujud kerana kegemaran seorang pemimpin kumpulan bentuk drama bangsawan di Sumatera bernama Jaafar, bergelar “The Turk”, yang telah memilih tema dari Timur Tengah sebagai bahan cerita untuk lakonan. Tambahan pula, Turki memang menjadi simbol kebesaran Islam selain sebagai negara Islam yang penuh dengan kisah khayalan dan percintaan. Di Indonesia, secara keseluruhannya bangsawan juga dikenali sebagai “Sandiwara”.

Prakata Edisi Kedua
Kata Pengantar Edisi Pertama
Penghargaan Edisi Pertama

1. Pengenalan
2. Sejarah Drama Bangsawan
3. Corak Drama Bangsawan
4. Aspek Teknikal dalam Persembahan Drama Bangsawan
5. Penutup

Lampiran A: Senarai Nama Anak Bangsawan yang Ditemu Ramah (Kajian Lapangan 1970-1972)

Lampiran B: Senarai Nama Bangsawan Melayu (1914-1954)

Lampiran C: Senarai Bangsawan Atas Nama Opera (1914-1954)

Lampiran D: Senarai Cerita Bangsawan yang Pernah Dipentaskan (1914-1956)

Bibliografi
Indeks

Weight0.273 kg
Dimensions21.5 × 13.8 × 1.2 cm
Author(s)

Edition

Format

Language

Publisher

Year Published

,

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.